I am the Law!!!
Bagi mereka-mereka yang tak pernah tengok citer Judge Dredd ni memang tak paham lah kot..takpe tak penting..Beliau sekadar maskot tak rasmi entry aku kali ni je..
Sebenarnya gua nak menaip pasal judging-judging people ni..Actually and honestly I am kinda sick with people in FB posting or sharing some picture of random quote about "don't judge me bla bla bla" something-something..Paranoid apa ni?? Klu tak buat salah dok panik apa sorang-sorang dok warn dont judge me dont judge me..jadah apanya..mesti ada buat apa-apa yang di atas normal kan?
Yang mak abah ko dah pesan "jangan.." masa ko kecik-kecik, da besar ko buat jugak, then demi nak menegakkan benang yang da basah kuyup ko pon dah takde idea lalu dok "dont judge me- dont judge me"..kan kan? Yeah gua memang patut jadi psychiatrist or tok moh la cenggini..sebab dapat predict masalah orang before dia bukak mulut wakakaka (gua tengah bergurau kasar ni)
It must be because u've realised that u've done something bad or stupid or immoral that u know people cant accept, for example, being gay or prostitute, kill a dog/cat, sniffing girl's panties etc..U know exactly that it is sick..Yet u still do it, then when people stare, u get paranoid.."damn it, why are they lookin at me like that?? they dont know my story,why i eat a cat soup, how could they judge meeee??" dafuq...
Pathetic..it's not like ur not doing it tooo duhhhh~
Well then how are we suppose to hang a killer? They will be no judge in the courtroom ...
Okai let me tell you why i think this is pathetic and i got sick of it..
1stly because..we are human..We got brain (oh this will sound a little bit like my previous entry.. You don't have to become a Saint to become Sane..beybeh!..) So we process what we see first before anything.. We can't stop ourselves from judging people from the first sight we lay on them..That's why they said first impression matter..Therefore we have to work hard not to make a bad first impression..Misunderstanding does happen, but only if it was really a MISunderstanding..rite? Meaning to say it will change eventually into positive thing (most of the time) and enlighten things up if that's the case..that's totally normal..
Tell me honestly, have you or have you not assume a fat guy/girl eats a lot just by looking at him/her at the first time?
2ndly, like what this man said..
“As you are dressed, so shall you be perceived, and as you are perceived, so shall you be treated."-Harry Wong (sape beliau? lu cari la sendiri...pornsite pandai cari plak kannn??)
So meaning to say..kalau lu tanak orang panggil lu pelacor, lu jangan pakai tayang aset sangat, jangan pakai macam lady gaga or nicky minaj..then expect orang layan lu macam lu puteri raja mahkota..sungguh tak releven..
Hey i have a fully functional brain okay!! And facial nerve too..
Bak kata Ustaz Haslin dalam video di bawah:
Dia cakap sekarang ni kita jumpa budak Melayu, nama Melayu,Islam..baru ngaji kat oversea jap pakai dah tak agak-agak, cium peluk laga pipi ngan bukan muhrim dah jadi rutin..then orang pandang semacam dia cakap.."eh u jangan nak pandang serong kat I, I pakai camni pon I still Muslim taw.." hati I, jiwa raga I, roh I Muslim taw...
Pakaian kita tingkah laku kita cara hidup kita tu mencerminkan kita..how we live our lives, how we dress up , how we behave and everything can clearly show who and what you are..how do you defend yourself with the obvious?
3rdly, it is stupid to ask people to judge themselves 1st before judging you..how ta hell are we supposed to do that? U cant find your own flaw, i mean not all of them, that is what a doctor, a counselor, a psychiatrist, a coach, is for..And each of them is not perfect..What..You think all psychiatrists are living a perfect no-problem lives?
There is actually a difference between a sinner and an open-sinner..
Judging is not punishing..judging is reasoning..Reasoning is a god given ability that animal don't possess..You shouldn't stop it, just use it wisely..It is of course subjective and changeable..
Yup betul..jangan salah kan kementerian, depa bleh buat apa? depa takdak kuasa kot..kuasa semua di tangan rakyat..
Ok lah aku tanak citer pasal benda ni secara direct la , nanti kena attack lak ngan hang kebun, panglima ludah, penyokong panglima ludah dan sebagainya seolah-olah seperti blog gua ni blog politik plak kan
Gua cuma rasa gua leh relate dengan sebuah filem lakonan Justin Timberlake bertajuk In Time..
