Sunday, August 5, 2012

Filem In Time dan Kehidupan di Malaysia

gua printscreen fb sasaorang..
Yup betul..jangan salah kan kementerian, depa bleh buat apa? depa takdak kuasa kot..kuasa semua di tangan rakyat..http://www.emocutez.com

Ok lah aku tanak citer pasal benda ni secara direct la , nanti kena attack lak ngan hang kebun, panglima ludah, penyokong panglima ludah dan sebagainya seolah-olah seperti blog gua ni blog politik plak kan http://www.emocutez.com

Gua cuma rasa gua leh relate dengan sebuah filem lakonan Justin Timberlake bertajuk In Time..
"For few to be immortal, many must die"
Here is the Wikipedia link for info
Dalam citer ni, manusia dah diubah genetik amende ntah untuk stop penuaan (tak tua-tua la jawabnye) start umur 25 tahun.. Nyawa dorang bergantung pada jumlah masa yang dorang ada di mana dorang leh nampak kat lengan dorang.Dan pada masa tu jugak masa yang ada kat dorang adalah duit dorang, untuk spend beli or bayar anything. So this is the extreme deep meaning of the expression "Time is Money".. Time is also their lives now..

The society dibahagikan kepada dua,...pertama orang-orang kaya (yang kebanyakan da tua,almaklumla depa ada beratus tahun dalam simpanan) yang kind of control the system..


Orang kaya tunjuk "best" sambil pakai kot semart-semart-Gambar hiasan

Kedua plak ialah working class, who has to just blindly and powerlessly adhere to the system..working class ni muda-muda ja, sebab kebanyakannya akan mati tak cukup masa dalam simpanan..

Working class plak yang kena kerja macam kuda padi-Gambar hiasan lagi..

The working class kena keje kat kilang setiap hari untuk mendapatkan gaji iaitu masa 1 hari (24 jam la) dan menggunakan setiap jam yang dorang ada tu untuk beli keperluan harian macam makanan (breakfast lunch semua, 3 jam untuk bayar secawan kopi, 2 jam untuk tambang bas, tapi kebanyakannya jalan kaki je untuk berjimat)

Setiap hari harga barang-barang dan tambang naik..semalam beli kopi 3 jam secawan, hari ni dah jadi 4 jam secawan, gaji dorang (yang berupa masa tu) tak naik pon, tapi kalau lambat ke ape ke kena potong (itulah yang berlaku kepada watak Justin)

Satu malam tu masa lepak kat bar, ada sorang laki kaya yang berumur 100 tahun lebih (tapi nampak muda la since depa stop penuaan pada umur 25 tahun) yang ada lebih seabad kat tangan dia (10 tahun = 1 dekad, 10 dekad=1 abad=100 tahun). Lalu ada lah geng perompak ni yang selalu merompak tapi tak penah kena tangkap oleh the Timekeeper (polis la) sebab perompak ni tak sentuh orang kaya, cuma orang miskin (sound familiar eh?) nak merompak si orang tua kaya ni..Disebabkan dia dari zon orang kaya tapi sesat ke zon orang miskin, Timekeeper takde disitu untuk tolong dia..Justin yang tolong selamatkan dia..

Lalu dia cerita kat Justin dia tak kisah mati sebab dia da tak larat nak hidup..Masa yang dia ada memang banyak, walaupon badan masih muda masih kuat, namun minda dan jiwa dia da tak larat..Lagipon dia rasa tak adil sistem ni..Justin pon pelik,orang tua tu explain, sebenarnya kami di zon kaya ni yang control the sistem dan merompak masa orang miskin, the whole thing (genetic alteration and everything) diciptakan supaya golongan kaya elite ni boleh hidup lama or they call immortal..orang kaya kan sentiasa nak hidup lama, nampak muda (tak tengok iklan? yang kosmetiknye, yang ubat-ubat kesihatannya)

So dia cakap "For few to be immortal, many must die".. "Few" ialah orang kaya (menteri-menteri,VIP, bussinesman) , "many" ialah orang yang bekerja (pekerja kilang,cleaner, cikgu, tukang masak, pembuat roti canai,).. dan ini diwarisi turun temurun lah..yang kaya semakin kaya, keturunan bawah pon dok kaya lagi, yang miskin terus miskin, tukang kasut selamanya hingga ke cucu cicit..

Kenapa diorang takkan boleh kaya? "Simpan arr sikit-sikit kumpul modal buat bisnes.." senang pakai tokak ko la bro! Kalau cost of living (kan aku cakap setiap hari kos meningkat, harga kopi pon naik, tambang bas pon naik) ko nak simpan celah mana?? By the time ko rasa ko cukup simpan, tetiba tak cukup lak nak beli beras kat famili ko, bocor simpanan ko..Dah tu bila nak dapat modal? Selamanya miskin la jawabnya bro..http://www.emocutez.com

Sekarang gua da cerita panjang-panjang ni kan, agak-agak kepala otak korang da boleh bukak tak? Kenapa cost of living keep increasing? Serius ke pihak kerajaan dan kementerian segala tu tak dapat control? They can't help us, the people? Is it true that all the blame should be put on the seller, the supplier etc? So apa fungsi kerajaan? Tengok je working class suffer? Bila complain korang keluar statement "Jangan salahkan kami"? That's it? http://www.emocutez.com


Ada lembu nak jagger...-Gambar hiasan lagi okeh? Gambar hiasan memang best..

