Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Monday, January 11, 2016

The Day the Earth Stood Still....


KUALA LUMPUR: PAS secara rasmi mengeluarkan arahan melarang ahli parti itu membabitkan diri atau bekerjasama dalam sebarang program atau kegiatan anjuran Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP di semua peringkat. Arahan itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Jumaat lalu. Surat pekeliling mengenainya juga sudah diedarkan kepada PAS negeri dan sayap peringkat pusat untuk disampaikan kepada ahli akar umbi. Surat pekeliling ditandatangani Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, menyebut ketetapan itu dibuat demi memelihara keutuhan dan perpaduan parti serta mengelakkan pelanggaran Perlembagaan dan arahan parti. Mesyuarat Jumaat lalu itu membincangkan isu berkaitan pembabitan ahli PAS dalam program dan kegiatan parti politik lain khususnya PAN dan DAP. Keputusan itu dipercayai merujuk kepada pembabitan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa yang juga bekas Naib Presiden PAS dalam majlis makan malam anjuran PAN Kelantan yang turut dihadiri pimpinan sekutu Pakatan Harapan pada 1 Januari lalu sebelum menyertai majlis DAP di Johor pada keesokannya. Mesyuarat itu juga memutuskan ahli PAS perlu mendapatkan kebenaran Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum menghadiri sebarang jemputan program, aktiviti atau seumpamanya daripada mana-mana parti politik lain selain PAN dan DAP. -Berita Harian Online.

Ini bukan blog politik...dan perkara di atas bukanlah benda yang baru aku tahu, tetapi dengan keluarnya surat itu, baru aku yakin....segala desas desus yang kedengaran sebelum ini telah diconfirmkan! ohhh!

Arwah yang disegani, dihormati..


Dan apakah ideologi Islam? Apakah cara penyampaian dakwah Islam dan penyebaran agama Islam?

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam buku Tazkirah; Melihat Kiamat dari Jendela Al-Quran mengemukakan, apabila ulama yang bertakwa wafat, berarti terangkat ilmu disebabkan Allah SWT tidak mendatangkan penggantinya. Demikian pula dengan terangkatnya ayat-ayat Al-Quran ke langit. Allah SWT akan mengangkat ayat serta surat Al-Quran bukan saja dengan hilangnya ayat-ayat itu dari mushaf. Namun dengan segala ayat-ayat yang terekam di dalam hati manusia juga akan hilang. Apabila mereka yang hafidz (hafal) Al-Quran sudah lupa dengan segala surat-surat yang dihafalnya, berarti Allah SWT telah mengangkat Al-Quran dari dada manusia.- sumber 
Salah satu sifat yang harus kita hindarkan untuk memperolehi jalan kebenaran dan tidak menegakkan benang yang basah ialah sifat fanatik terhadap pegangan mazhab, kumpulan, negara atau guru-gurunya. Sifat fanatik dan berkelompok hanya akan menjadikan orang yang berbeza pendapat tidak mahu berganjak dari pandangannya. Apa yang mereka lakukan bukanlah semata-mata kerana Allah Taala tetapi disebabkan faktor-faktor lain.- sumber

Adakalanya di dalam perbincangan untuk mendapatkan kebenaran akan terjadi perselisihan dan pertelagahan, maka di waktu itu hendaklah kedua belah pihak menyedari bahawa perpaduan dan persaudaraan itu lebih diutamakan dari perpecahan. - sumber

