Tuesday, April 1, 2014

Dear Malaysian CC to Whom it may Concern

Ok susulan dari sebuah blog kanak-kanak (i assume) di mana mendapat banyak pujian dan siap ada orang share kat aku, then when i visit there ramai jugak yang puji sakan entry budak tu.. Aku  tidak terasa mahu memberi pujian, I found it biased, and resource aku lebih banyak kot.. Takbir!

So my entry kali ni it's not a parody la, tajuk je parody haha, but I found a better writing than hers yang surprisingly for some, they find her writing is somewhat "deep", as in what kind of deep, i don't know... So aku petik dari page Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman:

source

-Status ini Tiada Niat Politik Kepartian-
Saya mendengar siaran akhbar oleh Dato' Seri Hishamuddin sebentar tadi , beliau menafikan yang PM mengatakan MH 370 terhempas di lautan hindi tetapi hanya menyatakan kedudukan terakhir. Tapi sebagai rakyat Malaysia saya kurang puas hati kerana rakyat semakin keliru.
Ayat PM menyatakan "It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, Flight MH370 ended IN the southern Indian Ocean"
Beberapa point penting untuk difikir :
1. Kalau hanya last position tapi tak pasti terhempas, kenapa perlu DEEP SADNESS? dan kenapa perlu bahasa badan PM terlalu kelihatan bersedih semasa mengumumkannya.
2. Kenapa perlu PM umum jika sekadar last position, cukup Menteri umumkan.
3. Kalau hanya last position kenapa guna perkataan 'IN THE ..' yang seolah bermaksud DI DALAM LAUTAN. Sepatutnya gunakan 'At the' . Mungkin pakar bahasa Inggeris boleh bantu saya di sini. Cuma media mat saleh faham 'In The' sebagai 'into the ocean' yang beerti terhempas dan masuk dalam air. (rujuk berita new york times inihttp://www.nytimes.com/2014/03/25/world/asia/malaysia-airlines-flight-370.html?_r=0)
4. Kalau tak bermaksud terhempas, kenapa habiskan semua aset dan usaha mencari dalam lautan dan bukan di daratan juga?

Maka sebaiknya, jika benar tersilap dan terkeliru maka pimpinan berani mengakui tersilap data dan pengumuman dan meminta maaf. Itu lebih terpuji dan tinggi hemahnya bukan menafikan dan membelit.
Saya tahu isu MH 370 memang SUKAR antaranya kerana :
a. Ia libatkan tentera pelbagai negara termasuk negara2 yang pernah dan masih tidak baik antara satu sama lain.
b. Ia libatkan kedaulatan beberapa negara maka tidak mudah untuk masuk dan meneliti di dalam kawasan negara orang lain dengan aset ketenteraan. Tentulah pemimpin negara lain bimbang keselamatan negara mereka dan bimbang risikan sambil beralasan mencari.
c. Sukar didedahkan semua maklumat kerana terlalu banyak data palsu, kurang tepat dan sebahagiannya bersifat offensive' menyerang' negara lain, cthnya menuduh Amerika atau Vietnam menembak jatuh. Atau menyebut pesawat disembunyikan di Diego Garcia atau di Israel kerana itu secara tidak langsung menuduh Amerika menipu secara terbuka. Tanpa ayat teliti dan cara bijaksana, peperangan boleh meletus dan ketika itu lupakan sahaja pencarian MH370. Ikatan perdagangan boleh terjejas.
Sekadar satu luahan dan faham kesukaran isu ini. Namun pimpinan mungkin boleh fikirkan yang terbaik. Sama-sama kita berdoa agar kemelut ini dapat selesai dengan sebaiknya, kedaulatan, maruah dan ekonomi negara juga terjaga. Ini isu yang boleh meranapkan negara Malaysia sebenarnya.
Saya teringat Dato' Hishamudin pernah menyebut semua aset kita akan dikerah...saya bimbang jika musuh Malaysia mendengar. SEMUA aset utama ketenteraan?..bagaimana jika Malaysia diserang di waktu kemelut ini.
- TOLONG JANGAN MEMAKI HAMUN DI SINI-


Ok now my turn again, so dalam entry budak yang original tajuk aku parodykan tu (aku tanak share link, cukup-cukup la trafik dia dapat tu kan, dengki tak? lulz, bukan dengki, the writing is not that worth it, takut nanti ada orang pergi sana memaki mencarut like some fanatik pembangkang dah buat kat situ).. Dalam entry dia , basically dia ajak semua rakyat Malaysia bersatu menyokong kerajaan since orang luar kini seluruh dunia menghentam-hentam Malaysia akibat propaganda media, specially US, dan yang paling tak rasional meroyan ialah China, sapo laei, we always need someone to blame right? in any accident..and they chose us.. for we are so weak, so passive, so unprofessional.. We are the one who put ourselves there in the first place.

