Monday, October 21, 2013

Sekujur Tubuh Lelaki Tinggi itu

...disebaliknya ego yang sama tinggi...
Dan ego lelaki adalah lebih tinggi dari skyscrappers...
Gua tak paham la lelaki, sesetengah la kot tapi dengan malangnya bahagian yang unpreferable sesetengah tu la yang gua keep bumping into..the other half yang baik-baik most of the time already belongs to other lucky girls..dem if i cud..

Tapi antara semua yang gua tak paham, sekujur tubuh lelaki tinggi ni yang paling gua pelik..Ok gua akui kawan-kawan gua banyak yang kisah jauh lebih tragik dari gua, seperti kekasih yang bercinta bagai nak rak bertahun-tahun, plan nak kawen bagai last-last laki tu kawen pompuan lain, putus cinta hancur berkecai hati kurus badan bagai dibueknya..lagi dasat bila nak kawen boleh sibuk pulun nak jemput kawan gua yang di-dumped olehnya, dafuq kan?

Dah tu bukan takat situ je ke-asshole-an lelaki-lelaki ini, boleh plak lepas da kawen tu dek kerana bosan ke gaduh/merajuk ngan bini, dok cari balik kawan-kawan aku yang malang ni, konon alasan nak kawan la, nak keep in touch la, nak ngadu masalah la, nak ambil berat la etc. I mean, I know fews guy friends of mine yang kena treated this way dengan exGF dorang dan dorang rasa jijik, tak suka la kan, so secara normal, lelaki yang waras tak buat macam tu sebab sendiri kena pon tak suka, kan?

Tapi kisah gua takde setragis itu, cuma annoying and disgusting lebih kurang sama la...Masa mula kenal ok la kiteorang takdela bercinta pon, tapi "sekujur tubuh tinggi" tu jugak la yang pulun nak berkenalan, berbulan-bulan punya drag..then dah kenal ok la, dia menunjukkan kegentlemanannya..but im not that impressed because i have different preferences, physically he just got height, and JUST THAT ( u should get what i mean)

Then at one time both got busy, actually dia yang dok buat-buat busy so malas la nak buat kawan pon kan, satgi dia perasan gua dok terhegeh-hegeh nak kat dia plak kan..Dah dia diam terus, beberapa bulan pastu time tu gua bosan, tah cane teringat nak tegor dia tanya apacer kan, masa tu gua da dilanda kemurungan disebabkan stress keje gua, so gua nak kacau orang je la randomly. Dia boleh buat busy layan tak layan,reply ayat nak poyo je, memang hilang terus la lakonan kegentlemanannnya yang boleh menang Oscar masa awal-awal kenal dia dulu..gua pon macam laa hampeh gila mamat ni, bajet artis ke atau bajet gua tangkap cintan ngan dia? Pahal la kan...

So ok lah gua pon tak kacau dah la kan, dah berbulan lepas tu, tetiba leh message gua, jemput gi kenduri kawen dia, gua dahla delete nombot dia, seb baik la dia letak pic muka dia kan, so gua taw sape..Tapi gua terkejut dan kehairanan la, apahal nak jemput gua? Gua bukan kawan lu sangat pon,lu tak layan gua kot dulu..da lost contact da buang kawan, sekarang nak sebok main jemput aku,ke memang dia jenis jemput je sape-sape..ke?? So motif jemput gua yang lu dah lost contact ni? Nak tayang bini ke nak show off dia dapat kawen dulu?

Kalau gua "gentleman" mesti gua reply,
 "Oh ye ke tahniah semoga berkekalan, In-sya-Allah datang.."

Tapi please la bai, I'm no angel..Sejak bila gua hipokrit? Tade masa gua nak pura-pura jaga hati mamat yang tak reti jaga hati gua ni kan..So gua pon reply dengan penuh keikhlasan sampai dia menyampah dan berambus..So kalau ni cerita drama tv ke apa ke, penonton patutnya bereaksi "padan muka dia, kena sebijik..." Kalau penonton tak pathetic la kan hahahaha

So tujuan gua tetiba write entry mengarut ni adalah kerana kawan-kawan gua yang malang tu tengah dok share pasal benda ni kat group Whatsapp, gua nak try bayangkan perasaan dorang, mesti sedih serabut sakit hati..sebab gua tak pernah kena, so gua pikir-pikir paling terhampir sama-dengan kisah dorang ni ialah kisah gua dengan sekujur tubuh lelaki tinggi itu..hanya tubuh je la..hati , jiwa dan otak tiada...

that's a tall zombie..

Wednesday, October 9, 2013

Ujibakat Pengacara Jemputan Nona

Tajuk adalah propa..sekian...
 

So it is October already bebeh, feeling so freaking old..