P/s= gua baru lepas jumpa sorang member gua yang nak ajak gua join MLM, dia dan dia punya upline-upline tak habis-habis sebut camni,"kos sara diri makin meningkat, tahun ni RM4000 sebulan mungkin cukup, tapi 2020? Najib tetiap hari keluaq tv (ni fakta depa la aku pon tak taw, tutup tv je pon setiap kali keluaq muka Najib) dok kata rakyat kena berusaha dapatkan lebih dari 1 enjin, makna kata income source must be more than one, baru boleh survive.. kita kena rebut peluang dok ada.." bla bla bla air liur dijual, ko terima mentah-mentah je kan apa menteri kata, tanpa ko pikir or kaji kos sara diri kat UK or negara-negara luar, dibandingkan ngan Malaysia, barang naik itu naik, gaji tak naik, tapi pekerja asing masuk banyak, rakyat kita menganggur, gaji maid indon basic nak bagi RM700, warganegara sendiri basic ada yang RM300 ja, rumah kampung dilupuskan buat condo mahal-mahal, orang singapore orang arab yang beli, orang sendiri dok menyewa sarang merpati..sebab? kos hidup semakin meningkat..how come you don't see any of these?http://www.emocutez.com

Wednesday, July 11, 2012

Sudahla Jatuh, Ditimpa pula Tangga

Bunyi tajuk dah sedih, malang bertimpa-timpa..Itulah keadaanku sekarang..tah apa silapku..dugaan..http://www.emocutez.com
Opocot..
Entry aku yang pasal sejarah handphone aku, dah cukup clear menunjukkan dasatla cabaran dan dogaan dalam hidupku, tu baru phone bro, belum gua cerita benda lain lagi..http://www.emocutez.com

Handphone gua yang gua baru pakai tak sampai setahun tu dah kena lenyek ngan kereta..ni rupa beliau sekarang..

Tadaaa..sungguh kasihan beliau..
So sekarang gua berbalik kepada meminjam handphone tak terpakai milik bapak gua..Nak repair cam tak berbaloi sampai RM350 (untuk reference lu tengok sini )..takut dah repair kang de masalah lain, nak beli lagi phone mahal-mahal camni sayang plak sebab takut rosak lagi.. gua kan careless sket orangnyer..http://www.emocutez.com

Handphone ni hidup je lagi, display screen je 1/3 dah blank and touch screen pecah..tah apa mau bikin..gua taruk lam museum je la fon retak seribu gua nih..

Then boleh plak on the way ke kedai fon tu kereta gua kena langgar belakang, tapi naseb la si pelanggar tu bertanggunjawab, suruh antar kedai kawan dia nanti dia settle..Harap-harap okeh la..

Dah tu plak, baru gua bercita-cita nak tukar cover set motor gua sebab da buruk sangat (gua ada cerita dalam entry ni) Baru gua cucuk duit semalam, boleh plak hilang duit tu..amount tak payah mention, buat sakit jiwa je..http://www.emocutez.com

Fulus  datang dan pergi, dari Dia ia datang, Dia jugak boleh ambil balik..Dia sayang sangat kat aku la tu..



Nak tension sedih lelebih pon apa hal, duit boleh dicari, kot la mak ke adik beradik meninggal lain la kalau nak sedih-sedih..Janganlah cintai material sangat (cubaan memujuk hati nan lara haha)

Allah s.w.t ni maha adil..aku diuji macam ni, tapi aku banyak kawan yang bebaik dan family pon baik je la of course..http://www.emocutez.com

Aku actually baru je balik dari KL sebelum duit hilang tu, join event lari melari ni..

Sepeninggalan aku kat KL selama 3 hari 2 malam (cewah) kawan-kawan aku banyak nolong, tumpangkan aku rumah, kejap lagi tukar rumah lain, lepak ngan kawan lain, tidor umah kawan lain plak, belanja makan, tolong antar ke sana ke mari tanpa berkira..sayang betul kawan-kawan aku kat aku walaupon aku laser orangnyer..haha http://www.emocutez.com

Laser tapi hati baik gak taw (gua mamasuki bakul dan mengangkati diri sendiri, tak syak lagi!), sebab gua takde ngumpat-ngumpat ke back stabbing ke macam sesetengah orang yang depan cakap lembut kemain, teetaapiiiiiiii!!!!http://www.emocutez.com ~berdasarkan pengalaman bro..

Moral of the story, gua memang careless and serabai..bila la gua nak jadi pompuan ayu lemah lembuthttp://www.emocutez.com

Thursday, July 5, 2012

Gua Nampak Ganas tapi Gua Geli Cicak..

Source: email, to whoever wrote this, nice info, i'm just sharing..

