Thursday, November 26, 2015

Tanya Sama itu Hud Hud


Tujuh puluh tiga pintu 
Tujuh puluh tiga jalan 
Yang sampai hanya satu jalan

Ribu-ribu Margasatua 
Mencari raja si Muraq 
Yang sampai hanya tiga puluh

tiga puluh

Uuh... Sang Algojo 
Uuh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung 
Atau lihat dari dalam tempurung 
Yang mana satu engkau pilih 
Dalam kalut ada peraturan 
Peraturan cipta kekalutan 
Di mana pula kau berdiri 
Di sini

Uuh... Sang Algojo 
Uuh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini 
Untuk menyatakan kalimah sebenar 
Berikan ku kesempatan akhir ini 
Lai lai la lai lai lai lai

"Tanya sama itu hud-hud 
Lang mensilang 
Kui mengsikui 
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"

"Tanya sama itu hud-hud 
Lang mensilang 
Kui mengsikui 
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"

Pernah dengar lagu M Nasir ni? Deep lirik lagu dia ni, tapi nak hurai panjang pon aku ni mengaji tak la tinggi mana..

Tapi pernah la dengar cerita Nabi Sulaiman dengan burung hud hud ni, ada dalam surah an Naml, bukan al Hud ya hehe.. tapi dah tak ingat sangat, maklumlah, aku ni bab2 lagha senang ingat huhuhu
So demi blog ini aku google and tepek kat sini. Tapi yang aku dengar tu sampai ke kisah Ratu Balqis, yang tu sila la cari sendiri sebab entry aku ni bukan pasal kisah ni, ini mukadimah je huhu..

Aku nak cerita pasal 73 pintu 73 jalan, tapi yang sampai 1 jalan je, haaa tak ke sedih kalau jalan yang kita pilih tu tak sampai? Perasaan dia macam bila jem nak masuk tol. Pintu tol ada 4 je, 2 tunai, 1 TouchnGo, 1 smarttag. Tapi kita baru sampai tengok jem tetiba barisan ada 8, padahal pintu tol 4 je.. Kita pon ikut instinct atau ikut mana paling pendek kita baris je belakang tu, gamble je.. Sekali nak sampai pintu tol rupa-rupanya kita di barisan yang memotong, mana la kita taw, kita ikut je dari belakang tak nampak, so terpaksalah berebut-rebut nak masuk satu pintu tol itu. Peluang untuk berlakunya scene berlanggar dan diherdik oleh the next Kiki Kamarudin pon cerah. Stress mak nak..

Aku bertanya kat seseorang pasal 73 jalan ni, so dia pon explain, ni aku copy paste dari explaination beliau:

