Sunday, August 31, 2014

Patriotik yang Romantik yakni Jiwang

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA YANG KE 57.. MERDEKA MERDEKA MERDEKA!

Tahun ni harapnya kita rakyat Malaysia dapat merdekakan diri dari bergantung, atau addicted dengan McD dan produk-produk yang menyumbang dana senjata Israel untuk membunuh rakyat Gaza...(Aku akui aku pon ada melantak McD, tapi hanya jika takde pilihan lain, specially masa keje kat KL Sentral hujung tahun lepas, nak cepat kejar shift lah, atau dah muak dengan makanan lain lah, atau da serik asyik kena ketuk beli nasi berlauk dengan harga yang tak sepadan dengan lauk!)

Nama profile dia je dah cukup inspiring haha
Ini aku diinspiredkan oleh seorang kawan melalui status Facebooknya..sebab aku macam tak berapa nak boleh pikir pengertian merdeka utk tahun ni apa, so blur so tak ketahuan, selepas macam-macam yg jadi kat Malaysia, dari isu MAS, si PM yang kuat melancong bersama isterinya, kes PKR n PAS berebut jadi MB Selangor dengan BN tetiba jadi penyokong Khalid, dan yang paling tak boleh hadam oleh aku (orang lain mungkin boleh) ialah tagline atau slogan (ke apa tah orang panggil), untuk hari kebangsaan tahun ni ialah...

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta... sungguh patriotik~
Aku ingat ada orang bergurau je buat poster macam ni dengan tagline itu, rupanya itu memang tagline rasmi hari merdeka kita tahun ini...

Aku pasrah...tahun depan kuch kuch hota hai plak kot. photo rabbit-emoticon-018_zpsw5np53vx.gif

Aku sebenarnya ada 2 essay assignment kena buat nak kena submit lagi beberapa hari, tapi sungguh takde mood sebab unit sem ni dedua pon tak minat, begitu serius dan tak interesting... lecturer pon dedua macam robot, tak interesting and stimulating langsung, yang sorang tu siap pengkid yang masa mengajar pon bercakap dengan ayat-ayat complex macam academic writing je, jenuh nak digest serta merta dalam lecture urghhhh~ photo rabbit-emoticon-002_zpse1btcmk4.gif

Compare dengan lecturer sem lepas, yang sorang native Australian tu walaupon kurang dapat paham accent Aussie dia dengan laju gile dia bercakap at least dia flexible lagi, lecturer unit lagi 1 orang Jepun, cakap seketoi-ketoi walaupon accent Jepun dia tebal tapi dapatla paham, tutor untuk unit tu lagi lah terbaek, orang Columbia with thick accent jugak tapi sangat sempoi cara ngajar, hasilnya sem lepas dapat CGPA 3.5. oh sayangnya kalau sem ni jadi tahik.. Oh tuhan kasilah semangat, berilah petunjuk pada hambamu yang leka tak bermaya ini... photo 32_zpsjoxl5btv.gif

Mai nak share..Tajuk-tajuk essay saya ialah:
1) Why media ownership matters? So kalau aku nak cakap pasal media Malaysia yang di-own oleh government memanglah seperti membuka pekung di dade~
2) Media Framing theory used in Public Relation...argghh takleh bosan lagi ke photo kitty1_zpsabbf0848.gif

Kedua-duanya 3600 words, 40%

Sem lepas essay aku banyak berkisar pasal Jepun punya media culture, Korean wave, Facebook Google, Ebay Amazon.com, Arab Spring Egypt Uprising...semangat la jugak membaca journal-journal berkaitan...Journal sem ni, mengantok aku baca, baca sambil kayuh stationary bike dalam gym pon boleh mengantuk..oh bagaimana ohhh  photo 81_zpsysjeumf7.gif

Lastly i would like to share my song of the season...



But if you close your eyes,
Does it almost feel like
Nothing changed at all?
And if you close your eyes,
Does it almost feel like
You've been here before?
How am I gonna be an optimist about this?
How am I gonna be an optimist about this? 

Oh where do we begin?
The rubble or our sins?
Oh where do we begin?
The rubble or our sins?

p/s: i'm in love with Bastille now, their other songs are great too  photo 63_zps43681a21.gif

Another sharing of the moment is..
Muhasabah diri, dulu kaki maki gak aku ni.....teruknye lah~