Monday, December 31, 2012

True Music Help Me Achieve Eargasm

Cara layan music macam gua
What is an eargasm?
Bagi aku dia cam orgasm (aku belom kawen, so aku memahami perkataan ni pon literally je), cuma dia tak melibatkan seks, dia melibatkan music dan organ pendengaran, bukan organ pembiakan..

Post ni macam post yang agak tak berfaedah la (macam la post yang lain berfaedah sangat ahaks) cuma nak share yang gua ni leh kata music and movie freak.. which is not something to be proud of..lagha semua ni http://www.emocutez.com tapi nak wat camne tah, that is just me..

Gua nak cerita gua ni dengar semua jenis lagu, universal, flexible, variety.. Tapi gua sedar gua lebih into rock. Tapi bukan rock kapak or rock jiwang or rock cintan, itu gua boleh mati kalau dengar (cara nak bunuh gua senang kan?)

Tapi rock yang gua minat selalu kategori alternative la, tapi lately (since 2008 kot) dah dipanggil indie plak, indie music, leh tak masa tu aku cam confuse apa maksud indie music, lagu Hindi ke? Masa tu aku tak berkawan baik ngan pacik Google lagi, tapi ngan atok Yahoo..dah search baru dapat tahu indie tu stand for independent music..pacik Wiki silakan:

Independent music (often shortened to indie music or indie) is music produced independently from major commercial record labels or their subsidiaries, a process that may include an autonomous, Do-It-Yourself approach to recording and publishing. The term indie is sometimes also used to describe a genre (such as indie rockor indie pop); as a genre term, "indie" may include music that is not independently produced, and most independent music artists do not fall into a single, defined musical style or genre and usually create music that can be categorized into other genres.- Wikipedia

Tapi actually independent music ni dah lama wujud, alternative rock tu yang baru start famous dalam 1990an, zaman gua la tu..

Zaman sekolah dulu gua anti rock sangat (surprisingly), sebab gua selalu ingat rock ni ada kena ngena ngan syaiton (cam black metal tu).. ye lah tengok la baju T rockers, seram gua tengok..Gua anti gila XPDC Linkin Park etc masa abang gua dengar dulu.. gua layan lagu Dato' Siti , Ziana Zain dan sewaktu dengannya je dulu..time tu la..siap zaman tu zaman ramai boleh tiru suara Siti, gua termasuk, sumpah tak tipu, tapi masa tu jela,  memang diakui kawan-kawan, serta famili, tapi gua pemalu takleh nyanyi kat public http://www.emocutez.com

Lepas gua masuk pusat matrikulasi, gua berkawan ngan anak-anak orang bandar dan kaya, lalu gua banyak diajar benda baru (gua anak kampung je, tapi tak reti nyanyi lagu Jimmy Palikat). Ada sorang kawan ni minah punk rock tapi Islamik la, punk rock di jiwa je, dia kasi pinjam walkman siap berketul-ketul kaset suruh aku layan (zaman tu bukan zaman mp3, USB drive pon lom diciptakan lagi, betapa tuanya aku). Kaset-kaset itu ialah dari Linkin Park, Blink 182, Good Charlotte, Simple Plan, Greenday, dan aku tak ingat lagi. Aku pon mula jatuh cinta ngan lagu punk rock. *Tapi Linkin Park tak punk rock sangat la.
Zaman gua sekolah menengah da release tapi gua tak layan lagi masa tu
Sesudah era punk rock aku, bila da start buat degree masa 1st year roomate gua sorang ni pon rock gak, tapi bukan punk rock, dia cakap punk rock macam pondan..emo je nak complain masalah remaja, dia ajar aku dengar lagu System of a Down, Slipknot, Cradle of Filth, Offspring dan aku tak ingat lagi. FYI beliau ni lagi Islamic dari minah punk rock tu, sekali pandang memang ingat dorang ni stok yang dengar Raihan Hijjaz segala..but well people said so many times, don't judge a book by its cover, so freaking true.

Seram tak? Tu vocalist dia Serj Tankian yang sengeh tu nampak ganas, sekali vegetarian daa 
Aku pon jatuh cinta gak la dengan heavy metal tapi yang tak heavy sangatla, aku takleh terima lagu Slipknot dan Cradle of Filth dan beberapa lagi, tapi suka gila dengan System, Offspring dan beberapa lagi. Pastu diikuti dengan My Chemical Romance, yang ni lagi la, aku sentiasa beli CD ori dorang sampaila yang kali terakhir tahun 2010.

