Monday, February 20, 2012

Antara Impian, Hobi, Cita-cita dan Realiti!

Scene paling biasa la:


Cikgu:              Amri, nanti besar nanti nak jadi ape ye?

Amri:               Saya nak jadi angkasawan cikgu!! Saya nak ke bulan..nak pakai baju angkasawan..jumpa alien..

Cikgu:             Wow..berusaha ye!! Cikgu doakan kamu… Amelia, kamu nak keje ape besar nanti?

Amelia:           Saya nak jadi cikgu, cikgu… mengajar budak-budak..ibu saya pun suke saya jadi cikgu..

Cikgu:             Terbaek!


Scene luar biasa tapi mungkin dah jadi biasa kot sekarang.. :


Cikgu:             Amalina, apakah cita-cita kamu besar nanti?

Amalina:         Saya nak jadi bintang AF cikgu.. Menuju puncak!!!! Dari sekarang mama and papa saya da sokong, saya dah start kelas menari dan vokal..cikgu mesti bangga dengan saya!



Cikgu? Cikguuuu!!!

Terima kaseh Astro,AF, Mentor, Idola Kecil dan sebagainya..kerana kamu, bebudak Melayu dapat “mengubah” nasib mereka dan mencapai “impian”…

I rather watch this reality TV show..

Semua manusia memang ada cita-cita sendiri dari kecik..kalau tanya aku..macam-macam cita-cita aku jawab bila orang tanya dari kecik.. Paling mendapat respon terbaik dari orang yang tanya ialah :

Makcik aku: Ana,sok besaq Ana nak jadi apa?

Aku: Ahli bomba.

Tergolek-golek mereka sekeliling gelak.. Kenapakah? Apakah? Pikirku masa tu.. dan mak aku tolong jawab..”Ana tu baru ja lepas tengok cerita Tiara Jacquelina jadi bomba tu…” Dorang pon."ooo patutlah..kukikkkukikk.." sambung gelak..

Aku memang suka tukar cita-cita aku, terpengaruh ngan TV la, bahan bacaan, kartun la.. Masa darjah 5 aku ingat lagi, asyik terbaca paper satu ruangan aku tak ingat, Kerjaya kot..Ada 3-4 kali asyik keluar pasal perempuan jadi tentera udara, TUDM la..smart gila wanita-wanita tu..(tak patut dipanggil awek,kerana mereka adalah WANITA!!) Rambut pendek, pakai baju yang full suit uniform tu, sambil kepit helmet pilot kat ketiak.. homaigod http://www.emocutez.com ..aku pon potongla gambar-gambar tu lekat lam buku (FYI, aku dulu ada hobi suka buat buku scrap, lekat benda-benda menarik, pernah ada buku penuh dengan gambar Lady Diana, tapi kebanyakan buku-buku tu da jadi santapan anai-anai durjana)

Giler macho wanita-wanita Melayu tersebut..muka leh tahan cun..rambut pendek de reymos lagi tu..




Ini kumpulan TUDM wanita pertama di Malaysia (bukan yang aku jumpa dalam paper tu), sini sumber pic

Namun begitu, aku terpaksa melupakan cita-cita itu kerana aku rabun..wuhuhu..Aku jugak penah berangan jadi secret agent man, woman la kot..sebab banyak tengok citer spy..Berangan pakai suit hitam ala Man in Black, sunglasses, drive black car yang ade crome parts tu..setaaaiiilllll~~

Too bad tak jumpa pic Trinity in full suit acu pistol..

Untuk pengetahuan kalian,dari sekolah rendah sampai menengah cikgu -cikgu Pendidikan Seni aku (PS), tak pernah recognize aku nye skill melukis.. Paling tak logik masa darjah 2, sorang cikgu PS aku suruh kami lukis bangau dalam tasik, sapa da siap kena pi tunjuk kat dia, aku pi tunjuk,unbelievably cikgu tu marah cakap,”Saya suruh lukis sendiri, bukan tekap!! Kalau macam ni tak adil la, kawan-kawan kamu semua lukis sendiri!” Gila tak? Cam aku tengah reka cerita dongeng je kan? Bawang merah bawang putih? Dek kerana aku baru darjah 2 belum ada lagi skill menjawab, balik je la ke tempat aku dan duduk dengan pasrah.. 
http://www.emocutez.com
Cikgu-cikgu PS aku sekolah menengah plak, buta seni..Lukisan aku selalu dipengaruhi style bapak aku, dah dia yang ngajor..So biasala compang camping, standardla, takkan la solid colour je bila kaler sebijik umah kayu? Mesti ada kuning,brown,merah itam segala kaler la baru realistik dan artistik, cikgu aku leh bagi aku C!! Kawan-kawan aku yang kaler sebijik rumah tu solid biru je ke, brown je..semua benda takde bayang-bayang..takde shading, leh dapat A? ni memang konfem cikgu tangkap muat.. Aku sampai patah ati dibuatnya..

