Sunday, November 3, 2013

Soulmate..what ta hell is that?

Aku pernah tengok satu movie Indonesia tajuk Belahan Jiwa , dalam bahasa English dia translate jadi "Soulmate", tapi cerita movie tu pasal seorang wanita lakonan Dian Sastrawardoyo, sebagai pesakit mental yang ada krisis identiti, ada 4 personaliti dalam pemikiran dia sendiri. 4 personaliti ni berkawan baik dan mengaku mereka adalah "soulmate".

Dalam filem tu, soulmate digambarkan sebagai kawan baik yang memahami dan mengasihi masing-masing lebih dari sekadar kenalan biasa (aku dah terbaca Wikipedia bahasa Indonesia, ayat-ayat pon dah semacam....)  Namun bagi aku, alangkah bestnya kalau soulmate itu juga boleh menjadi kita punya spouse or significant others, dan of course lebih tepat lagi, dalam konteks aku, ia berjantina lelaki.

Aku masih kategori bujang, bukan bujang sahaja, tapi bujang trang tang tang.. Sebab ada orang pernah cakap, status "bujang" sahaja bermaksud belum kawen lagi, tapi mungkin dah ada kekasih, or da bertunang, tapi kalau "bujang trang tang tang" maksudnya memang bergerak solo abes la, takde kekasih apatah lagi tunang. Hence..u know already what a loner I am..

Di saat kawan-kawan gua dah beranak pinak, gua masih bergerak solo..

Dari segi Islamiknya, simple je penerangan yang boleh diberikan..Belum sampai jodoh.

Dari segi complicated-nya, or logiknya, penerangan dia ialah, I haven't really fall in love yet..Complicated giler tak?

Most of you will never fall in love, and marry out of fear of dying alone
Faham tak? Kira kalau nak translate, kebanyakan orang ni kawen bukan pasal cinta, tapi tangkap muat sebab tak nak atau takut dipanggil andartu..

I must admit, I got that fear..

Kalau kita kenal sorang lelaki tu, baik macamana pon, alim macamana pon, kacak macamanapon, kaya macamana pon, kalau tak ngam, kalau takde rasa suka, kalau tak tau nak sembang apa kalau lepak bersama, asyik argue bila tak sama pendapat, atau ko cakap lain, dia faham lain, ko cerita masalah ko, dia punya response tak seperti yang kau expect sebagai contoh ko bagitau dia kau baru hilang handphone, dia balas "Haa tu la tak reti jaga barang elok-elok.." So??? Is this the kind of response that we would get from someone who understand us, care about us, love us? Kalau macam ni baik ko blah je, betul tak? Ke salah? Ada ke orang boleh terima seseorang yang macam ni sebagai kekasih hakiki (ewah)?

Aku dah jumpa soulmate aku, di sini soulmate yang aku maksudkan ialah orang yang aku boleh lepak sembang sama dalam susah dalam senang, kalau tak boleh tolong aku secara fizikal, moral pon semtiasa nampak effort dia. Selain memahami, tak kisah masalah aku complicated macam mana pon, tak kisah la salah aku sendiri ke, dia akan bagi response yang kena je ngan aku, iaitu tak buat aku lebih down, rasa lebih misery, or rasa cam nak tabohhh dia pulak kan.. Aku boleh sembang berjam-jam, selesa seronok..bila berjauhan dan ditimpa masalah, teringat kat dia dan nak cari dia, dia je yang akan cakap sesuatu yang boleh buat aku rasa less miserable..

Yup aku dah jumpa orang macam ni..ada 2-3 orang..too bad they are all female.. Takkan aku nak jadi Ellen DeGeneres plak kan? Sebab masalahnya aku tak pernah jumpa lelaki yang macam tu..Mana-mana lelaki aku kenal mesti buat aku rasa rimas. Terlalu ego lah, terlalu terhegeh-hegeh lah, terlalu laser mulut, tak memahami langsung, tak membantu langsung..segala-galanya tak kena..menyampah je rasa..

Orang lain kawen dengan soulmate dorang tak agak-agak? Ke main tangkap muat je atau dorang tak pikir panjang sangat macam aku ni, janji kawen..ke?

Akhir kata, lagu ni dan liriknya sangat mengenai jiwa aku, kiranya apa yang ada dalam kepala otak aku ada dalam lirik dia..touching seh~



Incompatible, it don't matter though
'cos someone's bound to hear my cry
Speak out if you do
You're not easy to find

Is it possible Mr. Loveable
Is already in my life?
Right in front of me
Or maybe you're in disguise

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

Here we are again, circles never end
How do I find the perfect fit
There's enough for everyone
But I'm still waiting in line

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

If there's a soulmate for everyone

Most relationships seem so transitory
They're all good but not the permanent one

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

And this is a good comment kat lirik lagu ni, kinda what happen to me too:
At least she is just 20 years old...