Pic cicak real gua geli, pic tattoo design ni sudey~

Sunah : BUNUH cicak
Arab panggil wazgah, orang putih kate lizard...
Hukum bunuhnya: Sunat dan Sunnah..
Dalilnya:

1. Ummu Syarik telah berbincang dengan Nabi berkenaan dengan membunuh cicak ini..Nabi menyuruhnya membunuh cicak. (Bukhari dan MUslim)

2. Nabi s.a.w bersabda:

(أقتلوا الوزغة ولو في جوف الكعبة)
Maksudnya: Bunuhlah cicak walaupun dalam ka'bah.(HR Tobrani)
Sebab perlu dibunuh:

1. Nabi menyuruh supaya membunuh cicak dan memanggilnya sebagai Fuwaisqa (binatang kecil yang jahat). Baginda bersabda pada menyatakan sebabnya:

(كان ينفخ النار على إبراهيم)
Maksudnya: Cicak telah meniup api bagi api itu besar kepada Nabi Ibrahim. (HR Bukhario dan Muslim).

2. Pahala yang banyak bagi yang membunuh cicak. Nabi s.a.w bersabda:

(أن من قتلها في الأولى فله مئة حسنة وفي الثانية دون ذلك وفي الثالثة دون ذلك)
Maksudnya: Sesungguhnya sesiapa yang membunuhnya dengan sekali pukulan maka dia mendapat seratus pahala, sesiapa yang membunuhnya pada pukulan yang kedua dia mendapat kurang sikit (70 pahala) dan sesiapa membunuhnya dgn 3 pukulan maka dia mendapat kurang pahala dari yang lepas.

Imam 'Izzudin bin Abd Salam telah meyatakan sebab kapada banyaknya pahala pada pukulan pertama adalah kerana ia adalah ihsan ketika membunuh binatang; kerana ia mengurangkan kesakitan binatang. Nabi bersabda:

(إذا قتلتم فأحسنوا القتلة)
Maksudnya: Bila kamu membunuh hendaklah bersikap ihsan ketika membunuh.(Muslim).

Cara Hapuskan Cicak
Adakah anda suka jika hidup di kelilingi oleh cicak? Persoalannya, kenapa ada cicak di rumah? Jadi kali ini aku ingin berkongsi cara-cara menghapuskan cicak yang berada di rumah. Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya kongsi sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. Di bawah ini adalah cara menghapuskan cicak yang boleh anda cuba;
TIPS (1) MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI dan LIPAS.
TIPS (2)
Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya serangga dapat dikurangkan. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.
TIPS (3)
Bahan apa yang cicak takut atau tak suka? Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!! Cara-caranya adalah tumbuk 2 biji lada merah atau 4-5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.
TIPS (4)
Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor. Cara-caranya adalah basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Kulit telur jika termakan boleh tercekik. BAHAYA. JANGAN LALAI.
TIPS (5)
Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak. Caranya dengan menjaga kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA. JANGAN LALAI.
TIPS (6)
Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. Tapi kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu.


Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.
Akhir kata, semoga tips-tips serta cara menghapuskan cicak ini berkesan untuk anda dan silalah mencubanya di rumah masing-masing. Jika tak cuba kita tak akan tahu samaada cara-cara tersebut berkesan atau pun tidak.

P/S: Gua ni punya la geli cicak, sampai termimpi-mimpi kena kejar..dek kerana umah member sorang ni la, penuh cicak..Patutla,memang nampak pengotor pon beliau~

Saturday, June 16, 2012

You don't have to become a Saint to become Sane..beybeh!

Melihat kalendar lalu melihat kedua kalinya, dan melihat lagi..dan lagi..APAAA??

9Gag ajer~
Damn it's June!! Damn it damn damn dayummm! (aku terasa cool dow sebut "damn..", rasa sungguh Amarika~)
Damn June, u make me feel so old, but come on, I had stopped aging since last year..don't worry be happy..http://www.emocutez.com

Ok let us discuss about the topic of this entry..

Saint:
A saint is a holy person. In various religions, saints are people who are believed to have exceptional holiness. -Wiki-ed out at the one and only wicked Wikipedia.
Jadi gua rase ustaz tu boleh dikategorikan sebagai saint la dalam bahasa orang putih ni..

Sane:
Adjective:
(of a person) Of sound mind; not mad or mentally ill: "hard work kept me sane".
(of an undertaking or manner) Reasonable; sensible.
Makna kata orang yang leh berfikiran waras, leh bezakan antara buruk baik, berkelakuan siuman dan bertamadun..

Ho yeah, agak-agak y'all dah boleh nampak hala tuju tulisan ku ini? Kalau ya, lu ngan gua geng bro, soulmate gitu, jom lepak minum same~http://www.emocutez.com

Gua bagi satu contoh senario (gitu-gitu ok)..


Neelofa:         Beb, ko ni ayah ko baru meninggal, ko selamber katak je nak gi konsert la ape la, time-time cenggini baik ko dok umah berdoa, mengaji, sedekah al-Fatihah etc kat arwah ayah ko..Tudung pon tetiba dah on off plak skang..

Fazura:          Dah tu ko nak spesis apa kalau bukan katak? Salamander?? Ko nak aku berkabung je ke seumor hidup? Dalam Islam pon tak bagi umat-umat dia menangisi kematian lama-lama sangat, life must go on..Dan itu hal aku la nak pakai tudung ke tak ke, ko pon pakai je tudung, sembahyang takde a cukup, simpan je la nasihat tu kat ko sendiri..Ade hati nak basuh aku konon..

