Monday, October 21, 2013

Sekujur Tubuh Lelaki Tinggi itu

...disebaliknya ego yang sama tinggi...
Dan ego lelaki adalah lebih tinggi dari skyscrappers...
Gua tak paham la lelaki, sesetengah la kot tapi dengan malangnya bahagian yang unpreferable sesetengah tu la yang gua keep bumping into..the other half yang baik-baik most of the time already belongs to other lucky girls..dem if i cud..

Tapi antara semua yang gua tak paham, sekujur tubuh lelaki tinggi ni yang paling gua pelik..Ok gua akui kawan-kawan gua banyak yang kisah jauh lebih tragik dari gua, seperti kekasih yang bercinta bagai nak rak bertahun-tahun, plan nak kawen bagai last-last laki tu kawen pompuan lain, putus cinta hancur berkecai hati kurus badan bagai dibueknya..lagi dasat bila nak kawen boleh sibuk pulun nak jemput kawan gua yang di-dumped olehnya, dafuq kan?

Dah tu bukan takat situ je ke-asshole-an lelaki-lelaki ini, boleh plak lepas da kawen tu dek kerana bosan ke gaduh/merajuk ngan bini, dok cari balik kawan-kawan aku yang malang ni, konon alasan nak kawan la, nak keep in touch la, nak ngadu masalah la, nak ambil berat la etc. I mean, I know fews guy friends of mine yang kena treated this way dengan exGF dorang dan dorang rasa jijik, tak suka la kan, so secara normal, lelaki yang waras tak buat macam tu sebab sendiri kena pon tak suka, kan?

Tapi kisah gua takde setragis itu, cuma annoying and disgusting lebih kurang sama la...Masa mula kenal ok la kiteorang takdela bercinta pon, tapi "sekujur tubuh tinggi" tu jugak la yang pulun nak berkenalan, berbulan-bulan punya drag..then dah kenal ok la, dia menunjukkan kegentlemanannya..but im not that impressed because i have different preferences, physically he just got height, and JUST THAT ( u should get what i mean)

Then at one time both got busy, actually dia yang dok buat-buat busy so malas la nak buat kawan pon kan, satgi dia perasan gua dok terhegeh-hegeh nak kat dia plak kan..Dah dia diam terus, beberapa bulan pastu time tu gua bosan, tah cane teringat nak tegor dia tanya apacer kan, masa tu gua da dilanda kemurungan disebabkan stress keje gua, so gua nak kacau orang je la randomly. Dia boleh buat busy layan tak layan,reply ayat nak poyo je, memang hilang terus la lakonan kegentlemanannnya yang boleh menang Oscar masa awal-awal kenal dia dulu..gua pon macam laa hampeh gila mamat ni, bajet artis ke atau bajet gua tangkap cintan ngan dia? Pahal la kan...

So ok lah gua pon tak kacau dah la kan, dah berbulan lepas tu, tetiba leh message gua, jemput gi kenduri kawen dia, gua dahla delete nombot dia, seb baik la dia letak pic muka dia kan, so gua taw sape..Tapi gua terkejut dan kehairanan la, apahal nak jemput gua? Gua bukan kawan lu sangat pon,lu tak layan gua kot dulu..da lost contact da buang kawan, sekarang nak sebok main jemput aku,ke memang dia jenis jemput je sape-sape..ke?? So motif jemput gua yang lu dah lost contact ni? Nak tayang bini ke nak show off dia dapat kawen dulu?

Kalau gua "gentleman" mesti gua reply,
 "Oh ye ke tahniah semoga berkekalan, In-sya-Allah datang.."

Tapi please la bai, I'm no angel..Sejak bila gua hipokrit? Tade masa gua nak pura-pura jaga hati mamat yang tak reti jaga hati gua ni kan..So gua pon reply dengan penuh keikhlasan sampai dia menyampah dan berambus..So kalau ni cerita drama tv ke apa ke, penonton patutnya bereaksi "padan muka dia, kena sebijik..." Kalau penonton tak pathetic la kan hahahaha

So tujuan gua tetiba write entry mengarut ni adalah kerana kawan-kawan gua yang malang tu tengah dok share pasal benda ni kat group Whatsapp, gua nak try bayangkan perasaan dorang, mesti sedih serabut sakit hati..sebab gua tak pernah kena, so gua pikir-pikir paling terhampir sama-dengan kisah dorang ni ialah kisah gua dengan sekujur tubuh lelaki tinggi itu..hanya tubuh je la..hati , jiwa dan otak tiada...

that's a tall zombie..

No comments:

Post a Comment

U can comment down below