Seboleh-bolehnya aku memang tanak jadi lesbian..hahahaha~

Monday, October 21, 2013

Sekujur Tubuh Lelaki Tinggi itu

...disebaliknya ego yang sama tinggi...
Dan ego lelaki adalah lebih tinggi dari skyscrappers...
Gua tak paham la lelaki, sesetengah la kot tapi dengan malangnya bahagian yang unpreferable sesetengah tu la yang gua keep bumping into..the other half yang baik-baik most of the time already belongs to other lucky girls..dem if i cud..

Tapi antara semua yang gua tak paham, sekujur tubuh lelaki tinggi ni yang paling gua pelik..Ok gua akui kawan-kawan gua banyak yang kisah jauh lebih tragik dari gua, seperti kekasih yang bercinta bagai nak rak bertahun-tahun, plan nak kawen bagai last-last laki tu kawen pompuan lain, putus cinta hancur berkecai hati kurus badan bagai dibueknya..lagi dasat bila nak kawen boleh sibuk pulun nak jemput kawan gua yang di-dumped olehnya, dafuq kan?

Dah tu bukan takat situ je ke-asshole-an lelaki-lelaki ini, boleh plak lepas da kawen tu dek kerana bosan ke gaduh/merajuk ngan bini, dok cari balik kawan-kawan aku yang malang ni, konon alasan nak kawan la, nak keep in touch la, nak ngadu masalah la, nak ambil berat la etc. I mean, I know fews guy friends of mine yang kena treated this way dengan exGF dorang dan dorang rasa jijik, tak suka la kan, so secara normal, lelaki yang waras tak buat macam tu sebab sendiri kena pon tak suka, kan?

Tapi kisah gua takde setragis itu, cuma annoying and disgusting lebih kurang sama la...Masa mula kenal ok la kiteorang takdela bercinta pon, tapi "sekujur tubuh tinggi" tu jugak la yang pulun nak berkenalan, berbulan-bulan punya drag..then dah kenal ok la, dia menunjukkan kegentlemanannya..but im not that impressed because i have different preferences, physically he just got height, and JUST THAT ( u should get what i mean)

Then at one time both got busy, actually dia yang dok buat-buat busy so malas la nak buat kawan pon kan, satgi dia perasan gua dok terhegeh-hegeh nak kat dia plak kan..Dah dia diam terus, beberapa bulan pastu time tu gua bosan, tah cane teringat nak tegor dia tanya apacer kan, masa tu gua da dilanda kemurungan disebabkan stress keje gua, so gua nak kacau orang je la randomly. Dia boleh buat busy layan tak layan,reply ayat nak poyo je, memang hilang terus la lakonan kegentlemanannnya yang boleh menang Oscar masa awal-awal kenal dia dulu..gua pon macam laa hampeh gila mamat ni, bajet artis ke atau bajet gua tangkap cintan ngan dia? Pahal la kan...

So ok lah gua pon tak kacau dah la kan, dah berbulan lepas tu, tetiba leh message gua, jemput gi kenduri kawen dia, gua dahla delete nombot dia, seb baik la dia letak pic muka dia kan, so gua taw sape..Tapi gua terkejut dan kehairanan la, apahal nak jemput gua? Gua bukan kawan lu sangat pon,lu tak layan gua kot dulu..da lost contact da buang kawan, sekarang nak sebok main jemput aku,ke memang dia jenis jemput je sape-sape..ke?? So motif jemput gua yang lu dah lost contact ni? Nak tayang bini ke nak show off dia dapat kawen dulu?

Kalau gua "gentleman" mesti gua reply,
 "Oh ye ke tahniah semoga berkekalan, In-sya-Allah datang.."

Tapi please la bai, I'm no angel..Sejak bila gua hipokrit? Tade masa gua nak pura-pura jaga hati mamat yang tak reti jaga hati gua ni kan..So gua pon reply dengan penuh keikhlasan sampai dia menyampah dan berambus..So kalau ni cerita drama tv ke apa ke, penonton patutnya bereaksi "padan muka dia, kena sebijik..." Kalau penonton tak pathetic la kan hahahaha

So tujuan gua tetiba write entry mengarut ni adalah kerana kawan-kawan gua yang malang tu tengah dok share pasal benda ni kat group Whatsapp, gua nak try bayangkan perasaan dorang, mesti sedih serabut sakit hati..sebab gua tak pernah kena, so gua pikir-pikir paling terhampir sama-dengan kisah dorang ni ialah kisah gua dengan sekujur tubuh lelaki tinggi itu..hanya tubuh je la..hati , jiwa dan otak tiada...

that's a tall zombie..

Wednesday, October 9, 2013

Ujibakat Pengacara Jemputan Nona

Tajuk adalah propa..sekian...
 

So it is October already bebeh, feeling so freaking old..

Sorry September, gua tak update pape plak, banyak idea akan tetapi tah la..bila ngadap PC klik new post idea tak mari plak, huahuahaha

Ok nak share sket je, gua baru lepas gi interview untuk jadi penerbit rancangan gred B41. Asal pusat kat Penang dah dulu dok Penang, tapi untuk sementara waktu ni ai ada di Kuala Lumpur y'all, tahun depan tak tahu lagi di mana..(yeke tak tahu? haha)

Ada dua hari dia buat, sebab ada dua sesi, Amali dan Menulis..