Dalam citer ni, manusia dah diubah genetik amende ntah untuk stop penuaan (tak tua-tua la jawabnye) start umur 25 tahun.. Nyawa dorang bergantung pada jumlah masa yang dorang ada di mana dorang leh nampak kat lengan dorang.Dan pada masa tu jugak masa yang ada kat dorang adalah duit dorang, untuk spend beli or bayar anything. So this is the extreme deep meaning of the expression "Time is Money".. Time is also their lives now..
The society dibahagikan kepada dua,...pertama orang-orang kaya (yang kebanyakan da tua,almaklumla depa ada beratus tahun dalam simpanan) yang kind of control the system..
Orang kaya tunjuk "best" sambil pakai kot semart-semart-Gambar hiasan
Kedua plak ialah working class, who has to just blindly and powerlessly adhere to the system..working class ni muda-muda ja, sebab kebanyakannya akan mati tak cukup masa dalam simpanan..
Working class plak yang kena kerja macam kuda padi-Gambar hiasan lagi..
The working class kena keje kat kilang setiap hari untuk mendapatkan gaji iaitu masa 1 hari (24 jam la) dan menggunakan setiap jam yang dorang ada tu untuk beli keperluan harian macam makanan (breakfast lunch semua, 3 jam untuk bayar secawan kopi, 2 jam untuk tambang bas, tapi kebanyakannya jalan kaki je untuk berjimat)
Setiap hari harga barang-barang dan tambang naik..semalam beli kopi 3 jam secawan, hari ni dah jadi 4 jam secawan, gaji dorang (yang berupa masa tu) tak naik pon, tapi kalau lambat ke ape ke kena potong (itulah yang berlaku kepada watak Justin)
Satu malam tu masa lepak kat bar, ada sorang laki kaya yang berumur 100 tahun lebih (tapi nampak muda la since depa stop penuaan pada umur 25 tahun) yang ada lebih seabad kat tangan dia (10 tahun = 1 dekad, 10 dekad=1 abad=100 tahun). Lalu ada lah geng perompak ni yang selalu merompak tapi tak penah kena tangkap oleh the Timekeeper (polis la) sebab perompak ni tak sentuh orang kaya, cuma orang miskin (sound familiar eh?) nak merompak si orang tua kaya ni..Disebabkan dia dari zon orang kaya tapi sesat ke zon orang miskin, Timekeeper takde disitu untuk tolong dia..Justin yang tolong selamatkan dia..
Lalu dia cerita kat Justin dia tak kisah mati sebab dia da tak larat nak hidup..Masa yang dia ada memang banyak, walaupon badan masih muda masih kuat, namun minda dan jiwa dia da tak larat..Lagipon dia rasa tak adil sistem ni..Justin pon pelik,orang tua tu explain, sebenarnya kami di zon kaya ni yang control the sistem dan merompak masa orang miskin, the whole thing (genetic alteration and everything) diciptakan supaya golongan kaya elite ni boleh hidup lama or they call immortal..orang kaya kan sentiasa nak hidup lama, nampak muda (tak tengok iklan? yang kosmetiknye, yang ubat-ubat kesihatannya)
So dia cakap "For few to be immortal, many must die".. "Few" ialah orang kaya (menteri-menteri,VIP, bussinesman) , "many" ialah orang yang bekerja (pekerja kilang,cleaner, cikgu, tukang masak, pembuat roti canai,).. dan ini diwarisi turun temurun lah..yang kaya semakin kaya, keturunan bawah pon dok kaya lagi, yang miskin terus miskin, tukang kasut selamanya hingga ke cucu cicit..
Kenapa diorang takkan boleh kaya? "Simpan arr sikit-sikit kumpul modal buat bisnes.." senang pakai tokak ko la bro! Kalau cost of living (kan aku cakap setiap hari kos meningkat, harga kopi pon naik, tambang bas pon naik) ko nak simpan celah mana?? By the time ko rasa ko cukup simpan, tetiba tak cukup lak nak beli beras kat famili ko, bocor simpanan ko..Dah tu bila nak dapat modal? Selamanya miskin la jawabnya bro..