~amacam? Boleh gua apply jadi penulis skrip drama petang-petang?http://www.emocutez.com


Aku rasa banyak dah entry aku jumpa kat blog lain yang cakap pasal ungkapan tak releven ini yang berbunyik "ko ni bajet alim a nak tegor-tegor orang, cermin diri dulu aa!"

Bak kata Jai kat Malik dalam KL Gengster :

"Ko tak payah nak azankan aku ar..aku rasa ko lagi teruk dari aku, tak sesuai cakap camni.."
Muka memang mintak penyepak punyer..tapi gua suke dia bro,berlakon memang bukan sekadar tahap drama petang2~
Si "nenek-nenek" ni yang bila buat salah orang tegur, disebabkan dia memang buat salah,so takde idea nak sangkal balik , lalu diorang ni akan tunding jari balik kat orang yang tegur diorang.. Sampai bila dia nak terus buat salah? Ntah dia tahu ntah tak yang dia tengah buat salah, sebab tu orang tegor, tapi tak boleh terima, sebab ego ke? Sebab ape? Aku pon tak paham..

Bagi mangkuk-mangkuk ni, semua orang kena jadi ustaz or ustazah dulu baru leh tegur, camtu?
Ni komen kat entry tajuk Pelajar Genius Nur Amalina Berubah Kerana Kejutan Budaya? 

Cik Amalina ni pernah jadi feymes emes sebab dapat 17 A SPM suatu ketika dahulu.. So pongpang pongpang la dia share pasal tips and everything of her success lah.. Tetiba tahun ni jadi feymes emes lebih dari dulu sebab gambar-gambar terkini dia yang seksi lagi menyeksikan tersebar (takdelah tersebar, dia sendiri yang upload kat FB, bukan orang lain tolong upload, orang lain cuma tolong Save Image As dan upload balik untuk mengutuk je hehe)

Maka ramai la kan manusia prihatin (yang bebudak jahiliyah addresskan sebagai "ustaz/ustazah segera") menegur, membuat entry mengkritik/komen beliau akibat terkejut/terkesima dengan perubahan mengejut ni..Bebudak jahiliyah ni pulak berusahalah taip komen nak bekap si Amalina, sebagai contoh kat atas tu la.. Dipanggil "berusaha" sebab untuk menegakkan benang yang basah, aku yakin ia memerlukan usaha yang dasyat~~http://www.emocutez.com

Ok fine lah, yang tegur-tegur nasihat tu maybe bukan ustaz or ustazah or ulamak, tok imam  ke ape ke, so bebudak jahil ni tanak terima la kan.. Tapi bila seorang yang memang di-recognise-kan sebagai ustaz menegur, melatah jugak bebudak jahil ni..

Minah otak "lagging" ni melenting kat blog Imam Muda ...sumpah stress baca komen dia~ada jugak manusia camni!

Haa..dah ?? Ustaz tegur pon melenting, apa cer? itu ustaz kot weh, ko nak orang baik macamana lagi tegur ko? Malaikat? Malaikat Izrael la yang konfem datang melawat ko pun, ko, aku , dia dan semua~~ p/s:actually ustaz bukan tegur dia pon, dia tulis kat blog dia, yang minah tu terasa macam kena sembur depan-depan apa hal? haishhh *@&$*#~@ betul!

Ni komen kat video youtube Ustaz Kazim..biadab sungguh budak-budak sekarang..

Memula melenting bila orang tegur, sebab orang yang tegur tu tak cukup sempurna katanyer, tak cukup baik.. Dah tu yang baik (da dapat title ustaz weh, ko ada? bapak ko ada?) tegur ko takleh terima gak..Apa kejadahnye point ko ni weh?

Nak nasihat dan tegur orang, kalau nak tunggu orang betul-betul baik bebas dosa maksum macam nabi-nabi baru boleh tegur, memang tak de sape boleh nasihat sape-sape lah..Tah-tah perkataan "nasihat" pon tak wujud..Yang wujud perkataan "fitnah", "temberang", "auta-perkasa" dan sebagainya je la..Cikgu dok nasihat budak-budak jangan monteng pon tak leh sebab cikgu pon pernah ponteng muda-muda dulu.. Mak nak tegor anak jangan kencing malam (atas tilam) pon takleh sebab mak kecik-kecik pon penah buat..Polis tegur orang guna handphone masa drive pon takleh sebab mesti polis tu pernah buat jugak..Ishh apa pon tak boleh lah!http://www.emocutez.com

Video ni contoh nak tegur atau nasihat tak kena tempat..Dah la tahu maki je, yang paling tak leh blah diri sendiri lagi teruk trang tang tang...kalau camni korang nak melenting memang logik la..