Amali tu maksudnya lu kena la beramal, ahaks..maksudnya lu kena tunjuk bakat sikit. Dia bagi kertas soalan ada 2, kertas 1 lu baca je dengan clear dan fefeeling pembaca berita nasional, ada 2 text bahasa Melayu dan bahasa penjajah iaitu Inggeris..

Kertas 2 tu ada 2 text lu kena buat,lu kena olah-olah sikit soalan pertama tu, then soalan kedua dia bagi kes or situasi dengan point-point sikit, ada 5 pilihan, lu pilih satu je, karang cecantik dalam bahasa penjajah. Kedua-dua text ni lu kena baca dengan penuh kewibawaan dan style ala-ala Mariamah Tijo.. kalau korang kenal la kan, beliau legend ok!

Marimah Tijo (bukan nama sebenar)
Tips aku nak bagi (ewah macam hebat nak bagi-bagi tips kan, gua share dari kesilapan dan pemerhatian gua je, mulia tak?) ialah, korang takyah gugup-gugup nervousa hervousa bagai, rilek-rilek and enjoy je, best pe buat-buat poyo baca teks dalam konti (bilik je, dengan cermin dan mic dan speaker, panel ada kat bilik sebelah di belakang cermin).

Aku kurang ngerti kenapa bebudak lain macam gugup gelabah gile, aku selalu sangat kot gi interview, benda ni nama je temuduga, takde la temuduga mana, ujibakat je kot sepatutnya dipanggil.. Oleh kerana dorang kebanyakannya bercakap dan beramas mesra sesama dorang dengan berkongsi perasaan nervous dorang, aku memilih untuk tidak beramas mesra sekali sebab aku ni sebegitu vulnerable, cepat berjangkit ion-ion negatif; maka sementara aku masih tak nervous dan berpikiran positif ni baik aku maintain je, kang klu join dorang aku pon jadi gabra semacam plak (gabra tu memang dah sedia ada sikit-sikit da, tak perlu tambah-tambah).. Akibatnya gua memang nampak sombong dan kerek dalam group tersebut..apakan daya..

Aku sorang je la colourful ye dok? kahkahkah
Tip satu lagi, untuk kertas dua yang kena karang text then baca, nasihat gua focus la kat soalan 2, sebab olah-olah text bahasa Melayu (soalan pertama) tu tak payah la tulis balik the whole text, just pangkah slash atas text asal, tambah dan tulis ayat kat atas dia sudahla. Sebab ramai budak pi pulun karang soalan pertama, akibatnya soalan kedua yang kena karang dalam bahasa Inggeris tu banyak yang tak sempat. Rugi la kan..

Tu sesi amali, kedua ialah ujian bertulis, macam ujian PTD..

Tapi ujian bertulis jawatan ni tak sesusah PTD la,dia buat hari lain, 2 minggu selepas sesi amali..Tak susah tapi klu lemah ilmu pengetahuan susah jugak la. Soalan dia banyak tanya pasal sejarah RTM, rancangan-rancangan RTM, tagline dan misi la ape la, selebriti kelahiran RTM. Ada juga sket soalan yang menyentuh pasal negara, yang ala-ala soalan PTD tu. So lu kena la study sket-sket...

Dalam sesi bertulis ni ada 3 bahagian, yang pertama yang ala PTD tu, kedua karangan,dan ketiga menterjemah text dari bahasa Arab ke bahasa Jepun ahahahaha percaya sangat~! BM-BI, BI-BM..faham kan "morse code" ni?

Lenguh sungguh jari ini di saat hujung-hujung penghabisan masa..tulisan pon dah macam doktor..berdoalah semoga pemeriksa rajin membaca kerana gua yakin isi karangan gua mantap (konfiden~)..rugi kalau lu tak baca wahai tuan pemeriksa..

Yang paling menarik kan,punya ramai dia interview, di segenap negara plak tu, setiap negeri, gua dapat tahu melalui telinga lintah umpama piring satelit astro gua ni dok ejas-ejas, dari candidates  yang sembang sesama mereka, bahawasanya RTM nak pakai 4 orang je..4 orang je bai................. hmmmmm apakah perasaan ku??