Sekarang gua da cerita panjang-panjang ni kan, agak-agak kepala otak korang da boleh bukak tak? Kenapa cost of living keep increasing? Serius ke pihak kerajaan dan kementerian segala tu tak dapat control? They can't help us, the people? Is it true that all the blame should be put on the seller, the supplier etc? So apa fungsi kerajaan? Tengok je working class suffer? Bila complain korang keluar statement "Jangan salahkan kami"? That's it?
P/s= gua baru lepas jumpa sorang member gua yang nak ajak gua join MLM, dia dan dia punya upline-upline tak habis-habis sebut camni,"kos sara diri makin meningkat, tahun ni RM4000 sebulan mungkin cukup, tapi 2020? Najib tetiap hari keluaq tv (ni fakta depa la aku pon tak taw, tutup tv je pon setiap kali keluaq muka Najib) dok kata rakyat kena berusaha dapatkan lebih dari 1 enjin, makna kata income source must be more than one, baru boleh survive.. kita kena rebut peluang dok ada.." bla bla bla air liur dijual, ko terima mentah-mentah je kan apa menteri kata, tanpa ko pikir or kaji kos sara diri kat UK or negara-negara luar, dibandingkan ngan Malaysia, barang naik itu naik, gaji tak naik, tapi pekerja asing masuk banyak, rakyat kita menganggur, gaji maid indon basic nak bagi RM700, warganegara sendiri basic ada yang RM300 ja, rumah kampung dilupuskan buat condo mahal-mahal, orang singapore orang arab yang beli, orang sendiri dok menyewa sarang merpati..sebab? kos hidup semakin meningkat..how come you don't see any of these?
Bunyi tajuk dah sedih, malang bertimpa-timpa..Itulah keadaanku sekarang..tah apa silapku..dugaan..
Opocot..
Entry aku yang pasal sejarah handphone aku, dah cukup clear menunjukkan dasatla cabaran dan dogaan dalam hidupku, tu baru phone bro, belum gua cerita benda lain lagi..
Handphone gua yang gua baru pakai tak sampai setahun tu dah kena lenyek ngan kereta..ni rupa beliau sekarang..
Tadaaa..sungguh kasihan beliau..
So sekarang gua berbalik kepada meminjam handphone tak terpakai milik bapak gua..Nak repair cam tak berbaloi sampai RM350 (untuk reference lu tengok sini )..takut dah repair kang de masalah lain, nak beli lagi phone mahal-mahal camni sayang plak sebab takut rosak lagi.. gua kan careless sket orangnyer..
Handphone ni hidup je lagi, display screen je 1/3 dah blank and touch screen pecah..tah apa mau bikin..gua taruk lam museum je la fon retak seribu gua nih..
Then boleh plak on the way ke kedai fon tu kereta gua kena langgar belakang, tapi naseb la si pelanggar tu bertanggunjawab, suruh antar kedai kawan dia nanti dia settle..Harap-harap okeh la..
Dah tu plak, baru gua bercita-cita nak tukar cover set motor gua sebab da buruk sangat (gua ada cerita dalam entry ni) Baru gua cucuk duit semalam, boleh plak hilang duit tu..amount tak payah mention, buat sakit jiwa je..
Fulus datang dan pergi, dari Dia ia datang, Dia jugak boleh ambil balik..Dia sayang sangat kat aku la tu..
Nak tension sedih lelebih pon apa hal, duit boleh dicari, kot la mak ke adik beradik meninggal lain la kalau nak sedih-sedih..Janganlah cintai material sangat (cubaan memujuk hati nan lara haha)
Allah s.w.t ni maha adil..aku diuji macam ni, tapi aku banyak kawan yang bebaik dan family pon baik je la of course..
Aku actually baru je balik dari KL sebelum duit hilang tu, join event lari melari ni..
Sepeninggalan aku kat KL selama 3 hari 2 malam (cewah) kawan-kawan aku banyak nolong, tumpangkan aku rumah, kejap lagi tukar rumah lain, lepak ngan kawan lain, tidor umah kawan lain plak, belanja makan, tolong antar ke sana ke mari tanpa berkira..sayang betul kawan-kawan aku kat aku walaupon aku laser orangnyer..haha
Laser tapi hati baik gak taw (gua mamasuki bakul dan mengangkati diri sendiri, tak syak lagi!), sebab gua takde ngumpat-ngumpat ke back stabbing ke macam sesetengah orang yang depan cakap lembut kemain, teetaapiiiiiiii!!!! ~berdasarkan pengalaman bro..