Sorry September, gua tak update pape plak, banyak idea akan tetapi tah la..bila ngadap PC klik new post idea tak mari plak, huahuahaha

Ok nak share sket je, gua baru lepas gi interview untuk jadi penerbit rancangan gred B41. Asal pusat kat Penang dah dulu dok Penang, tapi untuk sementara waktu ni ai ada di Kuala Lumpur y'all, tahun depan tak tahu lagi di mana..(yeke tak tahu? haha)

Ada dua hari dia buat, sebab ada dua sesi, Amali dan Menulis..

Amali tu maksudnya lu kena la beramal, ahaks..maksudnya lu kena tunjuk bakat sikit. Dia bagi kertas soalan ada 2, kertas 1 lu baca je dengan clear dan fefeeling pembaca berita nasional, ada 2 text bahasa Melayu dan bahasa penjajah iaitu Inggeris..

Kertas 2 tu ada 2 text lu kena buat,lu kena olah-olah sikit soalan pertama tu, then soalan kedua dia bagi kes or situasi dengan point-point sikit, ada 5 pilihan, lu pilih satu je, karang cecantik dalam bahasa penjajah. Kedua-dua text ni lu kena baca dengan penuh kewibawaan dan style ala-ala Mariamah Tijo.. kalau korang kenal la kan, beliau legend ok!

Marimah Tijo (bukan nama sebenar)
Tips aku nak bagi (ewah macam hebat nak bagi-bagi tips kan, gua share dari kesilapan dan pemerhatian gua je, mulia tak?) ialah, korang takyah gugup-gugup nervousa hervousa bagai, rilek-rilek and enjoy je, best pe buat-buat poyo baca teks dalam konti (bilik je, dengan cermin dan mic dan speaker, panel ada kat bilik sebelah di belakang cermin).

Aku kurang ngerti kenapa bebudak lain macam gugup gelabah gile, aku selalu sangat kot gi interview, benda ni nama je temuduga, takde la temuduga mana, ujibakat je kot sepatutnya dipanggil.. Oleh kerana dorang kebanyakannya bercakap dan beramas mesra sesama dorang dengan berkongsi perasaan nervous dorang, aku memilih untuk tidak beramas mesra sekali sebab aku ni sebegitu vulnerable, cepat berjangkit ion-ion negatif; maka sementara aku masih tak nervous dan berpikiran positif ni baik aku maintain je, kang klu join dorang aku pon jadi gabra semacam plak (gabra tu memang dah sedia ada sikit-sikit da, tak perlu tambah-tambah).. Akibatnya gua memang nampak sombong dan kerek dalam group tersebut..apakan daya..

Aku sorang je la colourful ye dok? kahkahkah
Tip satu lagi, untuk kertas dua yang kena karang text then baca, nasihat gua focus la kat soalan 2, sebab olah-olah text bahasa Melayu (soalan pertama) tu tak payah la tulis balik the whole text, just pangkah slash atas text asal, tambah dan tulis ayat kat atas dia sudahla. Sebab ramai budak pi pulun karang soalan pertama, akibatnya soalan kedua yang kena karang dalam bahasa Inggeris tu banyak yang tak sempat. Rugi la kan..

Tu sesi amali, kedua ialah ujian bertulis, macam ujian PTD..

Tapi ujian bertulis jawatan ni tak sesusah PTD la,dia buat hari lain, 2 minggu selepas sesi amali..Tak susah tapi klu lemah ilmu pengetahuan susah jugak la. Soalan dia banyak tanya pasal sejarah RTM, rancangan-rancangan RTM, tagline dan misi la ape la, selebriti kelahiran RTM. Ada juga sket soalan yang menyentuh pasal negara, yang ala-ala soalan PTD tu. So lu kena la study sket-sket...

Dalam sesi bertulis ni ada 3 bahagian, yang pertama yang ala PTD tu, kedua karangan,dan ketiga menterjemah text dari bahasa Arab ke bahasa Jepun ahahahaha percaya sangat~! BM-BI, BI-BM..faham kan "morse code" ni?

Lenguh sungguh jari ini di saat hujung-hujung penghabisan masa..tulisan pon dah macam doktor..berdoalah semoga pemeriksa rajin membaca kerana gua yakin isi karangan gua mantap (konfiden~)..rugi kalau lu tak baca wahai tuan pemeriksa..

Yang paling menarik kan,punya ramai dia interview, di segenap negara plak tu, setiap negeri, gua dapat tahu melalui telinga lintah umpama piring satelit astro gua ni dok ejas-ejas, dari candidates  yang sembang sesama mereka, bahawasanya RTM nak pakai 4 orang je..4 orang je bai................. hmmmmm apakah perasaan ku??

.....
So tawan-tawan titew, titew berdoa je la..semoga ada rezeki..kalau tak ada apakan daya..stuck kat private sector yang naahhhhhhhhhaaaaaaaaaaaiiiii ni~~