.....
So tawan-tawan titew, titew berdoa je la..semoga ada rezeki..kalau tak ada apakan daya..stuck kat private sector yang naahhhhhhhhhaaaaaaaaaaaiiiii ni~~

Wednesday, August 14, 2013

Set Tea Tree Oil Cosmoderm: Review

Salam, ya kali ni gua nak fefeeling beauty guru konon~ prfftt...taklah.. Camni la, kalau anda pembaca blog gua, gua ada citer sket pasal masalah kulit gua yang seolah-olah never ending nih..Kulit aku ni ada fasa jerawat batu 2 kali, lepas tu 2008 dah ok, tetiba start awal tahun ni jadi balik, gua rasa ada 2-3 kemungkinan la:

Pertama, sebab gua gatal pi telan pil vitamin C, ada 2 jenis, 1 tu tah apa nama tak ingat, pada bulan November tahun lepas (2012) gua telan tapi sebulan je, takde efek mende pon. Pastu gua tertarik dengan Fellina Vit E Collagen mende tah tu, iklan dia mak ai, tergoda mak nakk! Gua borong sekali 3 kotak. Start bulan 12 gua telan, penjual tu cakap mandangkan kulit gua ni problem gak kan sebab banyak bintik-bintik dan jerawat sekali sekala tu, dia suruh telan 2 biji, pagi dan malam.
By the end of December jerawat naik lagi melampau, kulit boleh plak dari selalu nampak cerah jadi kusam gelap sampai orang tegur. Si penjual tu kata tu healing proses, apa kejadahnya tapi alang2 da borong gua teruskan. Tapi ujung bulan January 2013 kulit masih makin teruk dan kusam, gua stop, ada lagi 2 papan tersimpan hingga kini. Healing proses la sangat!

Kedua, gua pegi jumpa doctor dalam bulan 6 sebab jerawat gua masih ada selepas gua ada try produk-produk lain tapi still tak berkesan, doctor tu check pemakanan gua; gua memang jenis makan buah, sayor dan ada gak try bulan 3 dan 4 tu gua kawal pemakanan, tak makan bergoreng, malam je makan carrot, orange dan tomato SAHAJA, dan banyak ganti oat dalam pemakanan harian macam lunch ke breakfast ke..tapi percayalah, kulit gua tak improve pon. So doctor cakap klu begitu kekdahnya, masalah gua tak lain tak bukan, hormone imbalance pebenda tah. Dia cakap bawah kulit gua ni masih banyak nanah/bisa jerawat yang perlu keluar, so dia bagi ubat antibiotik telan dan krim jerawat putih. Berkesan la sket, skarang jerawat kurang tapi parut still ada la. Beliau jugak cakap yang dia boleh bagi ubat hormone kat aku ni untuk masalah jerawat tu tapi since aku still tak kawen lagi, dia cakap takut ada effect lain, kalau masalah serius sangat memang dia akan prescribe ubat hormone la, so dia tanya aku nak ke tak nak? Aku cakap takyah la, risau plak aku..

Ketiga, gua sangat membencikan pekerjaan gua yang lepas, kira dari bulan Oktober tahun lepas gua da start stress. So ramai orang berkata jerawat dan kulit kusam gua ni pasal stress. Note: Jangan cakap pasal gua kurang minum air putih ok, gua minum 2-3 botol tumbler gua yg 800ml tu, tu tak masuk gelas-gelas kecik lagi,sekian..

So berikut tadi adalah antara kemungkinan yang ada. Okay topik asal entry ini adalah berkisar tentang Cosmoderm , set Tea Tree Oil untuk jerawat. Pada hujung bulan April aku telah mencuba cleanser dari set ini, saja try cleanser je for a month , and it is proven to be working quite well with my skin, but just slightly better la, bukan besar sangat la improvement dia. So I bought the whole set starting June.

Unfortunately toner dia kurang sesuai dengan kulit aku sebab kulit aku sangat sensitif, kulit jadi merah-merah pedih, then pelembab dia pon tak berkesan sangat dengan aku, dan anti blemish dia pon tak sesuai ngan kulit aku sebab aku rasa jerawat aku still ada walaupon dah 2 minggu dok sapu dia.

So aku tanak membazir buang benda tu, aku nak jual kat sesiapa yang guna set ni dan sesuai ngan kulit dia, ataupon sesiapa yang berjerawat teruk dan nak try set nih, this is your best chance buddy, gua tak amek untung hokey...

The whole set aku beli dulu lebih RM50 harganya (check la price of each item kat website dorang tu), tapi sebab aku cuma nak let go, aku tolak the whole set (3 items ni) dengan harga RM30 je (tak masuk postage) sebab aku pakai tak sampai setengah pon (kecuali toner, sebab kalau tuang suka nak keluar banyak sangat).

Ni lah rupa set aku nak tolak tu, banyak lagi ada,macam tak luak pon

Memang macam penuh pon, guna suku pon tak sampai

Toner tinggal agak separuh la, siap torch lampu kot belakang lagi~ 

Kalau berminat just email me atau leave a comment here, atau..hurmmmmm tanak tanak, tanak tinggal nombor hahaha lulz macam hot sangat! Sekian..silalah try!

kronologi wajah-wajahku yang bermasaalah (lighting faktor utama nampak macam cerah jap gelap jap)

UPDATE: SOLD OUT.. hoho..baca review dan komen2 kat bawah je okeh~

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan and the famous Puteri Awani

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak untuk tahun 2013..
Alhamdulillah..I've made it, I mean you and me made it this year to enjoy this feast in Ramadhan, thanks Allah swt..Semoga tahun ni kita beramal lebih dari last year dan up sket pahala yang dikumpul dan kurangkan sikit bilangan pahala puasa yang dipotong-potong dek kerana kita tak menjaga mulut, mata telinga dan segala-galanya..in sya Allah...