Abaikan barang shopping yang lain, focus kat poster dan CD je..
Beside rock, kan aku cakap aku ni layan semua lagu, lagu Kpop ka Jpop ka Hindi ka Parsi ka semuanya ok, asalkan sedap dilayan. Gua jugak amat meminati Coldplay, dan Radiohead.

Masuk 2011 aku obses ngan Adele..lagu dia memang sangat menyentuh perasaan. yang terbaru Skyfall, aku ni jenis saiko sikit, kalau baru suka kat satu-satu lagu ni aku akan main on replay lagu tu je sepanjang hari, untuk lagu Adele ni memang sampai orang sekeliling aku bosan, berbulan-bulan pulak tu masalahnya. Aku siap da mention pasal dia dalam dua entry aku, masuk yang ni dah tiga, wah Adele, lap u lah! http://www.emocutez.com

Selain itu aku jugak boleh layan lagu instrumental, macam si Maxim dan Yann Tiersen. Yann Tiersen memang superb la weh..tolonglah try dengar lagu beliau.


Lagu Croatian Rhapsody ni memang all time favourite gua la, gua baru discover tahun 2010, gua dengar setiap malam balik keje ulang-ulang sampai tido, 2-3 bulan gak la, sehingga menyebabkan setiap kali dengar gua teringat zaman 2010 gua..perghhh (tahun 2010 sangat bermakna lam hidup gua sebab 1st year gua kerja, sewa bujang, dapat survive duit sendiri, beli kereta sendiri, dapat kawan-kawan sekeje yang best, tahun gua break-up jugak la haha)

Soundtrack ni most of the song Yann Tiersen wrote, 2-3 lagu je kot bukan dia punya. Try ar dengar, bukan sebarang orang la mamat ni.

Yang terkini, gua agak obses dengan Ellie Goulding (British singer), her music genre is indie pop mix dengan electronica. Lagu dia memang true eargasm, try dengar konsert live dia kat atas tu. Dia muncul boleh dikatakan sama time dengan Adele tapi sebab jenis lagu dia macam ni, not many people boleh minat la, orang unik cam aku je (bajet). Kira dia ni ditenggelamkan oleh Adele jugak la sebab masa pencalonan artis baru ke ape ke dia sekali ngan Adele, Adele confirm la menang.

Adik aku memang tak bajet langsung aku leh minat gila dengan Ellie sebab aku selalu kelihatan seperti meminati rock atau country indie song. So aku explain aku leh dengar apa-apa jenis lagu, dan akan meminati lagu yang ada soul, bukan sol sol yang si Johan suka sebut tu bila tiru Yusof Haslam. Ada soul tu macam ada jiwa, ada maksud mendalam dan lirik tak terlalu direct straight to the point macam most of the mainstream songs. Tapi nak dengar aku boleh je, aku takde nak kondem kaw-kaw lagu yang orang lain minat kan..Takdela macam peminat fanatik Kpop, kutuk sikit melenting ugut bunuh bagai http://www.emocutez.com

Awal last year my ex-officemate bagi gua free online music site punya link ni untuk layan lagu classic dolu-dolu, 60s-70s punya fever, ni link dia: klik jangan tak klik! Link tu ke channel music band The Mamas and The Papas, tapi bukan main lagu tu je, main sekali lagu dari artis seangkatan macam The Zombies, Jefferson Airplanes, Janis Joplin,The Beatles, Donovan, The Archies etc. Layan gak ah weh, sumpah tak tipu.
cool people
Melalui Jango.com juga aku mengenali artis-artis folk rock yang kurang mainstreams, macam Beth Orton, Erin McKeown, Dawn Landes, Dar William, Thea Gilmore, Joan as Police Woman etc. Genre dorang ni juga dipanggil country-folk, lagu-lagu bawak bertenang punya..memang my all-time favourite gak la.



Melalui Jango jugak gua discover rock band seperti Flyleaf, Skillet, Cinema Bizzare, Pretty Reckless, The Red Jumpsuit. Kerli etc.

Artis Youtube yang gua suka? Najwa Latif tapi tak semua lagu original dia gua suka, tambah-tambah lagu Cinta Mukabuku, ya rabbi bosan giler..Boyce Avenue? Only cool people listen to them..ahaks~

Sebagai penutup, gua sedar minat lagu ke benda hiburan ni lebih-lebih sangat memang tak bagus, gua nak cuba kurangkan huhu..tapi gua akui music really makes me happy, dan music itu merangkumi instrument and vocal. They can make us fall in love.

Bak kata Ustaz Azhar, minat music ke mende-mende hiburan ni takpe, cuma jangan sampai jadi najis..eh pic sape ni? Cit ni kembar ustaz!!

0 comments:

Post a Comment

Bacalah walaupon senyap-senyap..Thanks kalau sudi komen