Moral of the story, gua memang careless and serabai..bila la gua nak jadi pompuan ayu lemah lembut
Source: email, to whoever wrote this, nice info, i'm just sharing..
Pic cicak real gua geli, pic tattoo design ni sudey~
Sunah : BUNUH cicak Arab panggil wazgah, orang putih kate lizard... Hukum bunuhnya: Sunat dan Sunnah.. Dalilnya:
1. Ummu Syarik telah berbincang dengan Nabi berkenaan dengan membunuh cicak ini..Nabi menyuruhnya membunuh cicak. (Bukhari dan MUslim)
2. Nabi s.a.w bersabda:
(أقتلوا الوزغة ولو في جوف الكعبة) Maksudnya: Bunuhlah cicak walaupun dalam ka'bah.(HR Tobrani) Sebab perlu dibunuh:
1. Nabi menyuruh supaya membunuh cicak dan memanggilnya sebagai Fuwaisqa (binatang kecil yang jahat). Baginda bersabda pada menyatakan sebabnya:
(كان ينفخ النار على إبراهيم) Maksudnya: Cicak telah meniup api bagi api itu besar kepada Nabi Ibrahim. (HR Bukhario dan Muslim).
2. Pahala yang banyak bagi yang membunuh cicak. Nabi s.a.w bersabda:
(أن من قتلها في الأولى فله مئة حسنة وفي الثانية دون ذلك وفي الثالثة دون ذلك) Maksudnya: Sesungguhnya sesiapa yang membunuhnya dengan sekali pukulan maka dia mendapat seratus pahala, sesiapa yang membunuhnya pada pukulan yang kedua dia mendapat kurang sikit (70 pahala) dan sesiapa membunuhnya dgn 3 pukulan maka dia mendapat kurang pahala dari yang lepas.
Imam 'Izzudin bin Abd Salam telah meyatakan sebab kapada banyaknya pahala pada pukulan pertama adalah kerana ia adalah ihsan ketika membunuh binatang; kerana ia mengurangkan kesakitan binatang. Nabi bersabda:
(إذا قتلتم فأحسنوا القتلة) Maksudnya: Bila kamu membunuh hendaklah bersikap ihsan ketika membunuh.(Muslim).
Cara Hapuskan Cicak Adakah anda suka jika hidup di kelilingi oleh cicak? Persoalannya, kenapa ada cicak di rumah? Jadi kali ini aku ingin berkongsi cara-cara menghapuskan cicak yang berada di rumah. Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya kongsi sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. Di bawah ini adalah cara menghapuskan cicak yang boleh anda cuba; TIPS (1) MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI dan LIPAS. TIPS (2) Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya serangga dapat dikurangkan. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan. TIPS (3) Bahan apa yang cicak takut atau tak suka? Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!! Cara-caranya adalah tumbuk 2 biji lada merah atau 4-5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI. TIPS (4) Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor. Cara-caranya adalah basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Kulit telur jika termakan boleh tercekik. BAHAYA. JANGAN LALAI. TIPS (5) Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak. Caranya dengan menjaga kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA. JANGAN LALAI. TIPS (6) Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. Tapi kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu.
Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya. Akhir kata, semoga tips-tips serta cara menghapuskan cicak ini berkesan untuk anda dan silalah mencubanya di rumah masing-masing. Jika tak cuba kita tak akan tahu samaada cara-cara tersebut berkesan atau pun tidak.
P/S: Gua ni punya la geli cicak, sampai termimpi-mimpi kena kejar..dek kerana umah member sorang ni la, penuh cicak..Patutla,memang nampak pengotor pon beliau~
Melihat kalendar lalu melihat kedua kalinya, dan melihat lagi..dan lagi..APAAA??
9Gag ajer~
Damn it's June!! Damn it damn damn dayummm! (aku terasa cool dow sebut "damn..", rasa sungguh Amarika~)
Damn June, u make me feel so old, but come on, I had stopped aging since last year..don't worry be happy..
Ok let us discuss about the topic of this entry..
Saint:
A saint is a holy person. In various religions, saints are people who are believed to have exceptional holiness. -Wiki-ed out at the one and only wicked Wikipedia.
Jadi gua rase ustaz tu boleh dikategorikan sebagai saint la dalam bahasa orang putih ni..
Sane:
Adjective:
(of a person) Of sound mind; not mad or mentally ill: "hard work kept me sane".
