Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Monday, March 21, 2016

Turki dan Sosial Media

The biased global media focus had put this series of tragic bombing event in Turkey behind the spotlight, a massive difference in the amount of attention it gave to Paris bombing happening November last year. This was because global media was doing this "agenda setting" to again attack the one true religion that is Islam. The Paris attack was widely broadcasted, so frequently and dragged for months, to lastly revealed as a suicide bombing attack by ISIS, which they acquired the evidence from the dead bodies, which appeared to be the terrorists' perfect passports. I mean what kind of stupid terrorist would do that? But well, however stupid it might sound there were still lots of Islamophobic bigots who would fall damn right into it. And this type of stupidity have no cure, too bad.

So back to whatever happened in Turkey, it's nothing like what happened in Libya where there was a revolution, reformation, uprising by the people (although it was triggered by some foreign spies because Ghadafi want to use gold instead of USD in trading), what happened in Egypt, where the Arab Spring in 2011 took down their hated corrupted thug-president Mubarak and his men,  and replaced him with the much better Dr Morsi, (which later today the shameless As Sisi captured and declared himself to be the Egypt president despite the majority of people hate him, and he killed them for hating him).

What happened in Turkey is an attack well-planned by foreign country, and you should already know who, because Turkey , the President is Erdogan, has strongly and boldly declare his welcome to Syria refugee (chased away by the ethnic cleansing by the Shiite Basyaar) and shot down a Russian fighting airplane which was on its way to attack Syria as a response to the Paris bombing. The bombing in Turkey happened 3 times, and none of the 3 events were reported by the biased CNN, freaking obvious.

Some bullshit stories as agenda-setting pulled by the global media..

"In Turkey, the Turkish people are oppressed for so long since the establishment of the republic exploited international powers such as Israel, the US and Russia. This is clear when America was still stubborn to list the PKK (Partiya Karkerên Kurdistan / Labour Party of Kurdistan) or their proxies in Syria YPG (Yekîneyên Parastina Gel / People Protection Party), PYD (Partiya Yekîtiya Democrat / Democrate Union Party) as a terrorist group, although they openly declare that they are responsible for the attacks in a suicide blast in Ankara and Istanbul. This stubbornness departure point of the American establishment that wants to make YPG / PYD / PKK as their proxy in maintaining their power and curb the influence of ISIS in the region. American intervention is clearly visible from the issue of the Black Sea (Black Sea) which is still pending. Up to now, the weapons were supplied by the United States to terrorism, on the grounds that "undermine and defeat the ISIS" as stated by the United States President, Barrack Obama. Turkey , a Muslim-majority country that successfully led the country through democratic elections at this time attacked from every angle , it can be seen from the international media coverage that was biased in reporting news about Turkey and also likes to sensationalize the news that occurred in Turkey in order people are afraid to invest in Turkey or in visiting Turkey ."


Bagi orang Malaysia Islam yang leka atau tidak mahu mengambil tahu, cuba lah baca dari sini 

Apa yang dimahukan oleh kuasa-kuasa luar terutamanya Amerika, Israel, Iran dan negara-negara lain yang mencemburui Turki adalah untuk memusnahkan keamanan yang dikecapi Turki yang kini mula membangun dari setiap sudut.

Paling sedikit aku boleh buat ialah menukar Facebook profile pic untuk tanda protes dan kesedaran oleh mereka yang masih tak tahu apa yang berlaku. Aku turut edit DP untuk rakan-rakan FB aku yang rapat, yang aku rasa prihatin tentang perkara ini, dan rakan FB yang share post tentang Turkey. Agak sedih, ada di antara mereka tanak atas alasan, "tanak jadi poyo", "saya bukan pejuang agama macam awak", "saya doa lepas sembahyang dah cukup.." Sedih sebab ada di antara mereka bagi alasan seolah-olah takut apa orang kata , lebih takut apa orang cakap dari apa Allah cakap nanti..

