Sunday, April 22, 2012

Apa Orang Cakap Nanti??

" Eiiiii baju ni macam baju Kak Zu beli kat Giordano...dia jual RM35 je??? " Kak Zu (bukan nama sebenar) roomateku berkata-kata sambil melihat katalog baju yang di bawak kemari oleh rakanku, Zaibah (bukan nama sebenar jugak, tapi lebih kurang je ngan nama sebenar,haha)

" Haha, Kak Zu beli baju tu berapa ringgit?" Tanya Zaibah.

"RM90 lebih okey!! Tah pape tiru design Giordano..selamber je.." Kak Zu lagi..

"Haha tu la, pembelian bijak, RM35 dah leh dapat da.." Zaibah trolling in the deep..

"Hey tapi ni GIORDANO okeh...tak macam tu, company China mana tah.." Kak Zu balas..

"Ala... sape yang nak pi tengok selak dalam baju cari tag brand dia tuh..?? " Zaibah di ambang kemenangan..

"?!*&#%@$!!!!" Kak Zu speechless..


damn...9gag virus in my blog!

Kisah di atas adalah kisah benar, memang ada kena mengena dengan yang hidup,Alhamdulillah setahu aku dorang belum mati lagi (huh?). Zaman study dulu.

Apa ada dengan BRAND??

Ho yeah..brader, n sistah.. gua nak tanya lu..apa ada dengan brand? Kualiti? Lu kencing gua beb.. Keselesaan? Kencing lagi bro..Kepuasan? Hape kejadah bro.. Personal preferences? Pegi pakai lampin...
Show off? Bajet best? Nak tunjuk ada duit? High class? Johny Depp?? (?)
"Apa orang cakap nanti? Pakai baju "brandless", pasar malam brand,eiii.." Kan kan? Errr i come in peace...http://www.emocutez.com

Setengah tu nak impress orang.. Bila kita nak impress orang, makna kata kita buat sesuatu tu sebab orang lain, bukan untuk diri sendiri la kan? Takut orang lain kata apa-apaan plak kat kita ni..Betul dop?
"Hish malu gila, aku pakai Saga BLM je..member-member aku cikai-cikai pon pakai Honda City... Siot ah..tekanan tekanan!"
Persamaan Proton Saga BLM dan Honda City:
  1. Kedua-duanya adalah spesis kereta; ada 4 tayar, ada cermin tingkap depan belakang tepi, pintu,stereng etc.
  2. Minum dan makan petrol..RON 95 ke 97, tepuk poket tanyala nak yang mana..
  3. Boleh bergerak dari destinasi A ke B, nak terus ke Z pon boleh tade hal (alam barzakh ke Z tu?)
  4. Demam je bawak gi klinik (workshop), ubat-ubat mahal, kalau kena masuk wad lagi mahal..

Perbezaan:
  1. Saga nasional, City internasionaleeee..
  2. Saga pakai 3-4 bulan pertama rasa da kurang sedap. City macam sedap je bawak lepas 10 tahun pon..
  3. Saga; gaji lu RM2k da leh pakai. City ;gaji lu kena RM4k ke atas, kalau tak lu puasa sepanjang tahun..(kecuali mak pak lu bayar, jenis lu lain citer,gua malas nak layan)
  4. Saga nak tolak balik macam jual alat exercise gym (as besi lah) kat kedai besi buruk..City nak tolak balik pon sayang, kalau jual pon harga masih panas..

*gua sedar ada banyak detail pasal kereta ni yang lebih serious, specific, scientific, pacific antartic etc, namun begitu, sebagai blogger yang medium je tahap seriusnyer, gua tanak kesah~


Ok fine..tapi merujuk kepada ayat "Hish malu gila.." tu, adakah kerana sebab-sebab seperti yang dinyatakan di perbezaan tu? Jeng jeng jeng...

Sekali lagi..lebih kepada "apa orang cakap nanti.."

Untuk orang yang gila barang branded (dan suka show off), gua kasi Warren Buffett cerita sikit sama lu..silakan En Buffett:
My advice to young people: Stay away from credit cards and invest in yourself and Remember:
  • Money doesn't create man but it is the man who created money.
  • Live your life as simple as you are.
  • Don't do what others say, just listen to them, but do what you feel good.
  • Don't go on for brand name ; just wear those things in which u feel comfortable.
  • Don't waste your money on unnecessary things; just spend on them who really in need rather.
  • After all it's your life then why give chance to others to rule our life

Malu ar sikit, Warren Buffett yang kaya raya ni pon tak sebok kejar brand bagai~http://www.emocutez.com

Gua ni sewa bujang kat flat, tapi nama nak sedap dia letak "apartment" la... Gua kagum tengok kereta-kereta parking kat bawah ni, perghhh CRV lah, Inspira lah, Honda City lah, dan bermacam lagi la (gua malas nak jengok tingkap sambil taip ni..) Kemain kan? Tapi dok flat jer..Hmmm..

