Tuesday, April 30, 2013

Aprilku Busan, ahh NOOBBS!

Ok April sudah berlalu tapi saya masih tak tahu apa mau taip (wah sopannya? sejak bilakah?)

Bulan ni busy pasang bendera sebab Pilihanraya Umum ke 13 akan berlangsung pada 5 Mei ini...tapi bukan aku lah yang pasang bendera pon, selalu tolong pasang kat rumah je tapi kali ni bapak aku da pasang sendiri..Bendera apa? Sendiri pikir la wei..

Aku ada jugak pusing-pusing area meriah kat Sik, area Hijau la of course, banyak hasil kreatif menjelang pilihanraya ni, tapi photo-photo itu masih belum di tanganku.. Nanti dah dapat aku upload..

Oleh kerana macam tak taw apa nak taip dalam entry ni sebab banyak sangat dalam kepala otak ni..gua rasa paling menarik gua nak share dalam bulan April ni ialah video Mat Lutfi.. untuk pengetahuan umum gua memang tangkap cintun dengan kepala otak dia.. Buah pemikiran dia yang dia share dalam video dia semuanya sebijik macam dalam kepala otak gua, ataupon kalau tak sebijik pon apa dia cakap sentiasa make sense di hati gua..Tapi gua tidakla sepandai beliau..

Bagi yang nak mengundi, lu bukalah minda tu sebesar-besarnya, buang perasaan taksub takjub aljunub (watehel?) .. Jangan jadikan kecendurangan politik anda tu datangnya dari famili or keturunan (orang cakap iman pon tak dapat diwarisi)  tapi datanglah ia dari akal pikiran, mata kepala yang boleh tengok sendiri, dan buat judgement based on apa perkara asas agama (atau pendidikan moral kot la ada bukan Islam baca) yang anda belajar time sekolah dulu..Kalau belajar sejarah ka ekonomi ka lagi bagus, boleh relate..tapi ingat, kena buka minda dulu..Kalau dah taksub, apa yang dipelajari apa yang dilihat semua pon tak laku, orang putih panggil "living in denial" gituw.. Dan buang pemikiran pentingkan diri, "asal anda OK boleh bernafas, jiran nak makan nasi lauk garam sampai cucu cicit pon takpe"..sebab back to basic learnt at school, life is not just about you, because you are not living alone by yourself on this earth, we live in a community, ummah..Put yourself in other people's shoes as well..see things in different perspective..Kita bukan hidup nomad tiada negara tiada asal usul, kita ada negara, hidup bermasyarakat ada sistem ada undang-undang..So kita wajiblah tolong menolong, concern pasal orang lain, bukan pikir diri sendiri je dapat projek orang lain naseb la..

Marilah jadi NOOBS sebentar...



UNDILAH DENGAN BIJAK!! Jangan undi ke arah negara lingkup (yakni maksiat digalakkan, budaya samseng, perkauman, kroni dan penyelewengan, fitnah dan kelucahan, you know exactly what i mean..) Sekian, selamat mengundi yaw~

Thursday, April 4, 2013

Festival Muzik Dunia Pulau Pinang

Bapak pelik giler bunyi dalam bahasa Melayu..hohoho..

Pada 30-31 March 2013 telah berlangsungnya festival yang dipanggil Penang World Music Festival, di Botanical Garden, Penang. Aku excited nak pergi lepas baca iklan dia dalam awal bulan Februari..Tapi biasalah sebagai orang yang single kawan berjuta tapi terlalu berjuta pon susah gak, gua nak pergi enjoy benda camni dalam company yang kecik..3-4 tu tahan la, tapi berdua lebih baik (bak kata kembar aku Acha Septriasa)..Maka aku ajak la one of my geng sepelarian tu sebab dia yang paling sekepala dan gila-gila ngan aku nih..Aku warning dia jangan cerita kat sape-sape nanti dorang nak follow plak hahaha keji~http://www.emocutez.com

Beliau memang excited dah terus setuju dan bank in duit suruh aku beli terus tiket. Aku pon excited menghitung hari nak pi henjoy world music ni kan..

Akan tetapi malangnya beliau terpaksa kensel last minit dek kerana kawannya kahwin..tapi beliau menyesal gak kerana wedding tersebut katanya tak best sebab dia asyik kena bahan wakaka..aku pon torture la beliau, tu la kau mengecewakan hati kanak-kanak riang ini...http://www.emocutez.com

Rugi habaq ang bila aku dapat pergi lewat..dapat tengok 3 band je dari 12 band yang perform..adeh..Sebabnya gua ajak kawan-kawan yang busy..Mula tu dah ajak sorang ni yang gegila gak tapi laki a, dia pon kensel on the day before, cis..so dengan gelabahnya gua ajak orang lain..last minute ajak huh susah a kan..Kita hanya merancang ye dop~

Best woo..Gua suka layan lagu-lagu cenggitu tambah kalau live kan, tapi yang gua tak gemarnye biasalah benda-benda cenggitu ade je la yang mabuk merokok bagai..huhu..rimas betol..mat salleh minah salleh buka-buka baju sebab global warming kan..tapi..tapi..tapi saya suci~~ http://www.emocutez.com


Sebab pergi pon dah malam (gua dapat pergi dengan memaksa seorang member ni datang dari jauh untuk menemani gua hahahaha gua hebat bukan?!) gambar pon tak banyak la..camera phone gua yang Samsung tu memang suck gila (Sony gua kan da arwah).

So gua sertakan sekali gambar-gambar cilok secara halal dari sumber lain...

Bukti pembelian
Ni gua snap masa finale, closing dah..gua je makhluk bertudung yang tinggal, yang lain dah balik buat tahajud

Ni gua ambik kat Facebook rasmi mereka

Gua missed performance ni huhu

Menghayati habes bai!http://www.emocutez.com
Gua sempat tengok band Akasha (Malaysia, weh mat salleh dari Brickfields nyanyi lagu Poei Pekan Blues Gang hoho) ,Dende and the Band (Brazil) dan Saharadja (Indonesia, ada dua aweks, sorang Hungarian yang sepatutnya ganas tapi ayu je gesek violin, sorang lagi Malay bapak hot!) Terkilan gua tak dapat tengok yang lain specially dari Jepun, Turki dan Portugal..http://www.emocutez.com


Sekian untuk maklumat lanjut dan photo yang lebih menarik, sila la nyemakkan page Facebook mereka di Penang World Music Festival.  Next year punya 12-13 April 2014. See you there bebeh!

Balik ngenjoy gua pekena briyani kapitan siot..rosak diet gua!