Sangat bersopan tulisanku kali ini kerana menghormati bulan Ramadhan..aiceh ceh~~

Ok I am sure, deng sure yang most of the Internet silver surfer memang tahu sangat dengan nama Puteri Awani seperti yang tertera di atas tajuk sana nun.. This entry is about her, but not to bash her, but to bash everybody else (including me oh yeah).

Can it get any cuter?
Dulu zaman sekolah ke unibesiti ke gua sangat konfiden yang most of us akan ada jenis-jenis or golongan or spesis yang kita macam tak bleh blah, tak bleh pandang habaq ang.. Kalau laki hat stok poyo bajet macho hot bagai, kalau pompuan plak hat stok gedik nak perhatian bajet cun bagai..Kalau orang Kedah ni kata PULUN..bukan pulut eh, pulut sedap, tambah pulut sekaya..ni pulun kira kata overdo la dari segi attitude dia nak impress orang, nak attention, kalau cun dia berusaha nak tunjuk dia cun, kalau pandai dia berusaha nak tunjuk pandai..kira total opposite of low-profile lah kan..

Tapi yelah zaman kita, the 90's kids (if you're not the 90's kids pon, please dont leave yet, read), mana la dok pakai handphone canggeh boleh rekod video bagai, computer pon tak setiap rumah ada lagi masa tu. Youtube pon takdak lagi rasanya. So sepoyo-poyo segedik-gedik sepulun-pulun spesis tu yang kita kenal masa tu takat kita-kita je la yang tahu. Kalau budak poyo sekolah A kat Sungai Petani la contoh, tadak la sekolah B kat Kuala Terengganu nak tahu pon pasal budak tu. Taktaw dan tadak modal pon nak ngata (standard la spesis camni memang selalu kena ngata ja).

Tapi kini, aku tengok semakin menjadi-jadi budak zaman sekarang.. Kat Facebook paling dasyat lah..Niat orang dewasa macam kita (belom tua ye,dewasa) berFacebook sebab nak keep in touch ngan kengkawan, nak cari kenalan lama, semua dok jejauh beranak pinak, nak lepak di alam nyata agak susah sebab semua dah ada komitmen sendiri. Facebook la tempat kita nak virtually lepak ngan geng sekolah lama kita, at the convenience of just staying at home, while cooking, while babysitting, while making love with hubby/wifey (bunyi sungguh "adult" di situ). So this is kinda what we THE ADULT do on the net,on Facebook.

Share gambar makanan, show off baby dorang yang cute, dapor diorang yang baru renovate, kereta punya sport rim.. yes, that's what we all use Facebook for most of the time (even tho sometime it doesnt make any sense).. And that is us..the adult...

So about the kiddos, haishh..lawak pon ada..sedih pon ada..dorang guna Facebook macam tempat meraih perhatian dengan cara yang paling..dumb..memalukan..lucah pon ada..pointless motiveless..I know not all, not to say that we adult ni pon buat semua benda betoi ja kan, tapi at least luckily Facebook muncul bukan zaman kami masih remaja dan tawar garam lagi,kira dah banyak garam gak la dah makan..so takde la kami dirosakkan oleh Facebook mahupon merosakkan tujuan "baik" Facebook.

Apa yang bebudak muda skang buat yang merisaukan aku nih?

Most of the printscreen berikut adalah dari page Facebook Kepala Hotak Kamu (sopan kan?) sebagai contoh aktiviti-aktiviti remaja sekarang di Facebook..henjoy:

Ni salah satu yang paling common..update status mintak LIKE, ape ke besar sangat LIKE tu???

Astaga..kot ye pon nak merepek konon nak nampak cool sebagai awek yang funny, merepek ngan member sudahla..

Ni lagi lah, di manakah letaknya malu mu gadis?? Demi sekelumit perhatian? siap public siot post ni

Post pasal korek hidung publicly dah satu hal, boleh plak dingaku-ngakunya korek bawah mende tah lagi tu..adoiyai

Ni plak mintak LIKE dengan cara paling "puitis"..

Mak aku dulu siap sound lagi kalau aku sebut-sebut pasal "cuti pompuan" dan perkara yang berkaitan dengannya di depan bapak aku, mak kamu??
Kalau korang yang dewasa-dewasa ini melayari page Kepala Hotak Kamu tu, keinginan nak kawen dan dapat anak pon boleh hampir dilupakan sebab takut dengan generasi baru yang ngarut sangat ni, kalau kita ada anak zaman ni, macamana nak pastikan dorang tak jadi macam ni? Aku je la kot rasa cuak.. Page ni pon takde la bagus mana, keja nak mengaibkan orang je..konfem budak muda punya keje gak..