Apa pentingnya tukar DP? Sosial media ni dah jadi macam makanan atau oksigen kepada hampir 90% manusia atas dunia ni yang ada akses internet dan memilik smartphone. Dan dari 90% ni, hampir semua mereka ada FB dan aktif menggunakannya. Bagaimana dulu tukar DP ke rainbow atau Pride Flag sebagai celebration of same sex marriage approval di US tahun 2015?  Kenapa dan apa efeknya? Tukar flag ke benda Perancis sebagai tanda Pray for Paris? Methodnya:

First macam kita tengok org melayu Islam tukar rainbow DP masa musim sokong LGBT bulan 6 tahun lepas, sebab dia tengok orang lain tukar, atau FB offer nak tukar tak, tapi dia tak paham tu tanda solidariti utk LGBT, so tetiba orang Islam sokong benda akhir zaman tu.
Cara kedua iaitu org tengok dan curious,bila kawan-kawan dalam FB tukar DP beramai-ramai, atau dia tengok dekat ruang komen post dari page-page, then gi search, so dari situ agenda atau awareness tu dah reach kat ramai lagi audience. Ramai yang akan tahu dengan cara itu.

Kes PrayforParis pula, diwar-warkan besar-besaran untuk raih simpati, pada mulanya, secara tidak langsung bila keluar news kata yang bom tu Islam, Islamofobia dicetuskan. Ramai mat salleh jahil jadi emotional sampai sanggup declare kalau jumpa mana-mana orang Islam dekat area dorang, dorang akan bunuh! So nampak tak permainan dia? Sama juga la kaedah orang yang tak tahu, tapi tengok ramai tukar DP, akan search, so bertambah ramai yang tahu dan akan takut dan benci dengan orang Islam.

Masalahnya sekarang, Facebook tak war-warkan pasal Turkey ni, dan tak offer nak buat DP untuk Turkey pon. Ramai, termasuk aku ni sebenarnya dapat tahu lepas 4 hari pengeboman berlaku. Dan malang jugak la rakan-rakan dalam FB aku tak banyak yang share, menunjukkan jenis kawan yang aku ada jugak la. Sebab tu pentingnya DP Turkey ni.

Banyak yang bagi alasan, konon lepas semayang dia dah doa untuk Turkey ni, aku apa tahu. Masalahnya aku kenal kau, bukan semayang sangat pon orangnya.

Kepada sesiapa yang baca post ni, tolonglah...tolong sangat-sangat..play your role, jangan lupa esok kena tanya apa kau buat saat saudaramu perlukan kau? Takkan kirim doa je, ikhtiar dan usaha lain? Bukannya sakit lumpuh ke apa kan..upload selfie takde masalah pulak.


I cant recall if ive ever used this in my previous entry, but this pic speaks the real thing.








Monday, January 11, 2016

The Day the Earth Stood Still....


KUALA LUMPUR: PAS secara rasmi mengeluarkan arahan melarang ahli parti itu membabitkan diri atau bekerjasama dalam sebarang program atau kegiatan anjuran Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP di semua peringkat. Arahan itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Jumaat lalu. Surat pekeliling mengenainya juga sudah diedarkan kepada PAS negeri dan sayap peringkat pusat untuk disampaikan kepada ahli akar umbi. Surat pekeliling ditandatangani Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, menyebut ketetapan itu dibuat demi memelihara keutuhan dan perpaduan parti serta mengelakkan pelanggaran Perlembagaan dan arahan parti. Mesyuarat Jumaat lalu itu membincangkan isu berkaitan pembabitan ahli PAS dalam program dan kegiatan parti politik lain khususnya PAN dan DAP. Keputusan itu dipercayai merujuk kepada pembabitan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa yang juga bekas Naib Presiden PAS dalam majlis makan malam anjuran PAN Kelantan yang turut dihadiri pimpinan sekutu Pakatan Harapan pada 1 Januari lalu sebelum menyertai majlis DAP di Johor pada keesokannya. Mesyuarat itu juga memutuskan ahli PAS perlu mendapatkan kebenaran Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum menghadiri sebarang jemputan program, aktiviti atau seumpamanya daripada mana-mana parti politik lain selain PAN dan DAP. -Berita Harian Online.

Ini bukan blog politik...dan perkara di atas bukanlah benda yang baru aku tahu, tetapi dengan keluarnya surat itu, baru aku yakin....segala desas desus yang kedengaran sebelum ini telah diconfirmkan! ohhh!

Arwah yang disegani, dihormati..


