Thursday, May 5, 2011

Jakun di PuduMegaRaya

Wowee!!
http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com


cukup tak emoticon2 di atas menggambarkan perasaan WOWEE ku ini??

wowee itu reaksi ketaksuban aku terhadap extreme makeover yang berlaku pada tempat yang dulu sungguh sesak, panas, semak, berasap, busuk, kotor, dan lain-lain lagi, yang terpaksa aku pergi tatkala mahu pulang ke kampung halaman di kala cuti raya, semester dan sewaktu dengannya; tempat tersebut ialah Puduraya.

Semenjak tahun lepas tak silap aku Puduraya dah ditutup dan wujudnya terminal bus sementara di Bukit Jalil dan ketika itu aku pon naseb baikla  menetap di Bukit Jalil jugak. Penutupan dan perpindahan sementara itu bertujuan untuk membaikpulih atau menaiktarafkan Puduraya yang sedia ada. Maka selama setahun lebih kesesakan dipindahkan ke Bukit Jalil. 

Tanggal 16/4/2011 Puduraya telah beroperasi semula (i was not aware of this just until i had to balik kampung the next week). 

Aku yang mulanya susah payah ambil taxi dari LRT Masjid Jamek pegi ke KTM sebab nak naik Plusliner, sampai je kaunter dia kosong, orang kat situ cakap da pindah Puduraya dah....frust dan penat aku malas naik taxi  (nak jimat a kan) lalu berjalan ke LRT Pasar Seni. While waiting for the next bus at 6, aku pon jalan2 dalam Pasar Seni. Kawan aku suggest aku gi lepak tunggu kat Pudu, aku cakap malas sesak (sebab aku tak taw lagi) .
Pukul 5.30 pm baru aku gerak ke Puduraya berjalan kaki, sampai2 depan dia je aku dah;
 "hah?? siyes ke ? tak salah bangunan nih??? 

Ni je entrance dia...so welcoming!
ni snap dari atas bus masa nak bertolak


ini 3rd floor untuk beli tiket, sampai kena tanya orang kat mana nak beli tiket,huhu

kerusi pon da cantek skang..
1st floor, tempat jual-jual dan menunggu

Haa ini yang terbaek ni....nyaman dah jadinya udara dalam ni~


ini tempat turun platform dia, berpintu gelas, kena tekan baru bukak

ruangan menunggu lagi

Haa itu je gambar yang sempat aku snap sebab sorang2 masa tu segan la nak tangkap lebih2..huhu...pakai kamera fon je..ada lagi pic tapi tah virus apa tah da rosakkan..ni je la tinggal..berbeza tak?Selain aku masa tuh ada gak pak aji dan kawannya dok record interior Puduraya ni. Kalau dulu jangan harap la kan,hehe.

 Kini aku tak kisah lagi lepak di Puduraya.. haha

2 comments:

  1. perghhh lepas ni nak naik bus p pudu je la..pastu balik kulim..wakakkaa

    ReplyDelete

Bacalah walaupon senyap-senyap..Thanks kalau sudi komen