Perhatikanlah kata-kata Dr Yusuf al-Qardhawi mengenai perkara ini: "Para pendakwah dan pengamal Islam mestilah menjadikan matlamat mereka kepada kesatuan, keserasian, mengumpulkan hati-hati mereka dan merapatkan barisan mereka. Mereka mesti menjauhkan diri dari perbezaan dan perpecahan serta semua perkara yang memecah-belahkan jamaah dan merosakkan kesatuan yang terdiri dari permusuhan yang zahir mahupun kebencian yang batin. Juga semua perkara yang membawa kepada kerosakan hubungan sesama sendiri yang hanya akan melemahkan umat. Tiada yang setanding dengan agama Islam dalam mengajak kepada persaudaraan. Persaudaraan ini nampak jelas dengan kesatuan, keserasian dan saling tolong-menolong. Agama Islam juga unggul dalam melarang daripada perpecahan, perselisihan dan permusuhan. Semuanya termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah" (as-Sahwah al-Islamiyyah 27) -  sumber
Tidaklah aku langsung menyokong musuh Islam, mahupon DAP, tapi... seperti provokasi murahan oleh pelucah gila publisiti iaitu Alvin Tan, kita tidak perlu melayan golongan-golongan ini selagi ia tidak mengancam keselamatan kita.. anggaplah ibarat anjing kecil menyalak tanpa henti, menggigit pon tidak mampu, so, why bother why bother why bother?

Sedih...




Tuesday, April 30, 2013

Aprilku Busan, ahh NOOBBS!

Ok April sudah berlalu tapi saya masih tak tahu apa mau taip (wah sopannya? sejak bilakah?)

Bulan ni busy pasang bendera sebab Pilihanraya Umum ke 13 akan berlangsung pada 5 Mei ini...tapi bukan aku lah yang pasang bendera pon, selalu tolong pasang kat rumah je tapi kali ni bapak aku da pasang sendiri..Bendera apa? Sendiri pikir la wei..

Aku ada jugak pusing-pusing area meriah kat Sik, area Hijau la of course, banyak hasil kreatif menjelang pilihanraya ni, tapi photo-photo itu masih belum di tanganku.. Nanti dah dapat aku upload..

Oleh kerana macam tak taw apa nak taip dalam entry ni sebab banyak sangat dalam kepala otak ni..gua rasa paling menarik gua nak share dalam bulan April ni ialah video Mat Lutfi.. untuk pengetahuan umum gua memang tangkap cintun dengan kepala otak dia.. Buah pemikiran dia yang dia share dalam video dia semuanya sebijik macam dalam kepala otak gua, ataupon kalau tak sebijik pon apa dia cakap sentiasa make sense di hati gua..Tapi gua tidakla sepandai beliau..

Bagi yang nak mengundi, lu bukalah minda tu sebesar-besarnya, buang perasaan taksub takjub aljunub (watehel?) .. Jangan jadikan kecendurangan politik anda tu datangnya dari famili or keturunan (orang cakap iman pon tak dapat diwarisi)  tapi datanglah ia dari akal pikiran, mata kepala yang boleh tengok sendiri, dan buat judgement based on apa perkara asas agama (atau pendidikan moral kot la ada bukan Islam baca) yang anda belajar time sekolah dulu..Kalau belajar sejarah ka ekonomi ka lagi bagus, boleh relate..tapi ingat, kena buka minda dulu..Kalau dah taksub, apa yang dipelajari apa yang dilihat semua pon tak laku, orang putih panggil "living in denial" gituw.. Dan buang pemikiran pentingkan diri, "asal anda OK boleh bernafas, jiran nak makan nasi lauk garam sampai cucu cicit pon takpe"..sebab back to basic learnt at school, life is not just about you, because you are not living alone by yourself on this earth, we live in a community, ummah..Put yourself in other people's shoes as well..see things in different perspective..Kita bukan hidup nomad tiada negara tiada asal usul, kita ada negara, hidup bermasyarakat ada sistem ada undang-undang..So kita wajiblah tolong menolong, concern pasal orang lain, bukan pikir diri sendiri je dapat projek orang lain naseb la..

Marilah jadi NOOBS sebentar...



UNDILAH DENGAN BIJAK!! Jangan undi ke arah negara lingkup (yakni maksiat digalakkan, budaya samseng, perkauman, kroni dan penyelewengan, fitnah dan kelucahan, you know exactly what i mean..) Sekian, selamat mengundi yaw~