Dan apakah ideologi Islam? Apakah cara penyampaian dakwah Islam dan penyebaran agama Islam?

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam buku Tazkirah; Melihat Kiamat dari Jendela Al-Quran mengemukakan, apabila ulama yang bertakwa wafat, berarti terangkat ilmu disebabkan Allah SWT tidak mendatangkan penggantinya. Demikian pula dengan terangkatnya ayat-ayat Al-Quran ke langit. Allah SWT akan mengangkat ayat serta surat Al-Quran bukan saja dengan hilangnya ayat-ayat itu dari mushaf. Namun dengan segala ayat-ayat yang terekam di dalam hati manusia juga akan hilang. Apabila mereka yang hafidz (hafal) Al-Quran sudah lupa dengan segala surat-surat yang dihafalnya, berarti Allah SWT telah mengangkat Al-Quran dari dada manusia.- sumber 
Salah satu sifat yang harus kita hindarkan untuk memperolehi jalan kebenaran dan tidak menegakkan benang yang basah ialah sifat fanatik terhadap pegangan mazhab, kumpulan, negara atau guru-gurunya. Sifat fanatik dan berkelompok hanya akan menjadikan orang yang berbeza pendapat tidak mahu berganjak dari pandangannya. Apa yang mereka lakukan bukanlah semata-mata kerana Allah Taala tetapi disebabkan faktor-faktor lain.- sumber

Adakalanya di dalam perbincangan untuk mendapatkan kebenaran akan terjadi perselisihan dan pertelagahan, maka di waktu itu hendaklah kedua belah pihak menyedari bahawa perpaduan dan persaudaraan itu lebih diutamakan dari perpecahan. - sumber

Perhatikanlah kata-kata Dr Yusuf al-Qardhawi mengenai perkara ini: "Para pendakwah dan pengamal Islam mestilah menjadikan matlamat mereka kepada kesatuan, keserasian, mengumpulkan hati-hati mereka dan merapatkan barisan mereka. Mereka mesti menjauhkan diri dari perbezaan dan perpecahan serta semua perkara yang memecah-belahkan jamaah dan merosakkan kesatuan yang terdiri dari permusuhan yang zahir mahupun kebencian yang batin. Juga semua perkara yang membawa kepada kerosakan hubungan sesama sendiri yang hanya akan melemahkan umat. Tiada yang setanding dengan agama Islam dalam mengajak kepada persaudaraan. Persaudaraan ini nampak jelas dengan kesatuan, keserasian dan saling tolong-menolong. Agama Islam juga unggul dalam melarang daripada perpecahan, perselisihan dan permusuhan. Semuanya termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah" (as-Sahwah al-Islamiyyah 27) -  sumber
Tidaklah aku langsung menyokong musuh Islam, mahupon DAP, tapi... seperti provokasi murahan oleh pelucah gila publisiti iaitu Alvin Tan, kita tidak perlu melayan golongan-golongan ini selagi ia tidak mengancam keselamatan kita.. anggaplah ibarat anjing kecil menyalak tanpa henti, menggigit pon tidak mampu, so, why bother why bother why bother?

Sedih...




Thursday, November 26, 2015

Tanya Sama itu Hud Hud


Tujuh puluh tiga pintu 
Tujuh puluh tiga jalan 
Yang sampai hanya satu jalan

Ribu-ribu Margasatua 
Mencari raja si Muraq 
Yang sampai hanya tiga puluh

tiga puluh

Uuh... Sang Algojo 
Uuh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung 
Atau lihat dari dalam tempurung 
Yang mana satu engkau pilih 
Dalam kalut ada peraturan 
Peraturan cipta kekalutan 
Di mana pula kau berdiri 
Di sini

Uuh... Sang Algojo 
Uuh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini 
Untuk menyatakan kalimah sebenar 
Berikan ku kesempatan akhir ini 
Lai lai la lai lai lai lai

"Tanya sama itu hud-hud 
Lang mensilang 
Kui mengsikui 
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"

"Tanya sama itu hud-hud 
Lang mensilang 
Kui mengsikui 
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"

Pernah dengar lagu M Nasir ni? Deep lirik lagu dia ni, tapi nak hurai panjang pon aku ni mengaji tak la tinggi mana..