Ok firstly kaum syiah ... Kaum syiah ialah kaum yang berlebihan memuja Saidina Ali , sehingga ke tahap mengkafirkan khalifah lain sprti Umar , Abu Bakar dan Usman r.a ..mereka kemudian terpecah kepada 22 aliran..
Kemudian khawarij , mereka adalah golongan yang berlebihan dalam membenci saidina ali r.a Mereka berfatwa bahawa sesiapa yang melakukan dosa besar terkeluar dr Islam dan kafir . Khawarij berpecah menjadi 20 aliran..
Then , kaum muktazilah , mereka berpendapat bahawa tuhan x mempunyai sifat . Manusia melakukan pekerjaan nya sendiri dan tidak dicampuri Allah . Allah tidak dapat dilihat di dalam syurga . Org2 yg melakukan dosa besar di letakkan diantara 2 tempat dengan roh sahaja dan lain2 . Muktazilah kemudian berpecah kpd 20 aliran
Next , murjiah .. mereka menyatakan bahawa membuat dosa tidak memberi mudharat kepada iman sekiranya sudah beriman . Dan membuat kebajikan tidak memberi manfaat langsung sekiranya kafir . Mereka ini berpecah kepada 5 aliran .
Seterusnya , kaum Najariah . Mereka berpegang bahawa perbuatan manusia adalah makhluk yakni dijadikan tuhan tetapi menyatakan tuhan tidak bersifat . Najariah kemudiannya berpecah kpd 3 aliran.
Lepastu , Jabariah .. Manusia adalah "majbur" yakni tiada daya dan upaya langsung . Tiada usaha sama sekali . Golongan ini 1 aliran saja.
Last , kaum musyabbihah , golongan yang menyifatkan tuhan berupa makhluk , bertangan , berkaki dan duduk sprt manusia . Naik tangga turun tangga sprt manusia dan lain2 . Golongan ini 1 aliran saja
Kesemua di atas adalah sesat dari segi aqidah dan pegangan mereka yang menyimpang dan menyalahi ajaran Nabi yang sebenar .
Total nya 72 ..
Dan ditambah dgn 1 ahli sunnah wal jamaah menjadi 73 ...
Sumber rujukan hadis imam tarmizi dlm kitab bugyatul musytarsydin ..
Adapan kaum qadariah dan bahiyah termasuk dlm golongan muktzilah .
Eh , bahiyah dan ahmad qad-yan termasuk dlm golongan syiah
Kitab besar "i'tiqad sunnah wal jamaah "
Sekian
Wallahua'lam
So tu dia..rasa nak belajaq lagi tinggi pon takut, sampai tara tu dok ada..pening pening.. Namun begitu, menurut pengamatan gua la kan sekarang, banyak dah orang yang mula mencari ilmu agama, mendekati Islam, sebab mungkin dah rasa jiwa kosong. Jiwa yang kosong ni dahagakan makanan rohani, yakni ilmu agama, ayat al-Quran, ilmu tentang Islam, Allah swt dan rasul etc. Kebanyakan dah mula sedar kita perlu mencari tujuan hidup. Mula nak mencari the essence of our religion, our ibadah. Sebab bak kata Nouman Ali Khan, amal ibadat atau agama ni boleh jadi hanyalah sebuah sarung yang kosong kalau kita cuma buat tapi tak faham kenapa kita kena buat. Macam orang selalu cakap, tunggang terbalik sembahyang 5 kali sehari, tapi bila tanya maksud surah-surah lazim, bacaan dalam solat, tak tau, baca je la kan..so itulah pentingnya kita tahu apa kita buat, baru rasa nikmat, rasa penuh jiwa ni, takla kosong lagi..

So kebiasaannya kita ni kalau nak berubah akan mula rajin ke majlis ilmu, ke kelas agama, aktif dalam aktiviti-aktiviti berkaitan agama seperti dakwah, bergaul dengan geng-geng yang alim yang kita harap boleh bawak kita ke jalan yang benar, jalan yang diredhai Allah swt. Kita akan mula tinggal kawan-kawan lama yang masih hanyut macam kita dulu, tapi bukan lah tinggal terus, sebabnya untuk kita mencari diri kita semula (rediscover ourself gitu) , kita kena try something new; new environment, new surrounding, new companies yakni geng, different than the usual. Baru senang penemuan itu berlaku, ye dop?

Setiap kali bila nak buat benda baik mesti ada dugaan punya. Nak berubah pon dah ada dugaan, kena perli ngan member ke, kena pulau ke, kena pandang serong oleh orang yang "appear to be" alim tapi judgemental, masa tengah nak berubah pon ada dugaan dia. Dugaannya kat sini ialah, dari 73 pintu, adakah pintu yang kita bukak itu dengan niat nak berubah dan mencari redha Allah itu yang akan sampai... yang itu siapa pon tak ada jawapan , tapi insyaAllah, kita berdoa kita berjumpa dengan pintu itu.

Aku nak cerita lah kat sini, aku sendiri adalah antara orang yang pernah lalui rasa jiwa kosong, dalam tahun 2012, masa tu aku pikir nak lari je ke somewhere far, isolate myself from the people around me, the temptation around me, the maksiat, the gossip culture, the insecurity, the jealousy, the hypocrisy, the judgemental, the pressure from the society on what you should be, which, of course i'm not saying i was not a part of them all. Yes, I was all that, i'm not sure if i am not that anymore but i'm trying not to be there ever again..oh the struggle is real bro!