Sebab tu gua nak tekankan, kalau ye pon lu tak cukup ilmu agama (macam gua ni la kan), jangan nak ego tak tentu pasal sangatlah, kalau da sah-sah salah, yang budak kecik tadika pon tahu salah, nak bekap diri sendiri pe lagi? Apa tah lagi kalau yang tegur tu orang-orang pandai, alim, lebih tahu.. Kalau sakit hati pon tak yah nak melenting maki balik dan cari kesalahan orang tu balik, yang menampakkan kebodohan kita je.. Seriously beb, kalau tak pakai ilmu agama pon, pakai otak yang waras, based on moral grounds and reasoning, u should be able to tell what's wrong what's right.. Sanity in you..gunakan lah your god-given sanity..
Ni komen pakai akal ke? Cakap baju tutup aurat tu MEMBOSANKAN??
Tengok dua komen dalam petak merah..like seriously bro? *Knock knock on those skulls* 
Okay this is not a politic blog or entry or anything..Tapi lu sendiri boleh tengok, mana betul mana salah di sisi agama..Maybe we are not perfect, maybe kita pernah sinned that way; salam peluk pegang bukan muhrim suatu ketika dahulu, but we know that what we did is sin..we don't show but that's not hypocrisy, we don't show cuz we regret it..we are ashamed of it, and we won't be doing it anymore..and it is between you and Him (your sin and secret).. If we did it openly, proudly, that is not just about us (individually) anymore..not just our own self, but the whole image of Islam is affected.. So there is no "kubur aku kubur aku lah.." Hey yang ko dah ngaku ko sama agama ngan aku, tapi tak follow tuntutan agama, memalukan agama aku, ko nak suruh aku senyap? Islam is taken as Ummah..ni Islam beb, bukan agama Ayah Pin..
In order to achieve unity of the Muslim Ummah as the essence of Muslim power and to prevent any adverse move against such unity, the Muslims should: 1) Adopt Hassanul Banna’s steps and modes of reforms, to wit: 1) To reform oneself, 2) To reform ones family, 3) To reform ones society, 4) To free the society from the colonialists, 5) To establish Islamic government, 6) To revive the Khilafat, and 7) To lead the world to the path of Allah s.w.t. -The Unity of Ummah as the Essence of Muslim Power
But the point here from the picture is actually, benda ni dah terang lagi bersuluh, boleh pulak the second highlighted comment cakap, siapalah kita untuk menilai..haaa??? We still got our sanity, we can evaluate this, our brain can compute this, we can surely reason this out..the system won't get crashed, this is not even a calculus questions..this is too simple to judge..http://www.emocutez.com
Tanak ditegor? takpe, sok mati guling-gulingkan mayatmu sendiri masuk lam kubur...
You don't have to become a saint to become sane.. ...Meet Uncle Hussein*tiba-tiba~
Lagi contoh orang buat salah nak bidas lalu gunakan alasan basi tak releven...Ahmad Idham ni boleh tahan mulut dia ni, banyak peminat sangat dah kot, sumber sini
You might want to check out this entry too..about how sinning become normal, making a preacher sounds wrong when preaching..

Tuesday, May 29, 2012

Manusia Sibuk Nak Jadi Patung

"Eh comey la awek ko ni..muka cam patung..."

Ohh cunnyerrr
"Orang betul ke ni weh? Ke patung je? Hehehe.."
Ohh blog aku dah jadi biru!
"Err orangla weh..dia sangat comel macam patung, cun giler..Mata bulat, hidung mancung kecik je, takde la besar kembang cam babun! Huduh giler a kalau muka tak cam patung..tak rela aku!"

Omong-omong jejaka yang mengidamkan awek comel macam patung..Muka jejaka tersebut?? Jeng jeng jeng..


Banyak kan lelaki camni? hahaha~ berdosakah aku berkata benar~
Bermulanya dari awek-awek bimbo Korea yang sanggup berbedah-plastik bagai nak nampak cam patung, (muka semua se-peshen je sampai aku tak boleh beza depa ni, yang lawaknya ada lelaki-lelaki yang sangkakan itu kecantikan asli).. Dan sekarang seluruh dunia sibuk nak jadi cantik dan comel macam patung..Barbie doll la itu la inilah..

Sebagai contoh si perempuan Ukranian ni,Valeria Lukyanova,21 tahun, asal memang model la, tinggi lampai (perempuan Russian dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya ni kan memang tinggi gila).. Sanggup gi buat major plastic surgery which is like 90% of her original figures diubah semata-mata nak jadi real life Barbie doll? How bizzare is that? (oh here I go, judging people, but hey, we are all judges, ain't we? if we don't judge, what are our brains and reasoning for, rite?)
Check out the before pictures of her here..not that bad either.. 
Masalah mental sungguh manusia-manusia seperti ini..kalau betul pon dia huduh gila macam dalam cerita Korea 100 Pound Beauty tu, demi dapat self-confident dan attention dari lelaki-lelaki jahanam yang shallow lalu dia buat plastic surgery,itu pon aku rasa sangat tak patut, apatah lagi la minah ni yang asalnya dah cun, sanggup pulak nak buat surgery nak bagi nampak macam patung..not enough attention, really?http://www.emocutez.com

Kita compare plak dengan seorang mamat Sweden nih, muka memang cam patung tapi tak perlu surgery..perlu mekap sikit la kot..how amazing? He looks like a pretty doll without needing to undergo any plastic surgery, but the only problem (problem ke?) he is a HE..means a boy..

