Saturday, March 31, 2012

Akulah Makhluk Tuhan Paling Gojes

Amacam tajuk? Nak muntah? Muntahla tak dulik..I'm sexy and i know it~wiggle wiggle

Kali ni gua nak citer masalah gua yang dari dulu sampai sekarang tak selesai-selesai, bukan berat badan ar, itu lain kali cerita,tajuk berat sangat tu, seberat diriku.. Tajuk ni a bit lighter,but endless for me..iaitu masalah kulit muka ni..tapi takda la masalah sangat pon.Cuma tak secun selicin plastik mahupon porceilin macam model la kan..huhu
Kalaula kulit aku secun beliau,mesti aku pon secun beliau..lalu dieksploitasikan sampaila mati dengan tragik..beauty is a curse
Kulit aku jenis sensitif,oily dan kalau terlalu taruk mende nak kurangkan ke-oily-an dia, dia akan jadi kering kelupas-kelupas plak..hadush..

Kulit aku masa tahun 2007, dihinggapi jerawat batu yang dasat giler..tapi gua rilek je,idup masih diteruskan haha
Jeles tengok awek-awek kulit licin selicinnya..memang sampai mati pon aku tak dapat la kot, tapi bersyukur at least tak sampai tahap orang sakit kulit cam kusta ke, tumbuh belon-belon ke,lagi naya kan? Mari bersyukur…

Aku da pergi banyak pakar kulit dah sejak kulit aku pernah diserang jerawat batu dulu (tapi setahun camtu je), dari penerangan dorang, ini antara fakta aku leh extract (klu de yg rasa salah,sila betulkan gua dengan meninggalkan komen,gua tanak bagi ajaran sesat): 
  • Kulit oily yakni berminyak macam gua ni, elok pakai cleanser (pembersih muka) dalam bentuk gel. Ini kerana gel ni boleh control dan membersih/nyerap minyak dari muka, foam pulak hanya bagi rasa kering dan tegang masa awal-awal lepas basuh muka, tapi lepas sejam 2 kulit akan oily cam hell! Well for me lah.. 
  • Ada satu fakta yang vague but i kinda experienced it so i go with it,iaitu menurut seorang beautician yang aku jumpa, se-natural mana pon la diorang claim ingredient produk dorang guna, tipu la klu tade bahan kimia. Muka kita dan bahan kimia dalam cleanser tu bertindak balas setiap kali kita cuci, dan oleh kerana kita makhluk tuhan sebaik-baik ciptaan (amboi) kulit kita yang genius ni akan cuba adapt, react, improve enhance firewall dia, immunity dia untuk melawan anasir-anasir luar yang didapati cuba mengubah sistem asalnya (pergh apa aku taip ni). Maka dengan itu, lama-kelamaan produk yang mulanya berkesan, akan tikurang keberkesanannya, mungkin lepas 2-3 tiub hasilnya dah tak secun masa awal-awal kita guna produk tu. So kena tukar.
  • Ada gak kulit orang yang pakai mende yang sama sampai 8 tahun (gila kaw) maintain je, tapi seelok lepas stop atau try mende lain, pergh trus horror. Itu menunjukkan produk tu memang chemical content dia setinggi gunung, dan ada possibility guna lagi lama leh dapat kanser kulit. Yela kan, too good to be true la kan..
  • Scrub untuk oily face hanya leh guna seminggu sekali, terlebih kerap leh nyebabkan kulit lagi teruk break out nyer. 
  • Kena cari produk yang tulis Non-comodogenic “ Non-comedogenic means it does not cause or promote comedones (blackheads).” Tapi yang aku tak paham nyer, ada ke product yang tak non-comodogenic? Kalau ada, ada ke orang nak beli?? Confused  
  • Seeloknya guna product yang fragrance and colour free, macam Simple tu, specially for those sensitive skin, kalau kulit kebal boh apa pon dok cun jugak takpa la kot..huhu..kulit cam aku ni memang tak kebal sungguh, dengan tabiat makan aku yang addicted ngan fried food..
Berikut pula adalah senarai beberapa produk yang aku penah guna dan keberkesanan serta ketidakberkesanan mereka ke atas kulit aku:

Fair and Lovely


Krim ni aku start guna masa aku form 1, masa tu kulit aku kena sunburn kaw-kaw sebab aktif berkawad. Aku pon try la..2 minggu je pakai kawan-kawan aku tegor nampak cerah, perghh sebijik macam dalam iklan ayat dorang.."eh eh kulit hang nampak cerah la,hang pakai apa?" cuma dalam iklan tu dia tak cakap Kedah la..haha.. Oleh kerana kebestannya aku continue pakai bertiub-tiub sampaila aku masuk matrik, aku stop sebab kulit aku masa tu terlebih berminyak,so krim-krim ni bagi lagi berminyak ja, tapi elok aku stop jerawat mula naik...Terus banned la F&L ni..