So dari page ni jugak aku discover pasal Puteri Awani nih, video dia viral kat ruang maya Malaysia ni sebab dia wish happy anniversary yang ke err...seminggu... kat BF dia.. Seminggu bai, seminggu dan dipanggil anniversary..hit me!

Aku takkan share link video tu yang telah diupload balik oleh moron-moron tua yang nak raih viewers rating, gimme a break, moron-moron tua tu nak syer saham kat akhirat jugak ke? Selagi dia upload selagi typical Malaysian dok pi komen kutuk teruk-teruk, selagi tu syer lu pon meningkat bai..

Memangla diakui apa kejadahnya lah adik oi, baru seminggu, dah beriya bagai, yang boyfriend dia pon tak payah ceritala, tak setaraflah dengan kecomelan awek tu tapi bajet hot giler, dah sebab diorang ni semua bebudak lagi, ko nak poyo bajet ke apa lantaklah..Kita boleh nasihat, guna contoh dorang tu sebagai iktibar kat anak buah kita.. Ini yang over ni, kutuk bukan-bukan kat segenap ruang maya ni, motif?

I mean come on, people make mistake and this girl is like, tak sure umor berapa tapi macam baru nak amek SPM je, troll tu tahan lagi bila dorang buat gambar dia sebagai meme la apa tah tu, tapi yang siap komen:
"macam monyet la",
"harap muka comel tapi bodoh",

Siap ada komen lucah cakap pasal seks and everything, yang komen tu pon dua kali lima je..you guys arent any better...Sangat sedih tengok Melayu macam ni (yang komen tu memang Melayu je pon..)
Tengok budak muda skarang, i know your stupid typo kid..Malu mak bapak ko budak

Ada lagi komen "dah ditebuk BF dia la" ape la, perlu ke komen yang macam tu? Kalau benda tu tak betol, ko dapat dosa dia free je, seronok? Suka? Ni komen gang bang ni, noob sangat budaknya, baru belajar perkataan tu ke apa, sebok nak tunjuk pandai.. Takde sense of respect kat perempuan langsung. Dia bukan tengah bertelanjang bogel sampai ko nak pikir sejauh tu..ohhh kuningnya otak remaja zaman sekarang ya Allah!

Kalau aku jadi Puteri Awani ni aku dah buat report polis untuk komen berbaur seks tu, printscreen tanpa nama diblurkan pon ada kalau dia nak mintak dari aku..

Aku bukan nak bekap budak ni sebab apa dia buat tu memang la benda tak patut, benda bodoh, tapi bukan pasal dia bodoh, tapi pasal dia naif. Yang bodohnya yang komen kutuk benda-benda merapu takde kene ngene..Aku ni bukan sedara budak tu pon nak bekap dia bagai..tapi dah macam melampau pulak komen-komen kutuk dia, yang paling takleh blah yang umor-umor aku pon tumpang sekaki komen kutuk kaw-kaw budak tu. Budak sesama budak kot la semua noob baru jumpa dunia nak bergadoh sesama dorang, dengki tengok awek cute ke gedik ke, dah yang dewasa pon tumpang sekaki ape cer?? Ahh takleh accept, takleh nak diagnose dalam sistem kepala otak aku ni..

Sila selami hati selami jiwa dengan pic berikut:





Bayangkan budak comel tu adik korang ke anak buah korang ke anak kandung korang ke, dengan kesilapan naif dia sebab gedik buat video camtu di usia muda ni korang nak ngata dia sampai tahap macam tu? Pernah terpikir ke nak compare video dia dengan video awek dewasa macam Sharifah Sakinah??



Saturday, June 8, 2013

Tuesday, April 30, 2013

Aprilku Busan, ahh NOOBBS!

Ok April sudah berlalu tapi saya masih tak tahu apa mau taip (wah sopannya? sejak bilakah?)

Bulan ni busy pasang bendera sebab Pilihanraya Umum ke 13 akan berlangsung pada 5 Mei ini...tapi bukan aku lah yang pasang bendera pon, selalu tolong pasang kat rumah je tapi kali ni bapak aku da pasang sendiri..Bendera apa? Sendiri pikir la wei..

Aku ada jugak pusing-pusing area meriah kat Sik, area Hijau la of course, banyak hasil kreatif menjelang pilihanraya ni, tapi photo-photo itu masih belum di tanganku.. Nanti dah dapat aku upload..

Oleh kerana macam tak taw apa nak taip dalam entry ni sebab banyak sangat dalam kepala otak ni..gua rasa paling menarik gua nak share dalam bulan April ni ialah video Mat Lutfi.. untuk pengetahuan umum gua memang tangkap cintun dengan kepala otak dia.. Buah pemikiran dia yang dia share dalam video dia semuanya sebijik macam dalam kepala otak gua, ataupon kalau tak sebijik pon apa dia cakap sentiasa make sense di hati gua..Tapi gua tidakla sepandai beliau..

