Wednesday, July 11, 2012

Sudahla Jatuh, Ditimpa pula Tangga

Bunyi tajuk dah sedih, malang bertimpa-timpa..Itulah keadaanku sekarang..tah apa silapku..dugaan..http://www.emocutez.com
Opocot..
Entry aku yang pasal sejarah handphone aku, dah cukup clear menunjukkan dasatla cabaran dan dogaan dalam hidupku, tu baru phone bro, belum gua cerita benda lain lagi..http://www.emocutez.com

Handphone gua yang gua baru pakai tak sampai setahun tu dah kena lenyek ngan kereta..ni rupa beliau sekarang..

Tadaaa..sungguh kasihan beliau..
So sekarang gua berbalik kepada meminjam handphone tak terpakai milik bapak gua..Nak repair cam tak berbaloi sampai RM350 (untuk reference lu tengok sini )..takut dah repair kang de masalah lain, nak beli lagi phone mahal-mahal camni sayang plak sebab takut rosak lagi.. gua kan careless sket orangnyer..http://www.emocutez.com

Handphone ni hidup je lagi, display screen je 1/3 dah blank and touch screen pecah..tah apa mau bikin..gua taruk lam museum je la fon retak seribu gua nih..

Then boleh plak on the way ke kedai fon tu kereta gua kena langgar belakang, tapi naseb la si pelanggar tu bertanggunjawab, suruh antar kedai kawan dia nanti dia settle..Harap-harap okeh la..

Dah tu plak, baru gua bercita-cita nak tukar cover set motor gua sebab da buruk sangat (gua ada cerita dalam entry ni) Baru gua cucuk duit semalam, boleh plak hilang duit tu..amount tak payah mention, buat sakit jiwa je..http://www.emocutez.com

Fulus  datang dan pergi, dari Dia ia datang, Dia jugak boleh ambil balik..Dia sayang sangat kat aku la tu..



Nak tension sedih lelebih pon apa hal, duit boleh dicari, kot la mak ke adik beradik meninggal lain la kalau nak sedih-sedih..Janganlah cintai material sangat (cubaan memujuk hati nan lara haha)

Allah s.w.t ni maha adil..aku diuji macam ni, tapi aku banyak kawan yang bebaik dan family pon baik je la of course..http://www.emocutez.com

Aku actually baru je balik dari KL sebelum duit hilang tu, join event lari melari ni..

Sepeninggalan aku kat KL selama 3 hari 2 malam (cewah) kawan-kawan aku banyak nolong, tumpangkan aku rumah, kejap lagi tukar rumah lain, lepak ngan kawan lain, tidor umah kawan lain plak, belanja makan, tolong antar ke sana ke mari tanpa berkira..sayang betul kawan-kawan aku kat aku walaupon aku laser orangnyer..haha http://www.emocutez.com

Laser tapi hati baik gak taw (gua mamasuki bakul dan mengangkati diri sendiri, tak syak lagi!), sebab gua takde ngumpat-ngumpat ke back stabbing ke macam sesetengah orang yang depan cakap lembut kemain, teetaapiiiiiiii!!!!http://www.emocutez.com ~berdasarkan pengalaman bro..

Moral of the story, gua memang careless and serabai..bila la gua nak jadi pompuan ayu lemah lembuthttp://www.emocutez.com

Thursday, July 5, 2012

Gua Nampak Ganas tapi Gua Geli Cicak..

Source: email, to whoever wrote this, nice info, i'm just sharing..

Pic cicak real gua geli, pic tattoo design ni sudey~

Sunah : BUNUH cicak
Arab panggil wazgah, orang putih kate lizard...
Hukum bunuhnya: Sunat dan Sunnah..
Dalilnya:

1. Ummu Syarik telah berbincang dengan Nabi berkenaan dengan membunuh cicak ini..Nabi menyuruhnya membunuh cicak. (Bukhari dan MUslim)

2. Nabi s.a.w bersabda:

(أقتلوا الوزغة ولو في جوف الكعبة)
Maksudnya: Bunuhlah cicak walaupun dalam ka'bah.(HR Tobrani)
Sebab perlu dibunuh:

1. Nabi menyuruh supaya membunuh cicak dan memanggilnya sebagai Fuwaisqa (binatang kecil yang jahat). Baginda bersabda pada menyatakan sebabnya:

(كان ينفخ النار على إبراهيم)
Maksudnya: Cicak telah meniup api bagi api itu besar kepada Nabi Ibrahim. (HR Bukhario dan Muslim).

2. Pahala yang banyak bagi yang membunuh cicak. Nabi s.a.w bersabda:

(أن من قتلها في الأولى فله مئة حسنة وفي الثانية دون ذلك وفي الثالثة دون ذلك)
Maksudnya: Sesungguhnya sesiapa yang membunuhnya dengan sekali pukulan maka dia mendapat seratus pahala, sesiapa yang membunuhnya pada pukulan yang kedua dia mendapat kurang sikit (70 pahala) dan sesiapa membunuhnya dgn 3 pukulan maka dia mendapat kurang pahala dari yang lepas.

Imam 'Izzudin bin Abd Salam telah meyatakan sebab kapada banyaknya pahala pada pukulan pertama adalah kerana ia adalah ihsan ketika membunuh binatang; kerana ia mengurangkan kesakitan binatang. Nabi bersabda:

(إذا قتلتم فأحسنوا القتلة)
Maksudnya: Bila kamu membunuh hendaklah bersikap ihsan ketika membunuh.(Muslim).

Cara Hapuskan Cicak
Adakah anda suka jika hidup di kelilingi oleh cicak? Persoalannya, kenapa ada cicak di rumah? Jadi kali ini aku ingin berkongsi cara-cara menghapuskan cicak yang berada di rumah. Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya kongsi sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. Di bawah ini adalah cara menghapuskan cicak yang boleh anda cuba;
TIPS (1) MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI dan LIPAS.
TIPS (2)
Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya serangga dapat dikurangkan. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.
TIPS (3)
Bahan apa yang cicak takut atau tak suka? Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!! Cara-caranya adalah tumbuk 2 biji lada merah atau 4-5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.
TIPS (4)
Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor. Cara-caranya adalah basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Kulit telur jika termakan boleh tercekik. BAHAYA. JANGAN LALAI.
TIPS (5)
Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak. Caranya dengan menjaga kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA. JANGAN LALAI.
TIPS (6)
Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. Tapi kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu.


Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.
Akhir kata, semoga tips-tips serta cara menghapuskan cicak ini berkesan untuk anda dan silalah mencubanya di rumah masing-masing. Jika tak cuba kita tak akan tahu samaada cara-cara tersebut berkesan atau pun tidak.

P/S: Gua ni punya la geli cicak, sampai termimpi-mimpi kena kejar..dek kerana umah member sorang ni la, penuh cicak..Patutla,memang nampak pengotor pon beliau~