Kenapa manusia kesah apa orang cakap kan? Aku merujuk kepada benda-benda materialistik macam ni lah, bukan benda-benda yang menyentuh moral dan agama ok? Ada beza woo.. Kalau selamber katak je lu peluk cium partner lu, even da kahwin pon, di khalayak ramai, lu memang kena pikir la apa orang cakap..kalau lu tanak pikir, lu memang orang utan ar..

Aku ni gi keja naik motor je, skuter tahun 2006 kot, dah nampak cam antik da, terkopak sana sini..Kereta nasional kesayanganku itu disimpan je kat umah.

Gua kasi lukisan je dahla, malu nak tayang gambar sebenar
Why the because? Bayangkan, umah aku ngan tempat keja lebih kurang 3km je (gua da kira pakai Google apps ni). Time peak hours, kawasan kilang ni memang sendat ah, mane-mane lam dunia pon same je..Ditambah dengan traffic light, kekadang digantikan ngan polis trafik (azab weh kalau kita baru sampai tu la dia suruh benti, mau 10 minit tunggu). Kalau ride motor, lam 10-15 minit masa peak hour ni, kalau masa biasa lam 5 minit je..Kalau kereta? Leh mencecah 20-35 minit...tak campur pusing-pusing cari parking lagi..

Perghh simple math ni weh, kira tengok penjimatan masa yang aku dapat kalau naik motor je pi keje? Sebab tu aku jarang sekali naik kereta gi keje, hujan pon ku redah jua..kerana sesungguhnya diriku tidak suka berbaris, menunggu, membazirkan masa,minyak dan tenaga..Temperature aku pon cepat naik..

Yang menjadi isu nyer, ialah aku jenis suka pakai konon-konon stylo girlish aa..(macam rock,tapi lam hati ada taman beb) Kat tangan selain pakai jam, mesti nak taruk gelang ke, bangle ke, resin or leather wristband ke.. Kasut plak kaki aku ni da terbiasa pakai wedges, memang da tak layan kasut flat, nanti jalan rasa pelik, so naik motor pon pakai wedges..Outfit aku ke tempat kerja, kebiasaannya mesti dress (yang bunga-bunga tu) atau T-shirt ngan cardigan.. So imagine la kan, awek pakai wedges, gelang/bangle bagai, dengan dress bunga-bunga colourful, cardigan.. imagine eh berpakaian sebegini, sambil menunggang motor yang agak buruk...imagineee.. imaginee all the people..http://www.emocutez.com

Aku belum pon umur 30 tahun lagi ok, ni sekadar gambar hiasan...

Camni lah kot..source here
Yang ni lagila, pakai heels..tumit halus,gua pon failed! Tapi motor dia cun..source here

Jadi bila berenti kat traffic light, aku rasa cam orang ushar je (tak sure betul ke paranoid je haha) Aku ushar balik..Salah ke? Kalau betul pon gua tak mampu beli motor baru, takleh ke gua pakai lawa-lawa sambil naik motor buruk ni? http://www.emocutez.com

Motor aku serius buruk, body kaler da lusuh, calar balar asyik jatuh, depan dia cover terkopak, mud guard patah sikit.. Tapi gua bukan hina sangat nak pandang gua camtu bai..Gua ada je kereta kat umah..Kalau gua jenis risau apa orang cakap,konon nak jaga imej, mesti gua sanggup redah jem keluar awal pagi dan drive kereta, kan kan? Namun begitu, gua yamg tabah ni terus berpegang teguh dangan tagline yang famous sekarang ni, yakni.."Ader aqu qesah?"

Gua pakai vest atas cardigan pon orang tengok pelik, sebab berlapis-lapis kan.. Tapi cardigan gua pakai bawah tudung, so tudung gua akan terbang di kala gua memecut, jadi vest tu perlu dipakai atas tudung gua untuk mengelakkan adegan nampak leher dan rambut kat belakang tatkala angin meniup, kenapa lu orang nak ushar-ushar gua lagi? Gua ni dah la pemalu..http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Biar je lah aku yang kelihatan seperti fashionista (yang macam fashion disaster ni) atas motor buruk ku ini, asalkan aku bahagia,asalkan aku tak kacau orang lain (dengan menyebabkan kemalangan, macam mat rempit!) Aku sepatutnya tak heran kan? Duli apa cakap orang..Selain dari tu, sesekali ku rasa teringin jugak nak naik basikal gi tempat keje, sebagai exercise, tapi oleh kerana ini Malaysia..ku simpan je niat suci ku itu...http://www.emocutez.com
Bukannya gua tak pernah naik basikal pakai dress..

Psssttt..ushar ni : What to wear if you ride a motorcyle?

4 comments:

  1. apa la..motor tu lawa dah apa..ok je motor tu..wakakakaka lawak2...gmbaq last xleh blah

    ReplyDelete
  2. I LOVE THIS BLOG, PLEASE KEEP BLOGGING!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx! i have other interesting entries to go thru tho, enjoy the reading~

      Delete

U can comment down below