Tapi pernah la dengar cerita Nabi Sulaiman dengan burung hud hud ni, ada dalam surah an Naml, bukan al Hud ya hehe.. tapi dah tak ingat sangat, maklumlah, aku ni bab2 lagha senang ingat huhuhu
So demi blog ini aku google and tepek kat sini. Tapi yang aku dengar tu sampai ke kisah Ratu Balqis, yang tu sila la cari sendiri sebab entry aku ni bukan pasal kisah ni, ini mukadimah je huhu..

Aku nak cerita pasal 73 pintu 73 jalan, tapi yang sampai 1 jalan je, haaa tak ke sedih kalau jalan yang kita pilih tu tak sampai? Perasaan dia macam bila jem nak masuk tol. Pintu tol ada 4 je, 2 tunai, 1 TouchnGo, 1 smarttag. Tapi kita baru sampai tengok jem tetiba barisan ada 8, padahal pintu tol 4 je.. Kita pon ikut instinct atau ikut mana paling pendek kita baris je belakang tu, gamble je.. Sekali nak sampai pintu tol rupa-rupanya kita di barisan yang memotong, mana la kita taw, kita ikut je dari belakang tak nampak, so terpaksalah berebut-rebut nak masuk satu pintu tol itu. Peluang untuk berlakunya scene berlanggar dan diherdik oleh the next Kiki Kamarudin pon cerah. Stress mak nak..

Aku bertanya kat seseorang pasal 73 jalan ni, so dia pon explain, ni aku copy paste dari explaination beliau:

Ok firstly kaum syiah ... Kaum syiah ialah kaum yang berlebihan memuja Saidina Ali , sehingga ke tahap mengkafirkan khalifah lain sprti Umar , Abu Bakar dan Usman r.a ..mereka kemudian terpecah kepada 22 aliran..
Kemudian khawarij , mereka adalah golongan yang berlebihan dalam membenci saidina ali r.a Mereka berfatwa bahawa sesiapa yang melakukan dosa besar terkeluar dr Islam dan kafir . Khawarij berpecah menjadi 20 aliran..
Then , kaum muktazilah , mereka berpendapat bahawa tuhan x mempunyai sifat . Manusia melakukan pekerjaan nya sendiri dan tidak dicampuri Allah . Allah tidak dapat dilihat di dalam syurga . Org2 yg melakukan dosa besar di letakkan diantara 2 tempat dengan roh sahaja dan lain2 . Muktazilah kemudian berpecah kpd 20 aliran
Next , murjiah .. mereka menyatakan bahawa membuat dosa tidak memberi mudharat kepada iman sekiranya sudah beriman . Dan membuat kebajikan tidak memberi manfaat langsung sekiranya kafir . Mereka ini berpecah kepada 5 aliran .
Seterusnya , kaum Najariah . Mereka berpegang bahawa perbuatan manusia adalah makhluk yakni dijadikan tuhan tetapi menyatakan tuhan tidak bersifat . Najariah kemudiannya berpecah kpd 3 aliran.
Lepastu , Jabariah .. Manusia adalah "majbur" yakni tiada daya dan upaya langsung . Tiada usaha sama sekali . Golongan ini 1 aliran saja.
Last , kaum musyabbihah , golongan yang menyifatkan tuhan berupa makhluk , bertangan , berkaki dan duduk sprt manusia . Naik tangga turun tangga sprt manusia dan lain2 . Golongan ini 1 aliran saja
Kesemua di atas adalah sesat dari segi aqidah dan pegangan mereka yang menyimpang dan menyalahi ajaran Nabi yang sebenar .
Total nya 72 ..
Dan ditambah dgn 1 ahli sunnah wal jamaah menjadi 73 ...
Sumber rujukan hadis imam tarmizi dlm kitab bugyatul musytarsydin ..
Adapan kaum qadariah dan bahiyah termasuk dlm golongan muktzilah .
Eh , bahiyah dan ahmad qad-yan termasuk dlm golongan syiah
Kitab besar "i'tiqad sunnah wal jamaah "
Sekian
Wallahua'lam
So tu dia..rasa nak belajaq lagi tinggi pon takut, sampai tara tu dok ada..pening pening.. Namun begitu, menurut pengamatan gua la kan sekarang, banyak dah orang yang mula mencari ilmu agama, mendekati Islam, sebab mungkin dah rasa jiwa kosong. Jiwa yang kosong ni dahagakan makanan rohani, yakni ilmu agama, ayat al-Quran, ilmu tentang Islam, Allah swt dan rasul etc. Kebanyakan dah mula sedar kita perlu mencari tujuan hidup. Mula nak mencari the essence of our religion, our ibadah. Sebab bak kata Nouman Ali Khan, amal ibadat atau agama ni boleh jadi hanyalah sebuah sarung yang kosong kalau kita cuma buat tapi tak faham kenapa kita kena buat. Macam orang selalu cakap, tunggang terbalik sembahyang 5 kali sehari, tapi bila tanya maksud surah-surah lazim, bacaan dalam solat, tak tau, baca je la kan..so itulah pentingnya kita tahu apa kita buat, baru rasa nikmat, rasa penuh jiwa ni, takla kosong lagi..