this is not a "she"..nor a shemale..nor a drag queen..just something to do with VK..
Yohio (nama glamer je), 16 tahun (sebab tu muka sangat jambu), adalah lelaki Sweden yang obses dengan kejelitaannya, dan obses jugak dengan budaya Jepun selepas dia dapat tahu muka dia cam anime Jepun.. 
He then developed an interest in learning the language, and started reading Japanese blogs and following Japanese celebrities on Twitter.
After starting a Swedish Visual Kei band called Seremedy he was signed to Universal Music Japan and quickly developed a cult following because of his beauty.- news.com.au

You really have to check out the video (above).. Sure akan terbitnya perasaan semacam.. Haha..

Muka dia tanpa mekap..
Ini dia dan bandnyer..Seremedy..a VK band..

So moral cerita aku ni kan..Kita ni kenapakah perlu nak muka kita jadi cam patung? Atau mengagung-agungkan orang muka cam patung? Macam dalam website cerita pasal Yohio ni, diorang describe him as having a doll-like features, "doll-like"?? Bukan doll is created in the first place to look like human ke? If not they would look like alien ke, ayam ke unta ke..roti ke..

Kes Yohio ni takpe lagi, description jer diorang guna "doll-like", yang si Valeria tu lagi ape celop? Buat surgery semata-mata nak jadi "doll-like"? Who made the doll dude?? http://www.emocutez.com
Ruth Handler watched her daughter Barbara play with paper dolls, and noticed that she often enjoyed giving them adult roles. At the time, most children's toy dolls were representations of infants. Realizing that there could be a gap in the market, Handler suggested the idea of an adult-bodied doll to her husband Elliot, a co-founder of the Mattel toy company. He was unenthusiastic about the idea, as were Mattel's directors.-http://en.wikipedia.org/wiki/Barbie
Abeh kalau muka tak cam patung tak comey la ye? Sebenarnya orang yang buat patung ni, buat patung berdasarkan apa ye? Inspirasi untuk dia mereka(design) muka patung tu dari mana ye? Bukan manusia ke? Dah tu kenapa manusia sibuk-sibuk nak muka jadi macam patung pulak? Bukan patung tu yang diciptakan muka macam manusia ke? Mari kita renung-renungkan..http://www.emocutez.com

P/s: yang make up je untuk nampak cam patung tu tahan lagi la..asalkan dia mengaku dia make up, macam awek-awek dok buat tutorial bagai tu..gua rase itu ok lagi la kot..gua rase a..lu orang nak rase ape lu orang punye pasal la..hihi

Sources for your better understanding:

Thursday, April 26, 2012

Bezakah antara si Babi dan Kera dengan mereka yang Neutral dalam Politik?

Camne nak pendekkan tajuk? Aku nak jugak ada perkataan babi dan kera di situ~rasa macam nak letak, "si babi dan kera yang tak suka politik",tapi macam direct sangat plak kan..hahahaha


So lu pilih la bro, lu nak jadi babi dan kera ke, atau manusia yang tuhan bagi otak untuk berfikir, mentelaah, bukan bertaqlid..

Serius aku fed-up bercakap ngan orang yang konon berdiri atas pagar dalam banyak perkara yang serius di mana aku rasa dia perlu membuat keputusan...Di manakah pendirian kau sebagai seorang manusia? Sehina-hina manusia ialah manusia yang tak nak jadi manusia...Dia nak jadi macam haiwan, yang tak dikurniakan akal..sebab tu la dia memilih untuk tidak menggunakan akal untuk berfikir, menganalisa, mengambil tahu pon tidak, konon tanak pening..abah kau la bro!

Lu terlalu selesa menumpang atas tongkang hanyut, lu ingat sebab at least tongkang belum pecah, lu masih belum tenggelam, lu boleh duduk je dalam tongkang tu tanpa peduli tongkang tu tengah menuju ke mana..Lu tanak amek tau pon sebab lu terlalu selesa..selesa yang fana..

Selalu yang cakap nak neutral konon tanak amek tahu,benci politik bla bla bla, adalah si anak-anak kroni atau anak orang kaya la, sebab dia tak pernah rasa penangan jadi rakyat sebenar.. Kalau dia bukan antara kedua-dua jenis di atas, dia mungkin seorang butt-kisser a.k.a kaki kipas a.k.a pandai bodek a.k.a a person who can sell his/her soul to get what he/she wants..Memang la boleh survive, the fake plastic tree, betul ke salah asal ko senang ko sapu, halal haram pon tolak tepi..Kipas kipas..kipas lipas..

