Thursday, April 23, 2020

Apa Boleh Buat Sempena Terkurung dalam Rumah waktu PKP ni?

As salam..dan salam sejahtera..salam PKP.. salam terkurung..salam dari jauh sebab dah lama tak berlari n hiking..because it's corona time!


So what can u do while being lock up in ur home safely? 

Before we jump to that, basic things to take care of ourselfves. 

First, ingatlah masa itu emas tapi sebenarnya lagi mahal dari emas sebab emas boleh lagi beli beberapa gram tapi masa tak boleh beli so jangan buang masa dengan benda tak berfaedah (rasa hipokrit plak taip benda ni..hmmm). 

Second, jangan mendekati depression or kemurungan, so buatlah benda yang anda suka, enjoy, fun, di samping berfaedah supaya mood anda lifted, takla lepas buat tu stress ke. I got my own little brother  (not so little) main game asyik marah seorangan diri macam stressed gila je, kenapa buat aktiviti macam tu? Entahlah..hanya gamer tahu i guess.. 

Thirdly, selain mental health, body pon kena healthy, try la to incorporate a lot of walking in ur home, kalau tak suka exercise pon kan. Kalau jenis suka dengar lagu joget-jogetlah, sambil masak ke mop rumah ke. Kalau ada fitness band/tracker, try set 5000-10k steps per day. Sihat dah tu, tak hari-hari pon 4-5 hari seminggu. Kalau kaki workout macam aku, u dont need my advise lah, just keep consistently doing what u do. 

Fourthly, makan la benda sihat lebih sikit..walaupon lately aku asyik makan megi sebab stress buat amendment thesis so jadi tak lalu makan benda lain, dont follow this. Makan la nasi dan sayur yang banyak, berserta ayam dan ikan atau telur. Tapi makanlah bila lapar, berhenti before kenyang. Simpan stok untuk sepanjang tahun because this PKP not gonna end that soon. U should know why.

So let's start..ini just my suggestion lah korang boleh ikut, kalau bosan-bosan. Ikutkan nak buat video (i kan da ada youtube channel kahkah, tapi sendu je) tapi disebabkan busy, so tulis ni je la..maka inilah cadangan saya dari apa yang saya lihat kawan-kawan saya dan celebrity atau tokoh yang saya follow atau random strangers on the net.

1) Budayakan membaca. Membaca jambatan ilmu. Lebih banyak membaca, lebih berpengetahuan, lebih bijak. Boleh baca buku, e-book, blog atau article berilmiah, tentang sejarah, politik, tamadun dunia, falsafah, agama atau kisah fiction. Bacalah apa yang anda minat. Baca terjemahan al Quran yakni bertadabur lagi la hebat..



2) Belajar skill baru. Selain memasak, banyak lagi skill lain. Kawan aku baru whatsapp saya 2 malam lepas tanya tentang tips tanam rumput sebab aku pernah keja sementara sebagai pekebun lepas habis master tengah tunggu nak sambung PhD. So dia cerita PKP ni dia cadang nak mencantikkan landscape rumah dia la. Sangat productive. So korang pon boleh la try berkebun ke, berkraftangan, menjahit ke..boleh belajar online je.


3) Sambung belajar, kat Harvard!
Ya.. Harvard ada offer online course percuma, so sila ambil kesempatan ini. Dah graduate boleh bagitau kat orang, "I belajar benda ni kat Harvard..online (part ni slow sikit)". I am not lying. Pergilah site dia kat siniMaybe universiti lain ada jugak, korang boleh search sendiri. Satu lagi universiti yang offer ialah Stanford , klik sini Best kan?


4) Join webinar atau usrah online
Ceramah agama saja kat youtube pon banyak, tapi lagi best kalau join webinar yang ada interaction. Boleh berdiskusi. Share pengalaman, pemahaman. Dari segi ilmiah dan akademik, hingga la ke islamik seperti usrah online. Bagi yang agak berilmu, boleh initiate sendiri ajak kawan-kawan atau ahli keluarga yang berjauhan untuk berkumpul berbincang ilmiah atau islamik iaitu usrah online, tips untuk mulakan klik di sini.




5) Diet dan workout. Inilah masanya untuk korang capai target korang yang dah lama terkubur. Banyak faktor dan alasan dulu kan, busy keje, tak sempat workout, nak diet tak boleh sebab asyik ikut kawan makan, peer pressure gitu, tak sempat masak clean eating, beli makan kat luar banyak gula dan garam. So now it's the time. Tak payah pon bazir duit ikut mana-mana coach online kalau tak mampu, banyak apps and website free boleh follow. Nak workout tiru pon banyak video free kat youtube. Contoh website free yang aku guna since 2008 untuk kuruskan badan ialah SparkPeople. Gi buat akaun n set target segala n follow tips dia. Atas diri sendiri je.

Me after PKP be like.. gitu~




Lastly..sempena Ramadhan yang akan tiba esok, banyak-banyakkan beribadah dan selamat beramal. Semoga coronavirus lenyap dari bumi, barulah kita boleh hidup seperti dulu balik. Ingatlah, walaupon kes semakin berkurangan dan mungkin nanti jadi zero cases, negara jiran sekeliling kita seperti Indonesia, Singapore, mahupon negara tak berjiran seperti US dan UK masih mencatat kes yang tinggi dan vaccine untuk coronavirus masih belum ditemui, maknanya kita masih tidak boleh kembali seperti dulu. Raya kali ni walaupon dah habis PKP, kita tak boleh beraya luar dari kawasan kita iaitu lebih 10km, atau ke rumah bukan saudara dekat kita. Berayalah dengan saudara yang masih serumah dengan korang cukuplah. Aku bernasib baik balik kampung 3 hari sebelum PKP diumumkan. So stuck la aku di sini safely with my parents and brother. The other siblings maybe tak jumpa even di hari raya nanti. Bertabahlah for the greater good.



AND STOP RACISM! TABLIGHS ARE NOT THE SPREADER. (MALAYSIAN) CHINESE IS NOT THE SOURCE OF THE VIRUS! AND INDIAN HERBS MIGHT HELP TO KEEP U AWAY FROM THE VIRUS! All the other races in Malaysia, we should keep on fighting this. Stay home stay safe, jangan susahkan lagi all the frontliners.




No comments:

Post a Comment

U can comment down below