Bagi yang nak mengundi, lu bukalah minda tu sebesar-besarnya, buang perasaan taksub takjub aljunub (watehel?) .. Jangan jadikan kecendurangan politik anda tu datangnya dari famili or keturunan (orang cakap iman pon tak dapat diwarisi)  tapi datanglah ia dari akal pikiran, mata kepala yang boleh tengok sendiri, dan buat judgement based on apa perkara asas agama (atau pendidikan moral kot la ada bukan Islam baca) yang anda belajar time sekolah dulu..Kalau belajar sejarah ka ekonomi ka lagi bagus, boleh relate..tapi ingat, kena buka minda dulu..Kalau dah taksub, apa yang dipelajari apa yang dilihat semua pon tak laku, orang putih panggil "living in denial" gituw.. Dan buang pemikiran pentingkan diri, "asal anda OK boleh bernafas, jiran nak makan nasi lauk garam sampai cucu cicit pon takpe"..sebab back to basic learnt at school, life is not just about you, because you are not living alone by yourself on this earth, we live in a community, ummah..Put yourself in other people's shoes as well..see things in different perspective..Kita bukan hidup nomad tiada negara tiada asal usul, kita ada negara, hidup bermasyarakat ada sistem ada undang-undang..So kita wajiblah tolong menolong, concern pasal orang lain, bukan pikir diri sendiri je dapat projek orang lain naseb la..

Marilah jadi NOOBS sebentar...



UNDILAH DENGAN BIJAK!! Jangan undi ke arah negara lingkup (yakni maksiat digalakkan, budaya samseng, perkauman, kroni dan penyelewengan, fitnah dan kelucahan, you know exactly what i mean..) Sekian, selamat mengundi yaw~

Thursday, April 4, 2013

Festival Muzik Dunia Pulau Pinang

Bapak pelik giler bunyi dalam bahasa Melayu..hohoho..

Pada 30-31 March 2013 telah berlangsungnya festival yang dipanggil Penang World Music Festival, di Botanical Garden, Penang. Aku excited nak pergi lepas baca iklan dia dalam awal bulan Februari..Tapi biasalah sebagai orang yang single kawan berjuta tapi terlalu berjuta pon susah gak, gua nak pergi enjoy benda camni dalam company yang kecik..3-4 tu tahan la, tapi berdua lebih baik (bak kata kembar aku Acha Septriasa)..Maka aku ajak la one of my geng sepelarian tu sebab dia yang paling sekepala dan gila-gila ngan aku nih..Aku warning dia jangan cerita kat sape-sape nanti dorang nak follow plak hahaha keji~http://www.emocutez.com

Beliau memang excited dah terus setuju dan bank in duit suruh aku beli terus tiket. Aku pon excited menghitung hari nak pi henjoy world music ni kan..

Akan tetapi malangnya beliau terpaksa kensel last minit dek kerana kawannya kahwin..tapi beliau menyesal gak kerana wedding tersebut katanya tak best sebab dia asyik kena bahan wakaka..aku pon torture la beliau, tu la kau mengecewakan hati kanak-kanak riang ini...http://www.emocutez.com

Rugi habaq ang bila aku dapat pergi lewat..dapat tengok 3 band je dari 12 band yang perform..adeh..Sebabnya gua ajak kawan-kawan yang busy..Mula tu dah ajak sorang ni yang gegila gak tapi laki a, dia pon kensel on the day before, cis..so dengan gelabahnya gua ajak orang lain..last minute ajak huh susah a kan..Kita hanya merancang ye dop~

Best woo..Gua suka layan lagu-lagu cenggitu tambah kalau live kan, tapi yang gua tak gemarnye biasalah benda-benda cenggitu ade je la yang mabuk merokok bagai..huhu..rimas betol..mat salleh minah salleh buka-buka baju sebab global warming kan..tapi..tapi..tapi saya suci~~ http://www.emocutez.com


Sebab pergi pon dah malam (gua dapat pergi dengan memaksa seorang member ni datang dari jauh untuk menemani gua hahahaha gua hebat bukan?!) gambar pon tak banyak la..camera phone gua yang Samsung tu memang suck gila (Sony gua kan da arwah).

So gua sertakan sekali gambar-gambar cilok secara halal dari sumber lain...

Bukti pembelian
Ni gua snap masa finale, closing dah..gua je makhluk bertudung yang tinggal, yang lain dah balik buat tahajud

Ni gua ambik kat Facebook rasmi mereka

Gua missed performance ni huhu

Menghayati habes bai!http://www.emocutez.com
Gua sempat tengok band Akasha (Malaysia, weh mat salleh dari Brickfields nyanyi lagu Poei Pekan Blues Gang hoho) ,Dende and the Band (Brazil) dan Saharadja (Indonesia, ada dua aweks, sorang Hungarian yang sepatutnya ganas tapi ayu je gesek violin, sorang lagi Malay bapak hot!) Terkilan gua tak dapat tengok yang lain specially dari Jepun, Turki dan Portugal..http://www.emocutez.com


Sekian untuk maklumat lanjut dan photo yang lebih menarik, sila la nyemakkan page Facebook mereka di Penang World Music Festival.  Next year punya 12-13 April 2014. See you there bebeh!

