Saturday, July 16, 2011

Bermulanya dengan Imaginasi Teh Tarik Sabun



KUALA LUMPUR – Semua pengusaha restoran di ibu negara akan diwajib menyediakan perkhidmatan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di premis masing-masing mulai tahun depan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail (gambar) berkata, jika mereka ingkar, lesen perniagaan restoran sedia ada tidak akan diperbaharui manakala bagi pengusaha baru, ia akan menjadi syarat kepada pemberian lesen.
Katanya, peraturan baru itu dibuat bagi memastikan sasaran untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu negara maju pada tahun 2020 tercapai.
“Kita akan lakukan pindaan terhadap syarat lesen perniagaan untuk memastikan arahan ini dipatuhi.
“Lesen baru tidak akan dikeluarkan dan lesen pengusaha restoran sedia ada tidak akan diperbaharui jika syarat ini gagal dipatuhi,” katanya pada sidang akhbar sempena Hari Wilayah di Angkasapuri di sini semalam.
Sumber: http://www.kosmo.com.my
Lalu diterbitkan perutusan di atas (benda da lama la,bulan Januari lepas). Apakah hubungan antara pic di atas sekali tu dengan artikel basi pasal wifi ni?Jeng jeng jeng...

Lebih kurang 2 minggu lepas, rumah aku ada kenduri bacaan yasin.Sesudah selesai, aku dan rakan-rakan serumah mengemas-ngemas la pape yg patut. Salah satunya ialah mencuci pinggan periuk belanga bagai. Melambak la jugak,mandangkan rumah apartment tingkat bawah,maka kami cuci di luar umah,sambil duduk dengan timba. Agak nak patah pinggang jugak la rasanya masa tu (baru ko taw!)

sila abaikan peserta gadis melayu terakhir yang berdiri tu
Naseb kami agak baik, kerana masa dok bercuci-cuci tu,datangla segerombolan budak-budak kecik, dari umo 5 ke 8 tahun (ku kira) mengoffer diri nak menolong. Menolong apa sangatla budak-budak kecik ni,mesti nak main air je ni,tapi housemate aku yg lebih berperikeibuan ni merelakan je,"adik leh tolong dik, rendam cawan-cawan tu lam timba satu lagi". Maka berebut-rebutlah adik-adik yg rajin ni mencuci (kononnya) cawan-cawan tersebut.

Uih syok betoi depa main sabun! buih-buih lagik...kemeriahan dirasai.. Dalam aku dok gosok pinggan, aku dengaq depa merepek-repek..

"Adib Adib (bukan nama sebenar), tengok ni buih baaaaanyak!!"
Adib membalas, "ellllleh aku nye lagi banyak la.."
 "Sameon Sameon (pon bukan nama sebenar), aku wat teh tarik!!" shiuuuuu...dia tuang tinggi2...aku pon tersenyum dalam dok lenguh pinggang...
"Tengok ni ,teh tarik mamak...." aku senyum lagik.
"Lepak main wifi...." eh? bijak dak yang ku agak-agak umo mungkin 5-6 tahun ni...
"Pastu masuk pesbuk...."

Masuk pesbuk?

Terkedu aku yang sedang asyik (asyik la sgt) mencuci pinggan...wah wah.... minum anmum essential ke dak ni (ala yg wardina iklan tu)..bagus brain cells dia connect, dari teh tarik, ke mamak, ke wifi, ke pesbuk.
Make sense!! Lani orang pi mamak bukan takat layan teh tarik je, dapat wifi...bila dapat wifi,1st thing depa masuk (nak check friend request la kot..hihi) ialah pesbuk..(hangpa taw kan im referring to Facebook..hehe)

Advance jugak budak-budak lani...aku mengenali internet pon masa form 1...cis!! http://www.emocutez.com

Jadi kesimpulan cerita ni..jangan ingat budak-budak yg konon-konon offer nak cuci cawan tu tak bijak...dorang minum anmum essential ok..kehkehkehhttp://www.emocutez.com

0 comments:

Post a Comment

Bacalah walaupon senyap-senyap..Thanks kalau sudi komen