(of an undertaking or manner) Reasonable; sensible.
Makna kata orang yang leh berfikiran waras, leh bezakan antara buruk baik, berkelakuan siuman dan bertamadun..
Ho yeah, agak-agak y'all dah boleh nampak hala tuju tulisan ku ini? Kalau ya, lu ngan gua geng bro, soulmate gitu, jom lepak minum same~
Gua bagi satu contoh senario (gitu-gitu ok)..
Neelofa: Beb, ko ni ayah ko baru meninggal, ko selamber katak je nak gi konsert la ape la, time-time cenggini baik ko dok umah berdoa, mengaji, sedekah al-Fatihah etc kat arwah ayah ko..Tudung pon tetiba dah on off plak skang..
Fazura: Dah tu ko nak spesis apa kalau bukan katak? Salamander?? Ko nak aku berkabung je ke seumor hidup? Dalam Islam pon tak bagi umat-umat dia menangisi kematian lama-lama sangat, life must go on..Dan itu hal aku la nak pakai tudung ke tak ke, ko pon pakai je tudung, sembahyang takde a cukup, simpan je la nasihat tu kat ko sendiri..Ade hati nak basuh aku konon..
~amacam? Boleh gua apply jadi penulis skrip drama petang-petang?
Aku rasa banyak dah entry aku jumpa kat blog lain yang cakap pasal ungkapan tak releven ini yang berbunyik "ko ni bajet alim a nak tegor-tegor orang, cermin diri dulu aa!"
Bak kata Jai kat Malik dalam KL Gengster :
"Ko tak payah nak azankan aku ar..aku rasa ko lagi teruk dari aku, tak sesuai cakap camni.."
Muka memang mintak penyepak punyer..tapi gua suke dia bro,berlakon memang bukan sekadar tahap drama petang2~
Si "nenek-nenek" ni yang bila buat salah orang tegur, disebabkan dia memang buat salah,so takde idea nak sangkal balik , lalu diorang ni akan tunding jari balik kat orang yang tegur diorang.. Sampai bila dia nak terus buat salah? Ntah dia tahu ntah tak yang dia tengah buat salah, sebab tu orang tegor, tapi tak boleh terima, sebab ego ke? Sebab ape? Aku pon tak paham..
Bagi mangkuk-mangkuk ni, semua orang kena jadi ustaz or ustazah dulu baru leh tegur, camtu?
Cik Amalina ni pernah jadi feymes emes sebab dapat 17 A SPM suatu ketika dahulu.. So pongpang pongpang la dia share pasal tips and everything of her success lah.. Tetiba tahun ni jadi feymes emes lebih dari dulu sebab gambar-gambar terkini dia yang seksi lagi menyeksikan tersebar (takdelah tersebar, dia sendiri yang upload kat FB, bukan orang lain tolong upload, orang lain cuma tolong Save Image As dan upload balik untuk mengutuk je hehe)
Maka ramai la kan manusia prihatin (yang bebudak jahiliyah addresskan sebagai "ustaz/ustazah segera") menegur, membuat entry mengkritik/komen beliau akibat terkejut/terkesima dengan perubahan mengejut ni..Bebudak jahiliyah ni pulak berusahalah taip komen nak bekap si Amalina, sebagai contoh kat atas tu la.. Dipanggil "berusaha" sebab untuk menegakkan benang yang basah, aku yakin ia memerlukan usaha yang dasyat~~
Ok fine lah, yang tegur-tegur nasihat tu maybe bukan ustaz or ustazah or ulamak, tok imam ke ape ke, so bebudak jahil ni tanak terima la kan.. Tapi bila seorang yang memang di-recognise-kan sebagai ustaz menegur, melatah jugak bebudak jahil ni..
Minah otak "lagging" ni melenting kat blog Imam Muda ...sumpah stress baca komen dia~ada jugak manusia camni!
Haa..dah ?? Ustaz tegur pon melenting, apa cer? itu ustaz kot weh, ko nak orang baik macamana lagi tegur ko? Malaikat? Malaikat Izrael la yang konfem datang melawat ko pun, ko, aku , dia dan semua~~ p/s:actually ustaz bukan tegur dia pon, dia tulis kat blog dia, yang minah tu terasa macam kena sembur depan-depan apa hal? haishhh *@&$*#~@ betul!
Ni komen kat video youtube Ustaz Kazim..biadab sungguh budak-budak sekarang..