Apa aku nak cakap ada dah kat atas yang aku copy paste tu.. Pertikaian hebat dan ketidakpuasan hati yang melampau dari aku ialah berkenaan cara kerajaan kita menangani insiden ini; tekanan dari media luar terutamanya Amerika Syarikat, tekanan dan manipulasi dari mangsa dari China (negara lain tak kecoh pon) dan tekanan pembangkang. In the first place, masa dalam parlimen kenapa tak boleh bincang hal ini dengan menteri pembangkang? They are part of the parliament. There, unprofessionalism number 1!

Baru nak ajak, 27 Mac berita ni..

Unprofessionalism yang lelain tu dah ada dalam copy paste atas tadi tu, tapi aku rajin aku letak lagi sikit kat bawah:

source
source
source .. ok this one worth reading, we need more citizen like this..
same source
So you are asking rakyat untuk bersatu bla bla.. well, first thing is, untuk betul-betul menyeru rakyat bersatu, adalah untuk mendapat kepercayaan rakyat. Bagaimana nak mendapat kepercayaan rakyat kalau tak amanah?

Rakyat di Malaysia berpecah belah bukan sebab ada parti pembangkang, tetapi sebab ada ketidak-adilan, ketidak-telusan, ada rakyat yang tertindas. Maka dari rakyat inilah lahirnya pembangkang, dan bila kerajaan dikritik dengan ketidak-adilan sistem mereka, kepincangan sistem mereka, mereka cakap rakyat ini tidak bersyukur, halau dan sebagainya. Jadi rakyat-rakyat yang dihalau dan dilayan macam pengemis ini sudah tentu tak percaya kerajaan lagi, menyampah habes.

Tidak cukup dengan itu, apabila ulama' yang tegas mahu menegakkan syiar Islam membangkang, mahu mengubah sekularism yang diamalkan, beliau dipanggil pula sesat, dihina, diupahnya manusia tiada pedoman untuk menfitnah sampai jadi bahan paling lucah dan jijik nauzubillah.. Maka rakyat yang beriman melihat ini sebagai kepincangan besar kerajaan, jadi adakah logik jika bila saat genting macam ni, di mana pada asalnya kes ini kerajaan sedaya upaya tanak bagi pembangkang campur tangan, maka bagaimanalah pembangkang nak membela Malaysia, membantu menonjolkan semangat patriotik mereka? Jadi logikkah kita menyeru orang-orang yang kita tindas sebelum ni, berjuta-juta rakyat pakai baju kuning berarak dipanggil pemberontak yang darahnya halaluntuk bersatu menyokong Najib???

Kalau betul Najib memerlukan sokongan dan perpaduan semua rakyat, beliau sendiri kena lupakan egonya, dan menunjukkan perpaduan itu sendiri dengan bekerjasama dengan parti pembangkang, melayan parti pembangkang dengan profesional dan mengiktiraf parti pembangkang dan tidak asyik mainkan sentimen perkauman untuk tujuan "divide and conquer". Korang mesti macam, laahhh minah ni nak suruh Najib baik dengan PKR apahal? Sebabnya al mangkuk al hayun oi, ingat tak berapa ramai yang pakai baju kuning, baju hitam, yang turun berdemo? Dan berapa ramai jugak kat KL dan kat mana-mana lah kan pendatang asing yang ada IC? Ko ingat pendatang berIC yang tolong undi BN hari tu nak bersatu di belakang Najib jugak ke di saat ini??? Justeru, sila tunjukkan semangat perpaduan itu dulu di kalangan pemimpin baru lah sembang kencang...... baik?

The basic of being a leader, jangan dah terhantuk baru nak mengadah
P/S: Penyokong parti pembangkang pun janganlah dok simbah petrol ke atas api yang membara itu, this is still our country, remember, we may hate the government but we must love our country, pemimpin pembangkang pun bergelut jugak dalam hal ini, cuma they are not given the right platform, well what to say, this is Malaysia lulz. Aku lebih percaya yang Nurul Izzah boleh membahas dan membuat kenyataan mewakili Malaysia dengan lebih bijak, profesional dan berfakta, melihat kepada pembentangan-pembentangan beliau di parlimen, beliau takde lah nak baling-baling kertas ketuk-ketuk meja ke maki-maki perli-perli macam err errr.....

Ironically, Allah swt seolah-olah sedang menunjukkan petanda atau menurunkan balanya kepada kita rakyat Malaysia yang lalai dan suka kepada kemaksiatan dan hiburan, "ketidakambilpedulian" kita terhadap negara kita sehingga pemimpin jenis apa yang terpilih memimpin negara kita sekarang sampai orang yang miskin bertambah miskin? Dengan harga barang semua naik, tarif elektrik, road tax, GST lagi.. See? All of these is happening hand in hand..Right after PRU13 last year, (where the hell the manisfestation by the winner gone to??) Why? Ever wonder why? Semoga Malaysia dilindungi Allah swt.

No comments:

Post a Comment

U can comment down below