Clean and Clear
Yang ni antara pencuci muka yang pertama aku try. this one not working on me at all. Kulit aku tegang,pastu berminyak semacam lepas pakai. Aku pakai seminggu je kot pastu buang.

Neutrogena Deep Clean

Ni pon sama, pakai sekejap je buang, efek kat muka aku sama cam Clean & Clear..huhu bazir duit aku..

Clearasil

Yang ni aku try masa kulit aku kena jerawat batu teruk dalam tahun 2007. Dah la beli yang bekas besar, 3 barang, gel cleanser,toner and pimple cream. Setiap satu tu dalam RM30+, pakai sebulan lagi teruk adala..huhuhu..buang terus jugak..membazir duit haku

L'oreal Pure Active

Set ni memang terbaik..aku start guna dalam tahun 2008,memula try exfoliating gel wash..Leh nampak kulit aku yang teruk giler tu makin clear.. So aku beli toner, lepas kulit aku da kurang minyak baru aku berani letak moisturiser dia yang lam kotak tu.. Aku pakai sampai tahun 2009,dalam pertengahan tahun tu dah abeh, aku cari kat Watson, Guardian dan segala kedai da tak jumpa, aku siap tanya staff-staff situ, dorang cakap Loreal dah tak keluar set ni dah, dorang ganti ngan produk apa tah satu lagi series untuk whitening..Frust giler aku!

ZA True White

Lepas dah abeh, punya isi air kocak-kocak last-last memang takde habeh langsung cleanser Loreal Pure Zone tu, aku survey punya survey tah camne aku beli mende ni lak..Okay la jugak cuma blackhead, blemish macam muncul balik tapi sikit-sikit je la..Aku beli sekali ngan toner, rasanya sebab ada promoter dok hasut tuh, macam separuh sedar je aku, selalu aku tak suka foam, beli gel je..Aku pakai 1 tube setengah je..masuk 2nd botol aku cam da tak tahan je kulit rasa berminyak..

Simple Facial Wash
Lepas ZA cleansing foam tu rasanya cam tak best, aku pakai yang ni lak..Actually back in 2005 kat matrik aku penah try Simple product ni, atas recommendation from a friend of mine whose mother is a dermatologist, dia suggest this product and I got myself the trial set, ada 3 basic stuffs; cleanser, toner and moisturiser.. Kecik je macam botol-botol shampoo, shower gel kat hotel 5 bintang tu..But I discontinued,not remembering why..Produk Simple is best known (or bcuz that's what the company claim lah) for its free of colouring, fragrance, kira less unnecessary chemical thing lah..tapi bau memang tak menarik siot..macam obat je..kulit aku lak jadik cam kering je..

Clinelle
source:blabberjunkie.blogspot.com
Produk ni aku rasa dari Singapore kot, aku try 1st Deep Cleansing Gel, best la, still using until now I'm typing this..Tapi toner dia tak best, kulit aku jadi oily je..Moisture Glow dia aku tak pernah try lagi, sebab dia krim, aku berani pakai gel-based je..But since my skin from oily now becoming dry (except T-zone masih oily) macam kena tukar lain je..sekarang masalah baru, pigmentation..Kulit kering akan menggalakkan lagi masalah pigmentation (jeragat) Adoi...