Baca blog entry ni...hayatilah:

Atas PAGAR Makan Budi


If you are neutral in situations of injustice, you have chosen the side of the oppressor. If an elephant has its foot on the tail of a mouse and you say that you are neutral, the mouse will not appreciate your neutrality. -Desmond Tutu-

Adele masa umur 21 tahun tulis lagu Hometown Glory ni pon dah sedar yang politik ni penting..
I like it in the city when two worlds collide
You get the people and the government
Everybody taking different sides

Shows that we ain't gonna stand shit
Shows that we are united
Shows that we ain't gonna take it
Shows that we ain't gonna stand shit
Shows that we are united-Adele

Show that you are not going to stand SHIT... Show that you actually care about your country and don't just swallow all the shit shoven into your mouth..Show that you have a brain and a heart..Show that you are not a robot or a pet..

p/s: Entry ni memang laser agak setahap Aidib Muaddib the legendary virtual hero tu..tapi cam biasa, ditujukan kepada yang makan cili lah, kalau lu tak makan cili, lu tak yah sebok-sebok nak rasa pedas, kalau lu memang makan cili, meh sini gua sumbat lagi!!

Sunday, April 22, 2012

Apa Orang Cakap Nanti??

" Eiiiii baju ni macam baju Kak Zu beli kat Giordano...dia jual RM35 je??? " Kak Zu (bukan nama sebenar) roomateku berkata-kata sambil melihat katalog baju yang di bawak kemari oleh rakanku, Zaibah (bukan nama sebenar jugak, tapi lebih kurang je ngan nama sebenar,haha)

" Haha, Kak Zu beli baju tu berapa ringgit?" Tanya Zaibah.

"RM90 lebih okey!! Tah pape tiru design Giordano..selamber je.." Kak Zu lagi..

"Haha tu la, pembelian bijak, RM35 dah leh dapat da.." Zaibah trolling in the deep..

"Hey tapi ni GIORDANO okeh...tak macam tu, company China mana tah.." Kak Zu balas..

"Ala... sape yang nak pi tengok selak dalam baju cari tag brand dia tuh..?? " Zaibah di ambang kemenangan..

"?!*&#%@$!!!!" Kak Zu speechless..


damn...9gag virus in my blog!

Kisah di atas adalah kisah benar, memang ada kena mengena dengan yang hidup,Alhamdulillah setahu aku dorang belum mati lagi (huh?). Zaman study dulu.

Apa ada dengan BRAND??

Ho yeah..brader, n sistah.. gua nak tanya lu..apa ada dengan brand? Kualiti? Lu kencing gua beb.. Keselesaan? Kencing lagi bro..Kepuasan? Hape kejadah bro.. Personal preferences? Pegi pakai lampin...
Show off? Bajet best? Nak tunjuk ada duit? High class? Johny Depp?? (?)
"Apa orang cakap nanti? Pakai baju "brandless", pasar malam brand,eiii.." Kan kan? Errr i come in peace...http://www.emocutez.com

Setengah tu nak impress orang.. Bila kita nak impress orang, makna kata kita buat sesuatu tu sebab orang lain, bukan untuk diri sendiri la kan? Takut orang lain kata apa-apaan plak kat kita ni..Betul dop?
"Hish malu gila, aku pakai Saga BLM je..member-member aku cikai-cikai pon pakai Honda City... Siot ah..tekanan tekanan!"
Persamaan Proton Saga BLM dan Honda City:
  1. Kedua-duanya adalah spesis kereta; ada 4 tayar, ada cermin tingkap depan belakang tepi, pintu,stereng etc.
  2. Minum dan makan petrol..RON 95 ke 97, tepuk poket tanyala nak yang mana..
  3. Boleh bergerak dari destinasi A ke B, nak terus ke Z pon boleh tade hal (alam barzakh ke Z tu?)
  4. Demam je bawak gi klinik (workshop), ubat-ubat mahal, kalau kena masuk wad lagi mahal..

Perbezaan:
  1. Saga nasional, City internasionaleeee..
  2. Saga pakai 3-4 bulan pertama rasa da kurang sedap. City macam sedap je bawak lepas 10 tahun pon..
  3. Saga; gaji lu RM2k da leh pakai. City ;gaji lu kena RM4k ke atas, kalau tak lu puasa sepanjang tahun..(kecuali mak pak lu bayar, jenis lu lain citer,gua malas nak layan)
  4. Saga nak tolak balik macam jual alat exercise gym (as besi lah) kat kedai besi buruk..City nak tolak balik pon sayang, kalau jual pon harga masih panas..

*gua sedar ada banyak detail pasal kereta ni yang lebih serious, specific, scientific, pacific antartic etc, namun begitu, sebagai blogger yang medium je tahap seriusnyer, gua tanak kesah~


Ok fine..tapi merujuk kepada ayat "Hish malu gila.." tu, adakah kerana sebab-sebab seperti yang dinyatakan di perbezaan tu? Jeng jeng jeng...

Sekali lagi..lebih kepada "apa orang cakap nanti.."

Untuk orang yang gila barang branded (dan suka show off), gua kasi Warren Buffett cerita sikit sama lu..silakan En Buffett:
My advice to young people: Stay away from credit cards and invest in yourself and Remember:
  • Money doesn't create man but it is the man who created money.
  • Live your life as simple as you are.
  • Don't do what others say, just listen to them, but do what you feel good.
  • Don't go on for brand name ; just wear those things in which u feel comfortable.
  • Don't waste your money on unnecessary things; just spend on them who really in need rather.
  • After all it's your life then why give chance to others to rule our life

Malu ar sikit, Warren Buffett yang kaya raya ni pon tak sebok kejar brand bagai~http://www.emocutez.com

Gua ni sewa bujang kat flat, tapi nama nak sedap dia letak "apartment" la... Gua kagum tengok kereta-kereta parking kat bawah ni, perghhh CRV lah, Inspira lah, Honda City lah, dan bermacam lagi la (gua malas nak jengok tingkap sambil taip ni..) Kemain kan? Tapi dok flat jer..Hmmm..