So flying to Australia is like , an answered prayer, "maka nikmat kami yang mana satukah yang kau dustakan? (55:13)

To cut short, Malaysia itself ada banyak group pendakwah, banyak jemaah, dan antara-antara jemaah ni kenapa mereka tidak berada dalam satu kumpulan? Sebab mereka mempunyai pendapat yang sedikit berbeza antara satu sama lain. Bukan sekadar pendapat atau ideologi, tapi juga cara pendekatan, penyampaian, perlaksanaan, module-module dan rujukan.. Aku pernah cakap kat member la, jemaah yang aku join ni (tapi please take note that i'm not declaring to be officially with them, because i dont want to be representing them, i am full of flaws)  modus operandi dia macam MLM...u know multi-level-marketing, pyramid sceme etc. Cuma beza dia MLM nak profit dalam bentuk duit, diorang iaitu jemaah ni nak profit dari segi pahala.. Diorang punya percaya kat pahala tu memang sungguh-sungguh, nak tunjuk tahap iman iaitu kepercayaan, keyakinan ke atas pahala syurga semua tu mantap. Kita? hmmm kalau dipikir-pikirkan alasan je banyak..kita punya tahap percaya kat pahala (dan segala janji Allah) ni mungkin macam kita main game nak kumpul point dalam game tu, takat tu ja..kita percaya lagi kat duit yang kita boleh pegang tu dari point dari game, kan?

Masa kat Australia tu, aku kenal dua jenis jemaah la. Kedua-duanya mempunyai approach yang hampir sama, objektif pon besar kemungkinan sama. Tapi da balik Malaysia ni aku sedar la, bukan dua je..

Aku dapat identify 4, pertama tu agak extreme, sampai laki ngan pompuan tak dibenarkan berkomunikasi secara casual langsung, naik satu kereta campur laki perempuan pon haram..Anak usrah dorang gi open house yang host dia berlainan jantina pon kena marah kena ceramah..

Yang kedua suka bid'ah kat amalan orang lain, sampai amalan baca Yaasin pon dipersoalkan sebab takda dalil yg menyokong fadilat surah Yaasin atau dalil palsu etc, amalan qasidah juga dilabel amalan bid'ah oleh jemaah ini...

Ketiga tu fleksibel, dia ada tendency untuk kelihatan liberal tapi sebenarnya tak, dia cuma tanak strict sangat sampai orang dari berminat mendekati Islam jadi nak menjauhi pulak, sebagai contoh, "instead of keep telling people about hell, let's talk about heaven.." camtu lah..maksudnya macam ni la, dari asyik cakap pasal benda-benda scary tentang Islam seperti azab neraka,larangan-laranganNya yang mungkin bagi golongan yang jauh ni rasa susah nak tinggal, so masa baru-baru nak kenal kita tak cerita lagi, tapi cerita pasal ganjaran pahala buat baik, hikmah baca al-Quran, solat segala jenis, cerita pasal keindahan syurga, bagi meleleh la air liur dorang ni dengar,rasa nak kejar, camtu la..so dari rasa Islam ni scary,banyak sangat takleh buat, dorang akan rasa sebenarnya banyak benda boleh buat. Kesimpulannya approach geng ni ialah dengan cuba menyentuh hati golongan macam ni.

Keempatnya, betul-betul tegas tapi tak menghukum. Tak nampak kecenderungan liberal tapi tak extreme, dakwah niat disampaikan kepada orang Islam yang berminat, dia akan sebarkan secara umum dengan lembut tapi tegas. Geng ni macam rileks-rileks sikit. So far aku tak kenal lagi sesiapa dari geng ni, so taktaw nak elaborate macam mana..nanti lah aku cari kat Facebook sorang hehehe..

Antara empat jemaah yang aku kenal, satu je yang aku engage sekarang. Sebab kena dengan aku, tapi taklah bermaksud aku tak berminat mengenali atau menyokong apa-apa usaha dari jemaah lain, kalau kena dengan pemahaman dan penerimaan aku, aku akan sokong. Mungkin bunyi macam aku pilih apa yang aku nak, buang yang aku tanak. Macam undang-undang Islam di sisi politician Malaysia la kan..tapi tak la macam tu sebab aku bukan force orang untuk ikut, bukan aku ni pembuat policy atau undang-undang, tapi hanya menyokong, mendukung dan mengamalkan..

Tapi yang pasti benda yang paling kena tolak ialah SYIAH... itu bukan Islam pon..google more for more info, because i'm gonna finish this entry here.. Tata!

Jangan berhenti mencari ilmu