Namun sinar cahaya akhirnya datang padaku.. (cewah) .. sorang cikgu practical ni namanya Rani.. Lelaki dan Melayu.. unik kan? Sebab tu lah aku leh ingat walaupon dia ngajar 3 bulan je..masa tu form 3.. Dia asal graphic designer, ke animator gitu.. dia la antara semua cekgu PS yang betol-betol mengajar teknik-teknik melukis, bukan taw bagi topik suruh lukis je..Ada satu teknik guna poster colour dia baru ajar, excited giler aku, 1st task dia bagi suruh lukis poster promoting local fruits…dah kata poster memang kena ada tulisan la, aku excited la lukih buah-buahan,tulisan tu aku bantai pakai pen je, masa aku submit, dengan tidak sangkanya, lukisan aku dipuji beliau kat satu kelas, hamek kaw! http://www.emocutez.com

Puas ati aku, classmate2 yang selalu rasa depa da pandai melukis sebab selalu dapat A, tak reti apply pon teknik tu..wakakaka dapat aku ketawa riak dalam ati.. kat luar nampak cam malekat je muka innocent..ati busuk riak jahat tuhan je taw..hahaha..http://www.emocutez.com 


Dia puji kemain, macam presentation plak sambil tayang lukisan aku, cakap pandai guna kaler yang harmoni, background,shading dan cahaya yang kena, padahal masa tu aku tak paham sangat pon apa dia cerita..haha.. Lepas da puji baru dia tengok nama dan panggil, dia nak tengok sape, aku pon angkatla tangan, sayala budak teror tersebut..http://www.emocutez.comDengan serta merta dia kritik tulisanku~~ 

Dari kecik lagi aku suka melukis, benda pertama aku buat masa pegang pen ialah menconteng, of course la, takkan tetiba je da reti tulis ABC kan? Kalau macam tu dah masuk TV dah la aku…Tapi dari menconteng aku dapat develop melukis orang, dari orang lidi sampai orang berisi.. Pantang dapat pen dan kertas, melukis je la..ada je cerita lam pala otak aku, macam komik la..

Sejak pada tu aku sedar hobi aku melukis…Lukisan aku tak komik sangat, selalunya kurus-kurus ja..Lebih kepada fashion illustration nye style ah..aku lukis orang gemok pon tak cukup gemok..memang aneroxic je lukisan aku..Dan aku suka lukis perempuan, lukis potrait Awie pon kalau tak taruk jambang dan misai, orang leh ingat aku lukis Rosnah Mat Aris..(huh?)
Ini dan bawah ni adalah salah dua dari contoh lukisan aku..

Proposal freelance once upon a time in china..

Jadi daripada minat, aku dah leh pasang cita-cita..cam dah nampak hala tuju hidup (konon).. dah tak bomba-bomba dah aih.. realistik sket…Diinspirasikan oleh Cikgu Rani, aku pasang cita-cita nak jadi graphic designer atau animator.. tapi bila musim SPM, cikgu-cikgu penasihat aku cakap graphic designer susah cari makan, sebab bidang tu sape-sape pon leh buat, tak cukup strong.. oleh sebab aku ambil Lukisan Kejuruteraan.. cikgu aku cakap aku lebih berpotensi jadi arkitek.. Masukla aku matrik dalam jurusan Architectural and Environmental Design…

Projek-projek masa matrik aku sangat fun, enjoying it, but hell tiring nak mati, tido tak cukup, penah stay up sampai pagi pi kelas tak mandi (anak dara pa nih!) Dasat oo..sebab masa belajar foundation ni dia nak semua belajar hand drawing, semua manual,benda paling basic fundamental, kenal butter paper? Tracing paper? Pen pelbagai saiz tip tu? Colour lagi..poster color, pelaka, canvas bagai.. A1?? Mati mati.. tu tak masuk buat model lagi, scale model pon da cukup mati, real-size nye model? Tapi fun tak tercakap la..bila ingat balik,actually proud to tell people, I experienced it..survived it..enjoyed it (memasing ada minat and experience memasing, aku tak penah experience bedah-bedah binatang atau invent robot,so Im not saying that Im the coolest living thing ok!)
By that time, that phase of my life, I was imagining myself as an architect in the future.. Berangan nak mampus,bermimpi bagai.. tapi bila nak dekat final, masa kena pilih nak buat degree apa, I changed my mind.. ahaks~~~http://www.emocutez.com

Demikian tadi adalah impian, hobi dan cita-cita..semua orang pernah rasa..tapi sejauh mana semua ni possible eh? Kita boleh plan je la..usaha..tapi bukan kita yang tentukan..Kadang-kadang kalau kita seorang yang impulsive, boleh je change our mind in the very last minute..Sometime we regret it, but looking back at all those things, they really actually happen for a reason..HE knows it best..