Cellnique *BEST*

More details visit here
Tahun 2010 dah start keje,lehla spend kat produk mahal sikit, so aku try gi beauty spa nama Cress Wellness, dorang pakai produk Cellnique.. Brand ni memang tahap AAA la kot, mahal giler,semua setiap botol RM150 ke atas, tapi memang berkesan la, mahal tapi berkesan tade hal la kan? Produk dia aku penah try ialah:
1)Intensive Hydrating Oasis Moisturiser: Ada collagen, meresap cepat dan melembapkan muka aku,cuma kekadang rasa oily je kulit,maybe sebab kulit aku memang oily, so i discontinued.
2)Skin Action Sebum Gel: ini the best the boom! Whitehead and blackhead yang selalu menempek timbul kat kulit aku specially hidung, lepas pakai tinggal 2-3 jela kot, or almost none..takyah cucuk picit..dah 2 botol pakai..
3)Advanced Bio Renewal Mask:Ini paling best! Bau nenas, lepas pakai memang kulit nampak lebih cerah dan licin! Ewah!
Ada lagi produk lain sample dia kasi sebab beli banyak dan langgan pakej-pakej dia..Facial treatment dia pon best la..tapi mahal la, 2-3 bulan sekali boleh la, tapi lepas aku da pindah dari Bukit Jalil pi Penang, aku dah takde sumber nak cari barang brand ni..

New York Skin Solution *WARNING, JAUHI INI*
Gambar produk yang aku dapat aku ada tapi lam ext harddisk..nanti gua upload
Suck like fffuuuc..hish macam nak mencarut jer!!

Dah la bagi janji kosong, dah serupa memaksa, menipu, mahal nak mampus, produk skin care bagi pon takde kena ngena..

Aku pegi 1st time free trial aku da cakap problem jeragat, dia buat treatment jeragat memang leh nampak keberkesanan dia, tapi mahal nak mati treatment dia 1 sesi RM400, kena 10 sesi, RM4k..aku da nak blah, dia memujuk bagai, pastu promise macam-macam, bagi diskaun untuk deposit, ntah ape bodohnye aku setuju..

Tengok-tengok skin care products dia kasi untuk acne problem, pakai 3 hari je jerawat mula naik, cuak aku terus berenti, aku nak cancel kata tade refund lak..terbanglah RM600 aku..memang tade sampai riban-riban, tapi RM600 for useless skin care products and more acne scars on my face???? I HATE NEW YORK SKIN SOLUTION!!

Aku call persatuan pengguna nak report pon hampeh, suruh call sana sini, dah tu lastly suruh email, dah email reply hampeh,reply yang tak membantu langsung!Hangin betul...apakan daya..malas cerita lebih details..anggapla sebagai pengajaran..

Ni antara sumber-sumber rujukan korang pasal complaint kat NYSS ni, gua tak tipu, orang lain pon kena gak okay?
  1. http://sitirohanihashim.blogspot.com/2010/11/new-york-skin-solution.html
  2. http://forum.lowyat.net/topic/669807/all

Ni dari NCCC, tengoklah respon tak membantu dari diorang..
Nutox Skin Reborn Exfoliator 

Gel ni untuk ditonyoh-tonyoh kat muka yang kering, nanti dia berketul-ketul kiranya mengumpulkan minyak dan kotoran di kulit, serta sel-sel kulit mati, buat seminggu sekali, setiap kali lepas buat kulit nampak cerah sikit, maklum la daki-daki bagai dah disental la katakan..still using until now cuz this is awesome!


Nutox Skin Refining Astringent
Another product from Nutox, selaku toner, pon best jugak yang ni, cepat meresap and control my oily secretion..yang best toner ni main spray, tak suka yang kena letak kat kapas tenyeh kat muka..huhu..I'm still using this..dan siap kasi kat mak satu sebab ari tu dia ngadu toner Natasha dia dah habes...harap-harap nanti dah lama pakai muka jadila secun Fazura (sebab beliau yang iklankan set ni hihi)

Garnier Aqua Defense

Oleh kerana kulitku da senang menjadi kering sekarang, aku wajibul pakai moisturiser, walaupon dulu aku tak pentingkan sangat moisturiser (penat la nak taip mende nih).. So aku pakai yang gel based untuk elakkan kulit aku dari tetiba jadi oily plak..Mende ni memang best la sebab dia cepat meresap dan tak melekit, kulit rasa lembab-lembab je, lepas pakai ni baru pakai BB Cream..So far so good..

 Garnier Whitening Mask
Namanya actually lagi panjang,macam kat pek tu..Menatang ni memang best giler..serius kalau aku pakai malam ni esok kawan aku or officemate tego, eh cam cerah je kulit rini (do take note hari-hari pon the amount of make-up that i put on sama je.konsisten ahaks~) Lepas pakai mask ni, akan rasa kulit lembut ajer..serum/essence (tak sure nak call apa,lam bentuk cecair la) kat mask tu akan rasa macam melekit sikit tapi okai, dan yang best banyak kali penah try pon takde plak muncul jerawat lepas tu, meaning to say it doesnt cause pimples y'all!!