Kenapa manusia kesah apa orang cakap kan? Aku merujuk kepada benda-benda materialistik macam ni lah, bukan benda-benda yang menyentuh moral dan agama ok? Ada beza woo.. Kalau selamber katak je lu peluk cium partner lu, even da kahwin pon, di khalayak ramai, lu memang kena pikir la apa orang cakap..kalau lu tanak pikir, lu memang orang utan ar..

Aku ni gi keja naik motor je, skuter tahun 2006 kot, dah nampak cam antik da, terkopak sana sini..Kereta nasional kesayanganku itu disimpan je kat umah.

Gua kasi lukisan je dahla, malu nak tayang gambar sebenar
Why the because? Bayangkan, umah aku ngan tempat keja lebih kurang 3km je (gua da kira pakai Google apps ni). Time peak hours, kawasan kilang ni memang sendat ah, mane-mane lam dunia pon same je..Ditambah dengan traffic light, kekadang digantikan ngan polis trafik (azab weh kalau kita baru sampai tu la dia suruh benti, mau 10 minit tunggu). Kalau ride motor, lam 10-15 minit masa peak hour ni, kalau masa biasa lam 5 minit je..Kalau kereta? Leh mencecah 20-35 minit...tak campur pusing-pusing cari parking lagi..

Perghh simple math ni weh, kira tengok penjimatan masa yang aku dapat kalau naik motor je pi keje? Sebab tu aku jarang sekali naik kereta gi keje, hujan pon ku redah jua..kerana sesungguhnya diriku tidak suka berbaris, menunggu, membazirkan masa,minyak dan tenaga..Temperature aku pon cepat naik..

Yang menjadi isu nyer, ialah aku jenis suka pakai konon-konon stylo girlish aa..(macam rock,tapi lam hati ada taman beb) Kat tangan selain pakai jam, mesti nak taruk gelang ke, bangle ke, resin or leather wristband ke.. Kasut plak kaki aku ni da terbiasa pakai wedges, memang da tak layan kasut flat, nanti jalan rasa pelik, so naik motor pon pakai wedges..Outfit aku ke tempat kerja, kebiasaannya mesti dress (yang bunga-bunga tu) atau T-shirt ngan cardigan.. So imagine la kan, awek pakai wedges, gelang/bangle bagai, dengan dress bunga-bunga colourful, cardigan.. imagine eh berpakaian sebegini, sambil menunggang motor yang agak buruk...imagineee.. imaginee all the people..http://www.emocutez.com

Aku belum pon umur 30 tahun lagi ok, ni sekadar gambar hiasan...

Camni lah kot..source here
Yang ni lagila, pakai heels..tumit halus,gua pon failed! Tapi motor dia cun..source here

Jadi bila berenti kat traffic light, aku rasa cam orang ushar je (tak sure betul ke paranoid je haha) Aku ushar balik..Salah ke? Kalau betul pon gua tak mampu beli motor baru, takleh ke gua pakai lawa-lawa sambil naik motor buruk ni? http://www.emocutez.com

Motor aku serius buruk, body kaler da lusuh, calar balar asyik jatuh, depan dia cover terkopak, mud guard patah sikit.. Tapi gua bukan hina sangat nak pandang gua camtu bai..Gua ada je kereta kat umah..Kalau gua jenis risau apa orang cakap,konon nak jaga imej, mesti gua sanggup redah jem keluar awal pagi dan drive kereta, kan kan? Namun begitu, gua yamg tabah ni terus berpegang teguh dangan tagline yang famous sekarang ni, yakni.."Ader aqu qesah?"

Gua pakai vest atas cardigan pon orang tengok pelik, sebab berlapis-lapis kan.. Tapi cardigan gua pakai bawah tudung, so tudung gua akan terbang di kala gua memecut, jadi vest tu perlu dipakai atas tudung gua untuk mengelakkan adegan nampak leher dan rambut kat belakang tatkala angin meniup, kenapa lu orang nak ushar-ushar gua lagi? Gua ni dah la pemalu..http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Biar je lah aku yang kelihatan seperti fashionista (yang macam fashion disaster ni) atas motor buruk ku ini, asalkan aku bahagia,asalkan aku tak kacau orang lain (dengan menyebabkan kemalangan, macam mat rempit!) Aku sepatutnya tak heran kan? Duli apa cakap orang..Selain dari tu, sesekali ku rasa teringin jugak nak naik basikal gi tempat keje, sebagai exercise, tapi oleh kerana ini Malaysia..ku simpan je niat suci ku itu...http://www.emocutez.com
Bukannya gua tak pernah naik basikal pakai dress..

Psssttt..ushar ni : What to wear if you ride a motorcyle?