Wednesday, May 18, 2016

Scammer yang di-BAJAI oleh Mudah.my

Salam..aku baru balik dari mendapat pengalaman berharga selepas melawat sekolah pondok di sebuah kampung di Tanjung Pura, Medan, Indonesia. Nanti aku share berkenaan pengalaman ini. Tapi today aku terdetik nak share pasal post scammer ni, yang aku baca kat Facebook.

Screenshot
So dipendekkan cerita, mamat yang dipanggil babi dalam post tersebut dan pic di atas adalah scammer atas talian atau online. Dah menipu banyak customer dengan post iklan menjual barangan murah kat mudah.my. Banyak aduan dan laporan dibuat di balai polis tapi well, this is Malaysia. Rafizi Ramli lagi bahaya LOL. Mamat ni sampai sudah tak kena tangkap. So ada sorang netizen ni sakit hati sangat sebab dia kena tipu agak banyak, aku rasa dalam ribu2 oleh mamat yang dipanggil babi ini dalam bulan puasa tahun lepas. So dah nak dekat setahun la tapi mamat yang dipanggil babi ini tidak ditangkap dan masih bebas menipu ramai orang lagi, kalau baca komen banyak juga mangsa muncul buat pengakuan, so agak boleh dipercayai.

So persoalannya, apa negara kita ni punya undang-undang atau tak? Apa mudah.my ni tak ambil tahun tentang scamming yang berlaku kat page dia ke? Aku terjumpa komen ni kat post di atas:

So it does make sense now why mudah.my won't care about any scamming activity happening in their site. Sebab dorang bukan malaysian pon. Mudah,my dimiliki oleh syarikat Singapore. Bukti, ini link dari website dorang sendiri: Mudah.my Home.

Screenshot: Mudah.my is owned by Mudah.my Sdn Bhd- a subsidiary of 701Search Pte. Ltd., and a joint venture company between Singapore Press Holdings Limited, Schibsted Media Group and Telenor Group.
So moral of the story dia pendek je, jangan jadi melayu or malaysian yang bodoh, keje nak mudah je so asyik guna mudah.my dan ditipu scammers. Berikut adalah alternatif lain untuk anda membeli atau mencari barangan online

Lelong.com: So far aku tak pernah kena tipu, selalu berurusan dengan peniaga Cina kat sini, tak pernah ada masalah. Aku pernah beli jam dari Gpeople, tablet casing, screen protector, barangan kecantikan.

iBilik: untuk cari bilik or rumah sewa. Selalu aku cari kat mudah.my. Aku rasa setakat cari rumah sewa atau bilik sewa kat mudah.my takde masalah, janji ko gi jumpa gi tengok tempat tu dulu then lepas confirm dapat agreement n everything baru bagi duit deposit segala, da ok dah.

Groupon: Site ni siap dapat diskaun lagi. Ada lagi site lain yang lebih kurang camni seperti MyDeal, Living Social, Milkadeal etc yang aku pernah beli dulu tapi yang lain macam dah tak aktif dan ada yang bermasalah je sekarang.
      
Carlist : Untuk mencari kereta baru atau terpakai, bukan takat kete, lori pon boleh, kapal terbang je takda..

Untuk baju-baju, phone casing customized, jubah ke tudung , jam ori mahupon replika, banyak kedai online instagram anda boleh percaya. Yang penting tengok followers dia dan testimoni dari dia. Jangan main terus buat payment je, siasat dulu. Murah tak selalunya betul, kalau benda tu too good to be true, memang tak true la jawabnya.

Sekian, semoga pihak polis negara kita upgrade.