THANK GOD I MADE THAT DECISION!!
Seperti yang aku post sebelum ini berkenaan banjir hebat di Kelantan dan pantai timur hujung tahun lepas yakni 2014, aku memang terasa dipanggil-panggil untuk berbakti kepada mangsa-mangsa di bumi itu..
Di saat aku tergolek-golek atas katil belek fon dengan badan yang sihat tanpa aktiviti, aku rasa rugi tak ke sana membanting tulang mengerah keringat membakar kalori dan mengutip point pahala sambil meringankan beban fizikal mangsa (yang dah sedia terbeban dari segi emosi dan mental) tapi entahlah, banyak halangan bila nak join mana-mana konvoi sukarelawan nak ke sana.. tak kenal orang lah, NGO konvoi tu nampak macam acuh tak acuh (ala-ala pelancong musibah)setakat mahu nama, atau konvoi yang hanya dipenuhi lelaki.
Demi Allah, betapa gembiranya aku di saat aku jeles-jeles tengok budak intern lagi sorang dalam department aku busy dengan event dinner dan program lain tapi aku left hanging without a real thing to do except extracting resume, bos aku tetiba panggil aku join satu meeting, then dia brief aku "we are doing a donation drive for the flood victims in Kelantan". Aku macam wow..at least there is something i can do for them, walaupon bukan ke sana dan berbakti (initially this was the plan), sebab aku memang boleh derma duit tapi banyak mana la student tak kaya macam aku boleh bagi, rasa tak cukup, sebab tu nak sumbang tenaga, sebab aku kaya tenaga. So this is the time, the chance i got, Allah heard my prayer, so aku excited.
Cerita dia agak menarik dan panjang dan sedikit kejam, sebab initially my bos said the donation drive is like killing two birds with one stone, or sambil menyelam minum air, menderma dan mendapat nama, publicity. So dari awalnya hanya nak buat kutipan derma dan salurkan ke badan NGO yang nak ke Kelantan, end up jadi bigger than that.Team jejaka-jejaka senior yang suggest and initiate the project ni memang dedicated dan bertekad untuk organize a trip importing volunteers to sumbangkan tenaga, so it's voluntary work and donation, 2 in 1, isn't that great? I feel like they were "manipulating" the company's resource for a good cause, and salute the way they play the game, they actually gamed my bos haha..they gamed me too of course, bcuz i'm in the same team with my bos but i was really hoping to go there so i was with them on that.
In every meeting i observed their dedication, commitment and determination in making the mission happen, a lot of time i was blur and clueless with their industrial jargon and terms, and workaround process which i of course understood none since i've been there only for a month. I must admit, aku bersangka buruk kat depa sebenarnya, aku sangkakan depa ni seronok nak pi sana jalan-jalan ja ni. Sebab a lot of time my bos was pissed off when they keep on insisting to run a trip there, i did my part too in influencing her when she asked me to call around and ask for NGO that we can tumpang our donation and in the same time get the publicity, i kept telling how the hell are we supposed to do that if we refused to put more effort? Orang bagi publicity dengan donation yang banyak so that nampak la dalam gambar masuk paper, sama ada jumlah bertulis RM yang banyak atas mock cheque or donation package berkotak-kotak dengan logo company atas kotak (u can learn that from IM4U, or bantuan muka PM Najib~). So it's kinda knock some sense to her jugak la slowly...
After a lot of struggles, dengan kuasa Allah, it happened. It friggin happened!!! It was so exciting..
First time sampai situ dan tengok keadaan sekeliling memang tergamam. Macam dalam movie, pasca perang, pasca ribut etc. So devastating. I don't have to put pictures here, u've seen enough, or u should if u haven't.
Pasukan volunteer ini sangat rajin, bersemangat, dedikasi tinggi masa menjalankan aktiviti pembersihan, aku sungguh kagum. Pertama sekali semestinya bermula dengan ketua misi, the coordinator who kept constantly reminding us to focus on our intention, who drive us to stay focus with our goal and objectives. Salute him. He planned way ahead and think way ahead of most people in the team. Nevertheless, the core team working with him are also great people. There were always great ideas brainstormed and questions critics to test the flaw of every plan. Sukarelawan yang join (staff jugak semestinya) pon dimotivate dengan kesungguhan ketua dan core team. Amazingly, one of the director, a Chinese guy, joined in, and guess what, dia punya excited dan semangat, boleh nangis tengok. Cute and touching. And because of him, we managed to make a second trip to the same place three weeks later. And i got to join AGAIN! Man, i'm so lucky...