Balik ngenjoy gua pekena briyani kapitan siot..rosak diet gua!


Monday, March 25, 2013

Worst Birthday Ever?

Today is my birthday..last year on my birthday I was in Langkawi with my two good A++ high-quality friends of mine from school (or childhood friends lah)..
Ni lah kawan-kawan gua gred AAA punya tuh..
Tahun ni sangat berbeza..wow..nak taip pon rasa kesian kat keyboard..mau lingkup jugak keyboard setia ku ini..

Sebermula..

Dalam sebuah kilang keju, pekerjanya yang bersifat sementara (kontrak) dibahagi kepada 2 kumpulan..Kumpulan pertama mempunyai projek yang terbengkalai, lalu meminjam pekerja kumpulan kedua untuk membantu di fasa-fasa akhir projek..Jadi setakat membantulah beliau akan kerja mereka..tidaklah beliau tahu hujung pangkal projek tersebut..Mandor kilang hanya memberi order..

Arakian, dahla jadi pembantu umpama pelakon pembantu dalam drama yang nampak tak penting, pemilik asal projek tu pula bagi instruction pon rileks-rileks john je..Siap salah-salah bagi lagi..tambahan perisa lagi, last minute gak disuruhnya tambah kerja lagi..pastu rush si pembantu sebab katanya da nak sampai dateline..the hell? Arahan kerja pon datang mengesot-ngesot, tiba-tiba pass baton beliau kena memecut pula?

Setelah selesai bahagiannya, beliau bertanya jika perlu amend, dengan muka plastik Barbie-dollnye menjawab mereka buat tak mengape..so beliau ingat ok la fine..tup tup end of the week kena panggil mandor-mandor..issue complaint sebab kerja beliau tak siap on time and meet the requirement...
Melotup beliau sebijik cenggini..maapla the bearer of bad news,u've been cursed unintentionally

Rupe-rupenye..beliau telah direport sebagai orang yang melambatkan kerja itu walaupon kerja beliau macam 2% je dari the whole project, beliau dikatanye penyebab project tak meet the dateline..

Resulting her to resign...gudbye hell and the dwellers of hell..u guys deserve each other..hope u guys all burn in hell..

Syahadan, shahidan kassim baba, begitulah ceritanya..

Ok gua sedih tu adalah sikit kerana gua terasa teraniaya, tapi gua ada keupayaan luar biasa yang mampu mentransform kesedihan kepada kemarahan..maka gua tak perlu la sedih-sedih lagi..Lagipon banyak kawan-kawan real gua yang memberi gua semangat, actually dari dulu pon dorang da nasihat gua to leave the hell, gua cuba sedaya upaya tapi belom dapat yang betol-betol gua nak, choosy jugak gua ni, padan muka..

Hence, salah seorang dari kawan baik gua bawak gua jalan-jalan dengan kereta hybrid baru dia tu dan belanja gua makan-makan..Dia memberi semangat kat gua yang gua don't belong to that hell (actually dia pernah kerja sekejap dalam hell tu tapi dia left sooner than any of us).. Gua far better than them (judging from their education masa sekolah dulu, and which IPT they got into)..Kata-kata dia memang memberi gua semangat..I am not a loser just because of this so-called conspiracy..Orang nak lepas diri memang senang to put the blame on others..Oh god repay their deeds in the worse way ever for this sin is greatly hurting an innocent being..

Burn burn in hell..
Tadaaa...haa nampak kereta hybrid beliau? Leaving the hell allowing her to buy that car!
Orang takde bf la katakan, celebrate dengan member je la hihi..

Anyway, good friends like her, and other great friends of mine (kawan sepelarian gua pon bestest in the world) are hard to find..they accept me the way I am, and always there for me during my downfall..compare to those who just hang around in my best state, and stabbed me at the back for their escape..and leave with innocent guilt-free faces..disgusting! Don't forget, what goes around comes around..I'll pray for that..


Monday, February 25, 2013

Punch a Joy to a Heartache

Enjoy the song and the lyrics my friends..
Stood in the rain and watched you go
I feel a lump in my throat
And this is far from joy
I never seemed to learn
That high makes things harder
That high I get from you
I've figured out that joy is not in your arms
I know I'll always ache with an empty heart
I think it's time to run cause i'm seeing stars
I'm seeing stars watch me fall apart
I think of dying all the time
But i've got joy to take my side
Fear is my favorite ride ooh hey hoh
I've figured out that joy is not in your arms
I know I'll always ache with an empty heart
I think it's time to run cause i'm seeing stars
I'm seeing stars watch me fall apart
And then you see, oooh
I've figured out that joy is not in your arms
I know I'll always ache with an empty heart
I think it's time to run cause i'm seeing stars
I'm seeing stars watch me fall apart




Every time a guy hurt me, i feel like giving this special gift to their face..



Oh this entry, obviously about something called heartache..