Monday, December 29, 2014

Banjir dan Manusia yang berhati tidak wangi


Banjir dan jumlah mangsa

Bermula dari 15 December..sumber
Tapi tak masuk TV sangat, sebab bukan kes liwat mungkin~ sumber
27 Dec
"Banjir di Kelantan semakin meruncing apabila jumlah mangsa kini mencecah 81,925 orang manakala keadaan di Kedah semakin pulih setakat tengah Sabtu.
"..di TERENGGANU, 35,246 penduduk melibatkan 6,750 keluarga masih berada di pusat pemindahan."- sumber

28 Dec
"Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 93,407 orang pagi ini berbanding lebih 80,000 semalam, manakala di Terengganu, Pahang dan Perak tidak banyak berubah.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 33,601 mangsa setakat 8 pagi ini berbanding 33,643 di sembilan daerah malam tadi."

Di TERENGGANU, jumlah mangsa menurun kepada 33,990 pagi ini berbanding 34,709 malam tadi di kawasan terjejas banjir termasuk Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut."-sumber

Tindakan kerajaan
"Kerajaan masih dapat mengawal keadaan, setakat ini kerajaan tidak perlu membuat perintah-perintah tertentu, misalnya mengambil harta persendirian untuk dijadikan pusat pemindahan.

"Seperti kata Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), kalau tidak isytihar darurat banjir, kita masih perlu selamatkan mangsa, kalau isytihar pun sama juga, jadi saya rasa kalau tidak perlu, tak payah isytihar darurat," katanya."- sumber

Belum darurat lagi..
The aftermath,hmm.. sumber
"Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan segera berjumlah RM50 juta untuk negeri dilanda banjir."-sumber

"Pasukan sukarelawan yang membantu menyediakan makanan dan minuman kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI), Kelantan berkata mereka 'diarahkan keluar' oleh seorang guru yang dikenali sebagai Zuraini Ariffin, kerana mendakwa tugas tersebut bakal digantikan pihak lain. Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, arahan tersebut dikeluarkan oleh seorang guru sekolah itu. "..pihak sekolah mempunyai kuasa utk menghalang orang luar dari berada dlm kawasan sekolah tambah-tambah lagi bila ada arahan politik dari orang atas".-sumber

"TNB telah menggunakan 70 set janakuasa berkapasiti antara 500 kW hingga 1,000 kW untuk membekalkan elektrik ke negeri-negeri yang teruk dilanda banjir setakat jam 8 pagi ini. 45 set janakuasa tersebut kini berada di Pahang, 19 di Terengganu, lima di Perak dan satu di Kelantan (SATU DI KELANTAN), kata Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2), Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB) Abdul Aziz Abdul Majid, yang juga merangkap Ketua Koordinator Pengurusan Banjir TNB."-sumber
Bantuan khemah yang sempat diprint logo, tapi lokasi tak pasti di mana, di Kelantan kah? hmmm~ sumber

Al fatihah..
PM terhormat melawat kawasan yang paling teruk kena banjir...screenshot dari Utusan Online

"Last night alone, we saw eight houses swept away…our homes are gone," she told Bernama. More than 90,000 have been evacuated due to floods in Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis and Perak. At least 30,000 were evacuated from homes in Kelantan, but Channel News Asia reported that many refuse to leave fearing looting. Acting Prime Minister Muhyiddin Yassin said a state of emergency will not be called as rescue efforts are already underway. Prime Minister Najib Abdul Razak is on year-end vacation in Hawaii, but said he is keeping tabs on the situation via phone calls to Muhyiddin. - M'kini
Dapatkah anda kesan mereka yang berhati tidak wangi itu? Gambar PM main golf dan TPM meninjau dari helikopter tidak perlulah diletakkan, manakala TGNA..eh dia bukan MB Kelantan lagi..ok sekian, semoga mereka yang berhati tidak wangi, menggilai kuasa, mahu namanya dihebohkan bila beri bantuan dan nak mengambil kesempatan ke atas musibah banjir dan terhadap mangsa-mangsa ini didoakan bertaubat atau diberi pembalasan yang selayaknya sehingga mereka bertaubat sekaligus menjadi iktibar untuk orang lain yang berniat nak bertanduk jugak tu...

 
Bukan setakat pemimpin je, tetapi sesiapa yang diberi amanah untuk menguruskan sesuatu organisasi, harta atau aset, dana bantuan dan sebagainya..
Kalau takut diri tak mampu jadi pemimpin yang amanah, jangan gatal nak try.Bila kuasa di tangan orang senang lupa diri..
 
 
 

No comments:

Post a Comment

U can comment down below