So kebiasaannya kita ni kalau nak berubah akan mula rajin ke majlis ilmu, ke kelas agama, aktif dalam aktiviti-aktiviti berkaitan agama seperti dakwah, bergaul dengan geng-geng yang alim yang kita harap boleh bawak kita ke jalan yang benar, jalan yang diredhai Allah swt. Kita akan mula tinggal kawan-kawan lama yang masih hanyut macam kita dulu, tapi bukan lah tinggal terus, sebabnya untuk kita mencari diri kita semula (rediscover ourself gitu) , kita kena try something new; new environment, new surrounding, new companies yakni geng, different than the usual. Baru senang penemuan itu berlaku, ye dop?

Setiap kali bila nak buat benda baik mesti ada dugaan punya. Nak berubah pon dah ada dugaan, kena perli ngan member ke, kena pulau ke, kena pandang serong oleh orang yang "appear to be" alim tapi judgemental, masa tengah nak berubah pon ada dugaan dia. Dugaannya kat sini ialah, dari 73 pintu, adakah pintu yang kita bukak itu dengan niat nak berubah dan mencari redha Allah itu yang akan sampai... yang itu siapa pon tak ada jawapan , tapi insyaAllah, kita berdoa kita berjumpa dengan pintu itu.

Aku nak cerita lah kat sini, aku sendiri adalah antara orang yang pernah lalui rasa jiwa kosong, dalam tahun 2012, masa tu aku pikir nak lari je ke somewhere far, isolate myself from the people around me, the temptation around me, the maksiat, the gossip culture, the insecurity, the jealousy, the hypocrisy, the judgemental, the pressure from the society on what you should be, which, of course i'm not saying i was not a part of them all. Yes, I was all that, i'm not sure if i am not that anymore but i'm trying not to be there ever again..oh the struggle is real bro!

So flying to Australia is like , an answered prayer, "maka nikmat kami yang mana satukah yang kau dustakan? (55:13)

To cut short, Malaysia itself ada banyak group pendakwah, banyak jemaah, dan antara-antara jemaah ni kenapa mereka tidak berada dalam satu kumpulan? Sebab mereka mempunyai pendapat yang sedikit berbeza antara satu sama lain. Bukan sekadar pendapat atau ideologi, tapi juga cara pendekatan, penyampaian, perlaksanaan, module-module dan rujukan.. Aku pernah cakap kat member la, jemaah yang aku join ni (tapi please take note that i'm not declaring to be officially with them, because i dont want to be representing them, i am full of flaws)  modus operandi dia macam MLM...u know multi-level-marketing, pyramid sceme etc. Cuma beza dia MLM nak profit dalam bentuk duit, diorang iaitu jemaah ni nak profit dari segi pahala.. Diorang punya percaya kat pahala tu memang sungguh-sungguh, nak tunjuk tahap iman iaitu kepercayaan, keyakinan ke atas pahala syurga semua tu mantap. Kita? hmmm kalau dipikir-pikirkan alasan je banyak..kita punya tahap percaya kat pahala (dan segala janji Allah) ni mungkin macam kita main game nak kumpul point dalam game tu, takat tu ja..kita percaya lagi kat duit yang kita boleh pegang tu dari point dari game, kan?

