Sebelom tu mari kita kenal jenis phone di atas muka bumi ini. Bersumberkan pak cik Google dan side-kicknya pak cik Wiki, jenis-jenis phone boleh di-summarized-kan sperti berikut:-
- Smartphone - high-end mobile phone yang menggunakan mobile computing platform macam Android, Symbian, iOS etc, yang sama function seperti OS computer macam Window, Mac OS X yang control computer kita tu.
- Feature phone - mobile phone yang ada function-function tambahan seperti PDA, Wifi, media player, camera, GPS dan sebagainya. Dia dikira low-end lah kalau nak dibandingkan dengan smartphone tapi semakin teknologi berkembang, ada feature phone yang boleh menandingi kehebatan smartphone.
- Dumb phone - obviously dah boleh agak definisi dia... iaitu semua phone yang kita guna dulu yang tak berwarna, takda kalendar, camera, media player dan sebagainya. Atau senang citer aku dapat dari 1 blog ni, "Only What Phones Were Made For". Phone yang digunakan hanya untuk calling and speak through it with someone on the other line. Full stop.
Sejarah penggunaan handphone dalam hidupku, daripada bagaimana dan bila dan apa yang berlaku terhadap handphone-handphone ku semua..( sadis jugak sebenarnya nasib mereka)
Aku mendapat handphone pertama aku sejurus selepas aku habis ambil SPM..bapak aku telah mewariskan handphone lamanya padaku... Aku cam pelik gila, terpinga-pinga bila bapak aku kasi handphone tersebut..sebab aku rasa aku tak perlu pon memandangkan aku tinggal serumah je ngan famili aku, "hape aku nak buat ngan menatang ni??"
Tapi untuk 5 minit pertama je la... lepas tu syok tak terhingga...jakun pon ada (hahaha memalukan diri betol) .. almaklum la...bukan anak orang berada nak dapat handphone zaman sekolah, mintak je dapat seketoi..tarak pasailah! pas SPM bhai baru gua rasa penggunaan handphone..tu pon second-hand je..handphone pusaka..tapi bersyukur la..tak mintak pon dapat..best kan bapak gua??
Ni hah handphone pertama gua;
Siemens C35i |
Masa ni tade polyphonic ringtone lagi.. monophonic siap ada composer lagi...aku susah payah ni masukkan chord (chord ke??) ambik dari majalah Hype..
Ringtone aku untuk phone ni ialah lagu Linkin Park, Somewhere I Belong... haha rock tak aku? konon~~
Jodoh aku ngan phone ni tak panjang...pakai 2 bulan je... dapat bulan 11 lepas jawab SPM, ujung bulan 12 tu jatuh dalam sebuah longkang besar...wuwuwuwu
Sob sob aku dah tade phone...sebab dah terbiasa guna phone (padahal 2 bulan je) aku terasa kehilangan bila takde phone nih... lalu dalam bulan 3 tahun depannya tu (tadi kan bulan 12, are u following??) aku beli phone second (lagi) dari maksu aku, murah gila..RM100 je..hahaha.. tada~~ phone tersebut
Motorola C330, ni pelbagai design housing dia , aku pakai housing hujung bulat-bulat tu.. |
Aku masuk matrik berbekalkan phone RM100 aku ni... ringtone aku pakai tu epic giler bunyi dia haha..ni aku bagi link kot-kot ada yang nak dengar ke-epic-an bunyi nya... (gila lah Google nih, benda ni pon aku boleh cari dan jumpa!)
Selepas tamat setahun matrik, aku tukar handphone baru... phone ni aku tolak kat member... Next phone milik aku ialah Nokia.. at last Norkiah~~
Nokia 7210, design keypad dia ganaz maaa |
Norkiah model ni aku memang suka gila la..font sebesar-besarnya....walaupon tak berkamera, tak kesah sebab aku da ada kamera da masa tu..haha!! Housing aku masa aku beli tu keypad dia tulis huruf Jawi, ke Arab.. tak pasti..susah jumpa tu...Aku tukar-tukar housing pon still pakai keypad tu..housing aku paling cun yang warna hitam semua tanpa oval line tuh.. matte finish surface dia... ganaz gila..
Jodoh dengan dia ni pon tak panjang..dalam 2 tahun lebih.. Semasa aku sibuk kalut-kalut cari bahan untuk assignment aku kat area Taman Melawati, balik-balik kolej cari phone tak jumpa.. Innalillah...
Aku tak nanges pon...lepas tu seminggu tak berhandphone..peliknya aku rasa jiwaku tenang plak..hahaha...Sehinggalah mak aku lak yang tak tenang asyik call kawan-kawan aku tanya pasal aku, lalu paksa bapak aku beli phone termurah and pos kat aku, siap simcard lagi .. terharunyer lah huhuhu..