Memula melenting bila orang tegur, sebab orang yang tegur tu tak cukup sempurna katanyer, tak cukup baik.. Dah tu yang baik (da dapat title ustaz weh, ko ada? bapak ko ada?) tegur ko takleh terima gak..Apa kejadahnye point ko ni weh?
Nak nasihat dan tegur orang, kalau nak tunggu orang betul-betul baik bebas dosa maksum macam nabi-nabi baru boleh tegur, memang tak de sape boleh nasihat sape-sape lah..Tah-tah perkataan "nasihat" pon tak wujud..Yang wujud perkataan "fitnah", "temberang", "auta-perkasa" dan sebagainya je la..Cikgu dok nasihat budak-budak jangan monteng pon tak leh sebab cikgu pon pernah ponteng muda-muda dulu.. Mak nak tegor anak jangan kencing malam (atas tilam) pon takleh sebab mak kecik-kecik pon penah buat..Polis tegur orang guna handphone masa drive pon takleh sebab mesti polis tu pernah buat jugak..Ishh apa pon tak boleh lah!
Video ni contoh nak tegur atau nasihat tak kena tempat..Dah la tahu maki je, yang paling tak leh blah diri sendiri lagi teruk trang tang tang...kalau camni korang nak melenting memang logik la..
Sebab tu gua nak tekankan, kalau ye pon lu tak cukup ilmu agama (macam gua ni la kan), jangan nak ego tak tentu pasal sangatlah, kalau da sah-sah salah, yang budak kecik tadika pon tahu salah, nak bekap diri sendiri pe lagi? Apa tah lagi kalau yang tegur tu orang-orang pandai, alim, lebih tahu.. Kalau sakit hati pon tak yah nak melenting maki balik dan cari kesalahan orang tu balik, yang menampakkan kebodohan kita je..
Seriously beb, kalau tak pakai ilmu agama pon, pakai otak yang waras, based on moral grounds and reasoning, u should be able to tell what's wrong what's right.. Sanity in you..gunakan lah your god-given sanity..
Tengok dua komen dalam petak merah..like seriously bro? *Knock knock on those skulls*
Okay this is not a politic blog or entry or anything..Tapi lu sendiri boleh tengok, mana betul mana salah di sisi agama..Maybe we are not perfect, maybe kita pernah sinned that way; salam peluk pegang bukan muhrim suatu ketika dahulu, but we know that what we did is sin..we don't show but that's not hypocrisy, we don't show cuz we regret it..we are ashamed of it, and we won't be doing it anymore..and it is between you and Him (your sin and secret).. If we did it openly, proudly, that is not just about us (individually) anymore..not just our own self, but the whole image of Islam is affected..
So there is no "kubur aku kubur aku lah.." Hey yang ko dah ngaku ko sama agama ngan aku, tapi tak follow tuntutan agama, memalukan agama aku, ko nak suruh aku senyap? Islam is taken as Ummah..ni Islam beb, bukan agama Ayah Pin..
In order to achieve unity of the Muslim Ummah as the essence of Muslim power and to prevent any adverse move against such unity, the Muslims should: 1) Adopt Hassanul Banna’s steps and modes of reforms, to wit: 1) To reform oneself, 2) To reform ones family, 3) To reform ones society, 4) To free the society from the colonialists, 5) To establish Islamic government, 6) To revive the Khilafat, and 7) To lead the world to the path of Allah s.w.t. -The Unity of Ummah as the Essence of Muslim Power
But the point here from the picture is actually, benda ni dah terang lagi bersuluh, boleh pulak the second highlighted comment cakap, siapalah kita untuk menilai..haaa??? We still got our sanity, we can evaluate this, our brain can compute this, we can surely reason this out..the system won't get crashed, this is not even a calculus questions..this is too simple to judge..
Tanak ditegor? takpe, sok mati guling-gulingkan mayatmu sendiri masuk lam kubur...
You don't have to become a saint to become sane.....Meet Uncle Hussein*tiba-tiba~
Lagi contoh orang buat salah nak bidas lalu gunakan alasan basi tak releven...Ahmad Idham ni boleh tahan mulut dia ni, banyak peminat sangat dah kot, sumber sini
You might want to check out this entry too..about how sinning become normal, making a preacher sounds wrong when preaching..