Masa kat Australia tu, aku kenal dua jenis jemaah la. Kedua-duanya mempunyai approach yang hampir sama, objektif pon besar kemungkinan sama. Tapi da balik Malaysia ni aku sedar la, bukan dua je..

Aku dapat identify 4, pertama tu agak extreme, sampai laki ngan pompuan tak dibenarkan berkomunikasi secara casual langsung, naik satu kereta campur laki perempuan pon haram..Anak usrah dorang gi open house yang host dia berlainan jantina pon kena marah kena ceramah..

Yang kedua suka bid'ah kat amalan orang lain, sampai amalan baca Yaasin pon dipersoalkan sebab takda dalil yg menyokong fadilat surah Yaasin atau dalil palsu etc, amalan qasidah juga dilabel amalan bid'ah oleh jemaah ini...

Ketiga tu fleksibel, dia ada tendency untuk kelihatan liberal tapi sebenarnya tak, dia cuma tanak strict sangat sampai orang dari berminat mendekati Islam jadi nak menjauhi pulak, sebagai contoh, "instead of keep telling people about hell, let's talk about heaven.." camtu lah..maksudnya macam ni la, dari asyik cakap pasal benda-benda scary tentang Islam seperti azab neraka,larangan-laranganNya yang mungkin bagi golongan yang jauh ni rasa susah nak tinggal, so masa baru-baru nak kenal kita tak cerita lagi, tapi cerita pasal ganjaran pahala buat baik, hikmah baca al-Quran, solat segala jenis, cerita pasal keindahan syurga, bagi meleleh la air liur dorang ni dengar,rasa nak kejar, camtu la..so dari rasa Islam ni scary,banyak sangat takleh buat, dorang akan rasa sebenarnya banyak benda boleh buat. Kesimpulannya approach geng ni ialah dengan cuba menyentuh hati golongan macam ni.

Keempatnya, betul-betul tegas tapi tak menghukum. Tak nampak kecenderungan liberal tapi tak extreme, dakwah niat disampaikan kepada orang Islam yang berminat, dia akan sebarkan secara umum dengan lembut tapi tegas. Geng ni macam rileks-rileks sikit. So far aku tak kenal lagi sesiapa dari geng ni, so taktaw nak elaborate macam mana..nanti lah aku cari kat Facebook sorang hehehe..

Antara empat jemaah yang aku kenal, satu je yang aku engage sekarang. Sebab kena dengan aku, tapi taklah bermaksud aku tak berminat mengenali atau menyokong apa-apa usaha dari jemaah lain, kalau kena dengan pemahaman dan penerimaan aku, aku akan sokong. Mungkin bunyi macam aku pilih apa yang aku nak, buang yang aku tanak. Macam undang-undang Islam di sisi politician Malaysia la kan..tapi tak la macam tu sebab aku bukan force orang untuk ikut, bukan aku ni pembuat policy atau undang-undang, tapi hanya menyokong, mendukung dan mengamalkan..

Tapi yang pasti benda yang paling kena tolak ialah SYIAH... itu bukan Islam pon..google more for more info, because i'm gonna finish this entry here.. Tata!

Jangan berhenti mencari ilmu

Tuesday, July 22, 2014

Salam Ramadhan, Gaza diserang, Malaysia dan Nasib Malangnya








Hati sayu, nak makan tak lalu, termenung.. Bangun sahur dikejutkan dengan berita sedih, MH17 ditembak jatuh di ruang udara Ukraine.. MAS lagi.. banyak alasan tak munasabah, kata konon salah MAS sebab guna route kat tempat berperang, kenapa tak tukar route lah itu  la ini lah, orang tengah sedih, Malaysia sedang teraniaya, Malaysian jugak nak blame Malaysian's asset or product or whatever they call it. Malaysian mentality.

Right before MH17, kecoh dengan awek Melayu bertudung CDM 25 mengamuk dengan steering lock. Viral video dia, banyak makian dia dapat dari warga prihatin Malaysia, specially Melayu, dia pulak dapat kumpul pahala free dari orang yang maki dia, terbaek sangat. 