Tak semua hobi boleh jadi cita-cita, tak semua hobi can help u earn a living.. Bukan senang nak dapat cakap “I love my job”.. serius.. sesape yang dapat cakap camtu wa memang dengkila sama lu.. Sebab tak semua benda kita suka buat akan jadi career kita, kalau betul jadi, samaada lambat atau sekejap je,pastu jadi hell balik.. Macam sekarang aku masih in pursuit of my dream job, which changes from times to times.. cepat rasa bosan dengan keje, tu memang a good obvious sign that says “ur not born for it”.. or just “u r too picky, ungrateful and love to make excuses”.. huhu.. which one? I just go with the flow…http://www.emocutez.com

Kalau semua orang memilih keje nak yang dorang suka buat je kan, takde la fish n chip, sapo nak jadi nelayan tangkap ikan? Mancing tu lain bro..jangan melawan! http://www.emocutez.com

But u cant never quit..or replay..

My skill in drawing pon seems to fade away, I was supposed to develop it rite? Dah semakin tua ni sepatutnya semakin otai, drawing mesti gempak gila, tapi terbalik plak, bila keje bidang lain ni, jari-jemariku semakin keras..huhu..shame on me..jelus tengok skill bebudak kat youtube camni..


Power kan? Power sepower powernyer.. huhu..

Akhir kata,selalunya yang dapat mengecapi cita-cita yang diidamkan tu anak orang berada la.. Parents da kaya raya, lu nak apa lu sebut ja semua bereh.. takpon lu tak yah pikir nak bayar bil rumah lu n parents lu sebab parents boleh kasi settle..so yang kaya semakin kaya dan bahagia..Kalau parents tak kaya, lepas graduate kena take care of parents and siblings, lu cuma boleh pikir nak survive je..minat hobi cita-cita semua masuk lombong mehhh..

Yang tak kaya da kerepot-kerepot tertonggang tongeng menebal muka, baru dapatla kot mengecapi cita-cita dia tu.. Kalau tak kaya tak mencapai impian dikatanya tak cukup usaha.. dah? kau nak dia jual body untuk dapat financial support ke? Lu ingat bank baik sangat nak bagi loan semudah itu..klu mudah, ahlong tak leh cari makan la weh.. http://www.emocutez.com 

Ohh realiti macam citer industan.. Impianku Ferrari..realitimu Viva…


1 comment:

  1. Dulu, masa kecik2 Gua bercita-cita nak jadi F1 Driver..Tapi bila masuk sekolah Menengah baru Gua sedar yg cita2 Gua tu hanya mampu dimilika oleh anak2 Millionaire mcm Alex Young atau Si Fairuz anak tokey MOFAZ.

    So, Gua tukar cita-cita nak jadi Indiana Jones. Ahli arkeologi. Gua dapat sambung buat BA(Hons) di USM dalam bidang Sejarah dan ada jugaklah belajar arkeologi sikit2. Tapi disebabkan Gua hidup di Malaysia, yg mana ia adalah sebuah negara yg tak nampak akan signifikannya Arkeologi, maka tak ke mana lah Ijazah Gua dalam bidang tu.

    Gua pernah juga mahu merantau ke Luar.Angan2 nak pi Egypt. Jadi Kuli batak salah sorang pakar arkeologi kat sana pun Gua dah puas hati.Tapi biasalah, sebagai anak jati Melayu Kampung, menjaga ibu-bapa itu adalah satu perkara pertama yg harus Gua fikir dari fikirkan ttg diri Gua dulu.

    Dan sekarang ni ...Gua sedang meneruskan hidup Gua, mencari duit utk makan nasik sebagai seorang ahli akademik sepenuh masa dan KUTU separuh masa.

    Actaully, apa yg Gua nak cakap, Post Lu ni, memberikan Gua second thought ttg apa yg Gua buat sekarang ni ... :)

    ReplyDelete

U can comment down below