Cellnique is like way so much better..NYSS is a bullsheet~
FYI bebaru ni beli coupon facial treatment kat Myooo.my, kat Slimfeel Beauty Spa Wellness, tengok-tengok dia guna produk Cellnique jugak..then ada offer, much more affordable la dari NYSS yang cekik darah tu..Imagine 10 sesi kat NYSS tu RM4k, tapi kat sini 10 sesi RM690 (kira 1 sesi RM69 je), tapi oleh kerana aku tak sure lagi aku akan stay Penang atau merantau lagi,maka aku tak amek la pakej tu..aku cuma rembat offer produk dia je..

So sekian je beauty product review yang tak berapa nak review sangat ni, almaklumla gua bukan awek high maintenance yang pakar kecantikan,sampai sekarang pun habeh riban-riban pon takde la kulit secun Neelofa mahupon Fasha Sandha.... tapi takpa, ada hikmahnyer..aku masih ingat nasihat sorang akak studiomate aku dulu masa aku ngadu jerawat aku ni, dia cakap ada sebab tuhan tak kasi aku kulit licin selicinnyer, mungkin nanti da cun giler jadi lupa diri, datang pulak sugar-daddy offer, (leh konfem ke aku tolak?) Tak pon asyik sebok nak tayang (cam blogger mekap tebal ahaks~) Tu da riak dan suka menunjuk-nunjuk..dan berhias over gilababan (Tabarruj).. So bersyukurlah aku tidak terjebak, tuhanku masih sayang diriku..


Update: Review Cosmoderm 2013
Another update: Skincare sekarang, dengan masalah kulit lain, jerawat pasir 2019

23 comments:

  1. Kulit tak licin tak apa ..asal hati baik :) .
    Gua lagi cepat cair dgn makwe2 yang punya hati yg baik keh! keh!keh1

    ReplyDelete
  2. salam. i really love your entry! help me a lot! keep it up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...thank you!!!! please come back for more hahaha

      Delete
    2. aq setuju sgt2!!!aq kawad kadet polis and kulit aq pon sunburn. f&l mmg berkesan untuk nk bg putih balik..tp hidung aq berminyak and jerawat ckit2

      Delete
  3. salam. i love ur entry! help me a lot!

    ReplyDelete
  4. hehe...terguling2 momoy baca review u dear
    best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terguling takpe,jangan terlentang terseliuh terkehel sudah hehe

      Delete
  5. awesome products' review. me like!

    ReplyDelete
  6. Tak pernah jumpa blog mcm ni. Interesting ! Im still studying and im looking for pimples medication

    ReplyDelete
  7. Bagusnya entry akk. Sy sdg mncri product for pimples. Interesting !

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk pimples cuba try enfuselle, memang best! contact saya 0199893277

      Delete
  8. Tak pernah jumpa blog mcm ni. Interesting ! Im still studying and im looking for pimples medication

    ReplyDelete
  9. wow banyaknye produk awak cuba..sama macam saya dulu2.. pernah cuba enfuselle atau nutriwhite tak? kalau nak cuba bagitau saya tau..dan bagi yang tengah mencari skincare yang best untuk jenis kulit anda..berminyak ke, jerawat ke..nak putih ke..jemput follow blog saya ye =)

    http://syadzilamustafa.blogspot.com/2015/05/best-skincare-nutriwhite-shaklee-memang.html

    ReplyDelete
  10. Cuba guna pencuci muka Eucerin cleansing gel...after bilas beraih,,u sapu cuka epal pada muka, biarkan sekejap then bilas. Inshaa allah baik. Saya dah cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks untuk tips itu bro, nanti sy try sebab skang diserang balik huhu siap jerawat batu..cuka epal memang ada buat makan di pagi hari..

      Delete
  11. Hye,I am selling eskinol deep facial cleanser online..u contact me through whatsapp or telegram +60138440073..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnye info ni. Mmg membantu la. Sbb skrg tgh survey produk yg xde merkuri. Huhu. Tq2.

      Delete
  12. Boleh review product NuSkin. Boleh whatsapp 019-5258342

    ReplyDelete
  13. cube try pki nuteen kte elok utk acne n pimple..klu try boleh thread kt blog,,

    ReplyDelete
  14. sis, apa sunscreen terbaik sis guna zaman muka ada acne and oily dulu?

    ReplyDelete

U can comment down below