Lepas kes ni rakyat Malaysia tak sedar-sedar lagi, tambah-tambah Melayu... Kalau UMNO dengan racistnya, apa beza pulak dengan puak pembangkang kalau fanatic sangat, setiap benda nak dikaitkan dengan politik. Yang maki dan viralkan video awek CDM 25 tu banyak orang pembangkang (walaupon aku tak pro-UMNO), yang asyik salahkan MAS dalam tragedi MH17 ni pon pembangkang gak. Dah la PM bagi ucapan tak tegas langsung, dengan gaya je macam pengumuman tarikh puasa atau raya pon satu hal. Putin, Obama lagi lah, takyah cakap. Malaysia memang diperkotak-katikkan, yang jadi mangsa, MAS. Kesiannya MAS.

Aku taknak jadi pakar konspirasi teori kat sini macam MH370 dulu sebab i am sick and tired and so heart-broken, even tho takde sape aku kenal dalam flight tu, baru satu sem aku kat sini, 2 kali MAS jadi mangsa keadaan. It can't be coincidence right? 

Source

Tapi benda paling sedih bila fanatik pembangkang, tak abeh-abeh blame MAS, even Dato Seri Anwar Ibrahim pon menyeru rakyat untuk bersatu dalam insiden ini, tapi penyokong tu yang lebih-lebih..dengan la kata ketua korang..
Dari Facebook rasmi beliau
Kalau benarlah bagai dibincangkan digembar-gemburkan tentang teori  konspirasi bahawa ini semua plan Obama a.k.a boneka US, sebab takut dengan ekonomi dorang terjejas dari negara-negara yang tidak mahu tunduk padanya iaitu China dengan menghilangkan MH370 yang penuh dengar VIP dan orang kuat China dan Russia dengan menembak jatuh MH17 supaya boleh menaikkan kemarahan dunia terhadap Russia tapi Malaysia yang tersempit mungkin atas akibat terjerat dengan "deal with the devil"..maka sedih dan amat menakutkan since we are Malaysian, the one tersepit,  and what's more devastating is this the proof that memang humanity is lost... Lost!


Bercakap mengenai humanity, si Laknatullah Israel Zionist memeperhebatkan lagi serangan ke atas Gaza sempena Ramadhan ini, dan mungkin jugak kejadian malang MH17 adalah untuk mengalihkan perhatian dunia dari kekejaman Zionist iblis ni ke atas Gaza.

Sedang rakyat-rakyat negara maju termasuk yang bukan Islam memihak kepada Gaza yang merupakan mangsa dengan aktifnya buat rally,demo to protest and video drama, boycott campaign on Israel and stuff, and even some died in Gaza for Gaza such as Rachel Corrie from US and Tom Hurndall from UK, yet it is very sad, extremely frustrating and infuriating to know our own Malaysian non-Muslims, almost all of them, rata-rata dari golongan ini di Malaysia memihak kepada kekejaman Israel... Salah Muslim Malaysia sendirikah? Salah kerajaankah? Salah minda mereka sendiri kah? Some (and i mean some) of non-Muslim of Malaysia seems to be very selfish, saying it's not our problem, and worried if we show our solidarity with Gaza which automatically means that we are against Israel, we might be attacked by Israel or US, economically or in a warfare whatsoever.. so really, "i care about my ass more than humanity"? All those taukes, lawyers, doctors and the rich non-Muslims and non-Malays of Malaysia? That's how you think?


This is from Bersih page.. sadly all the "we are united regardless of race against corrupted government" seems to be just wayang.. There are more comments by Juli Ooi in that page, even saying that based on Bible and old testament, the land of Palestine belong to the Jews, which indirectly suggesting that the Jews have the right to kill all Palestinians living there..that my friend is a Malaysian....how sad? 

The only sensible non-Muslim, particularly Chinese of Malaysia found in Bersih page..and he is the only one..
Kaw-kaw want to justify that the killing of Gaza's children and women is lie and one-sided story.. Haish...

So will we, Muslim of Malaysia, or should we, feel safe, living with this kind of people? I am never racist, but this gives me goosebumps..


Allah rahmatilah Malaysia....

p/s: selamat boikot barang Israel.. kalau non-Muslims boleh buat, apa masalah Melayu kita benci sangat usaha boikot barang Israel ni? Mungkin benar, Melayu belum tentu Islam..