Untuk trip kedua, kami tak guna saluran yang sama iaitu sekolah untuk mengedarkan barang derma. Atas dasar keraguan integriti yang di-highlight-kan oleh "pihak pengurusan", kami deal direct dengan penduduk kampung tersebut, di mana beliau adalah sorang cikgu tapi sekolah lain, yang jugak dedicated untuk tolong orang yang betul-betul memerlukan, dan melalui nasihat dan saranan beliau tentang wujudnya pemilihan mangsa berdasarkan pilih kasih, pilihanraya-style iaitu ikut parti politik, dan ikut dan, kami pon lebih memilih sket kali ni. Walaupon sebenarnya trip pertama lagi banyak barang donation, tapi yang dah lepas tu takleh nak buat apa dah...
Masa trip pertama time kami membersih sekolah, datanglah satu team lagi dari company oil and gas nasional malaysia datang jugak, lagi berkoyan-koyan. Yang lawaknya datang membawa alatan yang tak cukup, dengan selambe amek kami punya. Memula tu ingat atas tujuan baik iaitu nak membersihkan sekolah so takpala, yang tak bestnya bila datang 400 orang, yang buat kerja tu nampak macam 15 orang je, yang lain pegang-pegang je, tapi kelengkapan kami semua lesap. Kami ni 40 orang je noks... Patutlah ayat one of them kat aku berbunyi begini,"kalau ada glove lebih yang nampak stylo tu bagi la kami buat souvenir.."
Tapi depa sangat bijak, datang tanpa bawak kelengkapan membersih yang mencukupi, tapi satu kelengkapan yang sangat canggih dan berkuasa tinggi dibawaknya, iaitu kamera video gedabak, stok-stok syarikat produksi guna punya, kami ni rekod video pakai kamera fon ja....
Tidak cukup dengan itu, lepas pasukan glamorina ni makan tengahari berbungkus (kami tak beli bungkus,kami masak rewang ala kenduri, fresh on the spot, best bro!) , disepah-sepahnya bekas polistrin di sana sini dengan botol air mineral, aku nasib baik tak pegang fon je, kalau tak dah snap gambor dah kasi viral (then tuntut royalti minyak untuk Kelantan haha)...apa punya mentaliti daaa, harap keje je kat company gah~
Our boots and gloves used by them, not mentioning wheelbarrow, spade, scraper etc...great job! |
Ok kita lupakan kesakitan hati kita dengan hamba publisiti ni jap, yang penting, aku suka, teruja, bangga, gembira, kagum dengan seluruh pasukan sukarelawan sukahati yang aku join ni. They are the best bro..Aku harap one day aku jadi seseorang yang penting yang boleh drive a mission like this and become a great role model to the younger generation, just like how these senior gentlemen inspired me to be.
They truly don't care about publicity, name, profit whatsoever. Pure intention.
Nah pitchas kami!
1st trip, mission leader memberi kata-kata semangat. Notice all the package there? those are our kelengkapan membersih.. |
Yep, dan memang itu ja yang kami harapkan..balasan tuhan.. |
2nd trip punya..still datang bawak sendiri punya kelengkapan membersih..baru namanya datang buat kerja |
A day before the 1st trip, our proud pose when the mission was approved n ready to begin |
Tempat masak dan makan kami, di surau sekolah.. oh kami juga tidur dalam sekolah ni |
Scouting and distributing donation items di kampung sebelah iaitu Kemubu on our 2nd trip |
Selepas edar barang 1st round, we pose again as kenangan.. |
Bersama guru besar sekolah..hmmm |
Kami juga tolong bersihkan rumah belakang sekolah ni..nenek dan cucu je tinggal.. |
Some of the gentlemen.. |
Saat balik.. |
Director berjiwa rakyat, berkelulusan universiti Singapore, bekerja bertahun-tahun di US..humble human being.. |
No comments:
Post a Comment
U can comment down below