Tajuk adalah propa..sekian...
So it is October already bebeh, feeling so freaking old..
Sorry September, gua tak update pape plak, banyak idea akan tetapi tah la..bila ngadap PC klik new post idea tak mari plak, huahuahaha
Ok nak share sket je, gua baru lepas gi interview untuk jadi penerbit rancangan gred B41. Asal pusat kat Penang dah dulu dok Penang, tapi untuk sementara waktu ni ai ada di Kuala Lumpur y'all, tahun depan tak tahu lagi di mana..(yeke tak tahu? haha)
Ada dua hari dia buat, sebab ada dua sesi, Amali dan Menulis..
Amali tu maksudnya lu kena la beramal, ahaks..maksudnya lu kena tunjuk bakat sikit. Dia bagi kertas soalan ada 2, kertas 1 lu baca je dengan clear dan fefeeling pembaca berita nasional, ada 2 text bahasa Melayu dan bahasa penjajah iaitu Inggeris..
Kertas 2 tu ada 2 text lu kena buat,lu kena olah-olah sikit soalan pertama tu, then soalan kedua dia bagi kes or situasi dengan point-point sikit, ada 5 pilihan, lu pilih satu je, karang cecantik dalam bahasa penjajah. Kedua-dua text ni lu kena baca dengan penuh kewibawaan dan style ala-ala Mariamah Tijo.. kalau korang kenal la kan, beliau legend ok!
Marimah Tijo (bukan nama sebenar) |
Aku kurang ngerti kenapa bebudak lain macam gugup gelabah gile, aku selalu sangat kot gi interview, benda ni nama je temuduga, takde la temuduga mana, ujibakat je kot sepatutnya dipanggil.. Oleh kerana dorang kebanyakannya bercakap dan beramas mesra sesama dorang dengan berkongsi perasaan nervous dorang, aku memilih untuk tidak beramas mesra sekali sebab aku ni sebegitu vulnerable, cepat berjangkit ion-ion negatif; maka sementara aku masih tak nervous dan berpikiran positif ni baik aku maintain je, kang klu join dorang aku pon jadi gabra semacam plak (gabra tu memang dah sedia ada sikit-sikit da, tak perlu tambah-tambah).. Akibatnya gua memang nampak sombong dan kerek dalam group tersebut..apakan daya..
Aku sorang je la colourful ye dok? kahkahkah |
Tu sesi amali, kedua ialah ujian bertulis, macam ujian PTD..
Tapi ujian bertulis jawatan ni tak sesusah PTD la,dia buat hari lain, 2 minggu selepas sesi amali..Tak susah tapi klu lemah ilmu pengetahuan susah jugak la. Soalan dia banyak tanya pasal sejarah RTM, rancangan-rancangan RTM, tagline dan misi la ape la, selebriti kelahiran RTM. Ada juga sket soalan yang menyentuh pasal negara, yang ala-ala soalan PTD tu. So lu kena la study sket-sket...
Dalam sesi bertulis ni ada 3 bahagian, yang pertama yang ala PTD tu, kedua karangan,dan ketiga menterjemah text dari bahasa Arab ke bahasa Jepun ahahahaha percaya sangat~! BM-BI, BI-BM..faham kan "morse code" ni?
Lenguh sungguh jari ini di saat hujung-hujung penghabisan masa..tulisan pon dah macam doktor..berdoalah semoga pemeriksa rajin membaca kerana gua yakin isi karangan gua mantap (konfiden~)..rugi kalau lu tak baca wahai tuan pemeriksa..
Yang paling menarik kan,punya ramai dia interview, di segenap negara plak tu, setiap negeri, gua dapat tahu melalui telinga lintah umpama piring satelit astro gua ni dok ejas-ejas, dari candidates yang sembang sesama mereka, bahawasanya RTM nak pakai 4 orang je..4 orang je bai................. hmmmmm apakah perasaan ku??
..... |
No comments:
Post a Comment
U can comment down below