"Err orangla weh..dia sangat comel macam patung, cun giler..Mata bulat, hidung mancung kecik je, takde la besar kembang cam babun! Huduh giler a kalau muka tak cam patung..tak rela aku!"
Banyak kan lelaki camni? hahaha~ berdosakah aku berkata benar~
Bermulanya dari awek-awek bimbo Korea yang sanggup berbedah-plastik bagai nak nampak cam patung, (muka semua se-peshen je sampai aku tak boleh beza depa ni, yang lawaknya ada lelaki-lelaki yang sangkakan itu kecantikan asli).. Dan sekarang seluruh dunia sibuk nak jadi cantik dan comel macam patung..Barbie doll la itu la inilah..
Sebagai contoh si perempuan Ukranian ni,Valeria Lukyanova,21 tahun, asal memang model la, tinggi lampai (perempuan Russian dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya ni kan memang tinggi gila).. Sanggup gi buat major plastic surgery which is like 90% of her original figures diubah semata-mata nak jadi real life Barbie doll? How bizzare is that? (oh here I go, judging people, but hey, we are all judges, ain't we? if we don't judge, what are our brains and reasoning for, rite?)
Check out the before pictures of her here..not that bad either..
Masalah mental sungguh manusia-manusia seperti ini..kalau betul pon dia huduh gila macam dalam cerita Korea 100 Pound Beauty tu, demi dapat self-confident dan attention dari lelaki-lelaki jahanam yang shallow lalu dia buat plastic surgery,itu pon aku rasa sangat tak patut, apatah lagi la minah ni yang asalnya dah cun, sanggup pulak nak buat surgery nak bagi nampak macam patung..not enough attention, really?
Kita compare plak dengan seorang mamat Sweden nih, muka memang cam patung tapi tak perlu surgery..perlu mekap sikit la kot..how amazing? He looks like a pretty doll without needing to undergo any plastic surgery, but the only problem (problem ke?) he is a HE..means a boy..
this is not a "she"..nor a shemale..nor a drag queen..just something to do with VK..
Yohio (nama glamer je), 16 tahun (sebab tu muka sangat jambu), adalah lelaki Sweden yang obses dengan kejelitaannya, dan obses jugak dengan budaya Jepun selepas dia dapat tahu muka dia cam anime Jepun..
He then developed an interest in learning the language, and started reading Japanese blogs and following Japanese celebrities on Twitter.
After starting a Swedish Visual Kei band called Seremedy he was signed to Universal Music Japan and quickly developed a cult following because of his beauty.- news.com.au
You really have to check out the video (above).. Sure akan terbitnya perasaan semacam.. Haha..
Muka dia tanpa mekap..
Ini dia dan bandnyer..Seremedy..a VK band..
So moral cerita aku ni kan..Kita ni kenapakah perlu nak muka kita jadi cam patung? Atau mengagung-agungkan orang muka cam patung? Macam dalam website cerita pasal Yohio ni, diorang describe him as having a doll-like features, "doll-like"?? Bukan doll is created in the first place to look like human ke? If not they would look like alien ke, ayam ke unta ke..roti ke..
Kes Yohio ni takpe lagi, description jer diorang guna "doll-like", yang si Valeria tu lagi ape celop? Buat surgery semata-mata nak jadi "doll-like"? Who made the doll dude??
Ruth Handler watched her daughter Barbara play with paper dolls, and noticed that she often enjoyed giving them adult roles. At the time, most children's toy dolls were representations of infants. Realizing that there could be a gap in the market, Handler suggested the idea of an adult-bodied doll to her husband Elliot, a co-founder of the Mattel toy company. He was unenthusiastic about the idea, as were Mattel's directors.-http://en.wikipedia.org/wiki/Barbie
Abeh kalau muka tak cam patung tak comey la ye? Sebenarnya orang yang buat patung ni, buat patung berdasarkan apa ye? Inspirasi untuk dia mereka(design) muka patung tu dari mana ye? Bukan manusia ke? Dah tu kenapa manusia sibuk-sibuk nak muka jadi macam patung pulak? Bukan patung tu yang diciptakan muka macam manusia ke? Mari kita renung-renungkan..
P/s: yang make up je untuk nampak cam patung tu tahan lagi la..asalkan dia mengaku dia make up, macam awek-awek dok buat tutorial bagai tu..gua rase itu ok lagi la kot..gua rase a..lu orang nak rase ape lu orang punye pasal la..hihi