Nokia 1600 |
Jodoh ngan phone ni lama la jugak...sebab dia masih dalam simpanan aku sampai la lepas setahun aku beli phone baru... tapi dia tidak berada dalam simpanan aku lagi sebab aku bagi pinjam kat ex aku masa phone dia rosak...sampai da break-up pon tak dapat-dapat balik...hurmmm...
Sony Ericsson K618...my first SE and no turning back..SE forever! |
Ada pun pic bersamanya..yang lain pon ada tapi nak cari cam susah plak.. |
Inilah first time pakai phone Sony Ericsson, and I find this phone really fun with cool features (only cool people loves cool features wakaka) so automatically i had fallen in love with SE phones...sekali menggunakan SE, tak perlu brand lain lagi..wah wah..leh dapat komisen ke??
Sementelah menggunakan phone ini, aku pakai 2 nombor..sebenarnya ia merupakan proses transition aku dari Maxis ke Celcom..so nombor 2nd Celcom aku dipakaikan kat 1 phone extra yang terbiar dalam kabinet bapakku ..haha bapakku jadik mangsa lagi..
Nokia 7250i.. elegan kan design dia? |
Sekali lagi aku menghilangkan phone pemberian bapakku..hadoi..aku tertinggal kat dalam bilik aku masa aku balik kampung, nama pon phone kedua so selalu terlupa la..roomate aku yang kurang reliable tu (geram je) ajak kengkawan dia tidor bilik, siap tumpang tidor dalam compartment aku..apa boleh buat .. selamat tinggal phone bapak aku untuk sekian kalinya..
Setelah tamat belajar dan mula bekerja, aku pon mencari phone lain sebab phone SE aku yang best tu mula berkelakuan aneh.. mana tak aneh, asyik jatuh dah berapa juta kali dah.. aku pon beli lagi phone SE yang jugak best!
SE C903.. pic ni masa dia dah koma dah.. |
ni pic dia yang ade nilai komersial sket lah.. |
Yang ni lagi best a dari yang lama tu sebab camera dia memang da bomb... function n features dia semua aku suka.. memang sayang gila la kat phone ni.. tapi cara aku tunjuk kasih sayang ni lain sket dari orang lain..
Aku sayang dia aku bawak masuk bilik mandi skali ngan aku..sedar tak sedar masa ngah jirus rambut ngan shower tu, aku terjirus dia skali..ngah sedap-sedap layan lagu tetiba senyap..baru ku sedar phone aku pon mandi sekali...
Aku sayang dia aku bawak masuk bilik mandi skali ngan aku..sedar tak sedar masa ngah jirus rambut ngan shower tu, aku terjirus dia skali..ngah sedap-sedap layan lagu tetiba senyap..baru ku sedar phone aku pon mandi sekali...
Tapi dia tak rosak lagi...skrin je berurat sket... masih functioning walaupon jatuh berjuta kali... pada usia setahun lebih sket, elok lagi 2 ari nak raya tahun 2011 ni.. dia terus tak nyala...skrin dia petak-petak kekadang biru-biru ala-ala The Matrix.. takleh nak buat apa dah...tu petanda ajal la tu..
Dan bapak aku tak serik-serik jugaklah bagi aku guna phone dia yang dia tak guna tu..
Sony Ericsson S312...basic jer.. |
ini lah dia...phone bijak ku yang pertama...ada Lee Hom lagi tu.. |
Kotak phone bijak tu kecik je..yang gedabak tu headphone dia tu.. |
Tada..hensem tak beliau? SE Live with Walkman..and Android..haha |
Hensem gilak kan? Sebenarnya aku nak angkat SE Vivaz Pro je memula..tapi adik aku dan kawan beserta pekedai (cis kau pekedai) rekemen mende nih...aku plak terjatuh cinta plak..so terbelilah..tapi it's actually a good decision.. mid-range phone yang paling latest, memadai lah..takde la semahal smartphone yang lain...cukuplah untuk orang tak berapa smart cam aku ni..hihi..
Nak citer lelebih pasal spec dia bagai aku tak kuase.. tengok je video bawah ni ye
Nak citer lelebih pasal spec dia bagai aku tak kuase.. tengok je video bawah ni ye
Sesmart-smart phone ni pon..banyak features kat C903 yang aku lagi suka yang smartphone ni takde..huhu.. Aku nak cuba antar repair gak la my C903 tu...
Sekian saja entry tak penting ku ini...moral of the story..jagalah phone bebaik..jangan membazir sangat..ukurlah baju badan sendiri..cewah!