Monday, December 15, 2014

Saya yang Macho

Miahahahaha tajuk penuh confident..well it's mind over body, if u know what i mean...

U tell ur body what u want to be, it shall obey
Aku ada pengakuan, sebenarnya aku pernah gemok. Tidaklah bermakna sekarang aku kurus seperti Taylor Swift atau Emma Maembong tapi slimlah berbanding zaman kata adjektif "gemok" itu sering digunakan untuk menggambarkan rupa fizikalku....

Aku gemuk kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapaku, tapi itu tak bermakna mereka yang bersalah! Akulah yang bersalah kerana lemah melawan nafsu makan yang macam naga lapar atau godzila jumpa sushi, pantang dioffer pastiku sambar dengan begitu lahap sekali..miaahahaha betapa buruknya gambaran ini... photo 68_zpsjy4hngcs.gif sebab tu tadak boipren sampai lani

Tapi takdelah lama mana berlanjutannya zaman kegemilangan lemakku itu. Mula gemok nak dekat SPM, start masuk matrik, digesa dek homesick dan penjimatan wang makanan sendiri, ditambah pula bosan dengan cafe sedia ada serta peraturan ketat matrik yang susah nak lepak luar tu menyebabkan gua secara tanpa sedar kehilangan dalam 5-8kg. Thorbaek~ Then baru gua ada kesedaran untuk kawal pemakanan gua, takde lah strict, tak mampulah minah kuat makan ni nak diet-diet, kawal pemakanan yakni gua makan bila lapar dan tidak makan sampai kenyang (maksudnya masa gemok dulu makan selagi ada makanan depan mata, bukan pasal lapar pon haha).

Aku beli buku yang motivate pemakanan sihat sebab again, i'm not the strict-dieting type. Dan banyak minum air kosong, bagi kenyang dan buang toksin badan, punyalah pi toilet tak payah cerita laaa~

Lepas turun lagi dalam 5kg, baru aku start workout indoor, sebab masih tak konfiden nak lari-lari loncat di khalayak ramai (gua pemalu orangnyer). Lepas lost lagi 3kg badan dah rasa aktif baru aku berjinak dalam sukan jogging (sukankah itu?). Sejak pada itu aku rasa suka jogging,i love it! Suka perasaan berlari tengok  benda sekeliling berlalu sambil lari tu, angin yang kena kat muka, sambil pasang lagu layan perasaan.. Justeru aku menanam impian nak jadi dedicated runner tapi sampai ke sudah tadakla dedicated mana..ceh~

Selain dari itu aku suka main dumbell (1kg and 2kg each) , kettlebell (5kg je baru ada), yoga, pilates body combat dan zumba.

Manusia ni terdiri dari pelbagai body type dan body type aku setelah dikenalpasti adalah mesomorph, rujuk gambar di bawah:
So technically gua macho la...

Aku explain sikit dalam bahasa ibunda kita:
  • Ectomorph: kurus, tadak lemak sangat, nampak panjang kalau tak tinggi pon, otot pon sikit-sikit. Susah nak ternak lemak sebab metabolism tinggi (dream of all women in the world, oh no not all, i know a few thin women who are so jealous of my body because they can't put on weight)
  • Mesomorph: gagah athletic,otot yang senang nampak, lemak senang ternak senang bakar tapi kena berusaha la jugak nak bakar, aku ni sebelum menguruskan badan bukan kaki bersukan sangat, tapi masa gemok pon ada 2-3 orang ingat aku swimmer wakil sekolah sebab bahu aku yang nampak gagah secara semulajadi ni. So bayangkan setelah sekarang aku kaki workout..oh gagahnya sayer  photo 46_zpsbhol7ypf.gif bajet~~
  • Endomorph: Senang gemok, nampak lembik..selalu nampak bulat macam bola..ini bukan penghinaan,ini description...thank god aku bukan yang ni, aku tak sanggup, aku memang suka aku nampak gagah, sebab tu aku tak begitu gemar bila orang cakap aku comel, aku rasa aku nampak bulat dan lembik.. tapi tu personal preference, ada orang memang sesuai comel dan bulat, contoh Adele dan Enot.
Disebabkan aku ni mesomorph, aku kenalah rajin workout,kalau tak otot aku tu akan terlindung dek lemak dan aku akan nampak macam hulk yang obese.

Kalau korang ni nak kuruskan badan an an an, kenalah tahu jenis badan korang, pastu boleh kira kat sini. Body type ni sebenarnya penting untuk menyedarkan anda tentang kerealistikan goal anda. Kalau dah frame besar tapi nak jugak berat Emma Maembong yang mungkin dalam 42kg je tu, memang mustahil la jawabnya. Macam aku, 50kg pon aku boleh nampak macam orang sakit sebab aku jenis frame besar, berat tulang, berat otot lagi. Ideal weight aku dalam 55-64kg. Tapi time aku 65kg pon orang ingat aku 55kg camtu, sebab senang nampak tulang temulang, tak nampak bulat sangat.
Aku tanak sekurus ini..

Untuk specific lagi body type anda, wanita khususnya, check this out:


Aku antara rectangle ngan hourglass

Untuk membantu anda memilih outfit bersesuaian dengan body type, lawat sini dan sini. Tapi pandai-pandailah korang tutup aurat eh, kang kena bakar dalam neraka kang, it's too late to apologize~~
Berapa banyak lemak anda..
Atas tu pic untuk anda identify berapa banyak lemak anda ternak. Secara sihat dan cunnya aku target dalam 25% ke 30%. Nak muscular macam kat atas-atas tu memang tak dapek la, strict gila, garam gula kalori semua kena amek kira sebab workout macam mana pon, yang menentukan ke-muscular-an atau kegemukan kita adalah makanan.. it's 20% gym and 80% from kitchen.



Itulah antara sebab utama aku tak bebetol macho muscular sebab aku kuat makan, kalau kuat workout pon tidak begitu berguna.. photo rabbit-emoticon-012_zps1cu22fk4.gif

Idaman..maka haruslah..


Untuk mengakhiri blog ni, dalam gua berusaha men-fit-kan badan sebab badan yang sihat adalah rezeki dan amanah dari Allah, dan ingatlah sihat sebelum sakit, gua menyeru anda semua supaya menjaga kesihatan yang merupakan rezeki ini dari awal, dari muda-muda (kalau anda tua sekalipon, selagi belum mati ni) sila aktifkan diri, kawal pemakanan, rasa sedap makanan tu lekat beberapa minit je kat mulut, dah masuk badan dia bawak penderitaan je kalau tak berjaga-jaga. Dan rakyat Malaysia dah terbukti bermasaalah obese dan diabetes sebab masakan harian Malaysian memang tak agak-agak kolestrol tinggi,lemak karbohidrat bagai. Marilah kita mengubah demi generasi kita yang akan datang ok!
Sumber sini

Malaysia is ranked sixth in the Asia-Pacific region for obesity and tops the list in South-East Asia for both obesity and diabetes,” stated Prof Dr.Mohd Ismail Noor,the president of Malaysian Society for the Study of Obesity, during a press interview.-Healthworks

Ingat yew!

Yang penting istiqomah

0 comments:

Post a Comment

Bacalah walaupon senyap-senyap..Thanks kalau sudi komen