Tuesday, February 17, 2015

Persinggahan yang Bermakna, Berbakti Kepada Bumi Kelantan

Pemilihan tempat kerja sementara yang aku buat dalam post INI adalah sangat bijak aku rasa...


THANK GOD I MADE THAT DECISION!!

Seperti yang aku post sebelum ini berkenaan banjir hebat di Kelantan dan pantai timur hujung tahun lepas yakni 2014, aku memang terasa dipanggil-panggil untuk berbakti kepada mangsa-mangsa di bumi itu..

Di saat aku tergolek-golek atas katil belek fon dengan badan yang sihat tanpa aktiviti, aku rasa rugi tak ke sana membanting tulang mengerah keringat membakar kalori dan mengutip point pahala sambil meringankan beban fizikal mangsa (yang dah sedia terbeban dari segi emosi dan mental) tapi entahlah, banyak halangan bila nak join mana-mana konvoi sukarelawan nak ke sana.. tak kenal orang lah, NGO konvoi tu nampak macam acuh tak acuh (ala-ala pelancong musibah)setakat mahu nama, atau konvoi yang hanya dipenuhi lelaki.

Demi Allah, betapa gembiranya aku di saat aku jeles-jeles tengok budak intern lagi sorang dalam department aku busy dengan event dinner dan program lain tapi aku left hanging without a real thing to do except extracting resume, bos aku tetiba panggil aku join satu meeting, then dia brief aku "we are doing a donation drive for the flood victims in Kelantan". Aku macam wow..at least there is something i can do for them, walaupon bukan ke sana dan berbakti (initially this was the plan), sebab aku memang boleh derma duit tapi banyak mana la student tak kaya macam aku boleh bagi, rasa tak cukup, sebab tu nak sumbang tenaga, sebab aku kaya tenaga. So this is the time, the chance i got, Allah heard my prayer, so aku excited.  photo 67_zps90853797.gif

Cerita dia agak menarik dan panjang dan sedikit kejam, sebab initially my bos said the donation drive is like killing two birds with one stone, or sambil menyelam minum air, menderma dan mendapat nama, publicity. So dari awalnya hanya nak buat kutipan derma dan salurkan ke badan NGO yang nak ke Kelantan, end up jadi bigger than that.Team jejaka-jejaka senior yang suggest and initiate the project ni memang dedicated dan bertekad untuk organize a trip importing volunteers to sumbangkan tenaga, so it's voluntary work and donation, 2 in 1, isn't that great? I feel like they were "manipulating" the company's resource for a good cause, and salute the way they play the game, they actually gamed my bos haha..they gamed me too of course, bcuz i'm in the same team with  my bos but i was really hoping to go there so i was with them on that.

In every meeting i observed their dedication, commitment and determination in making the mission happen, a lot of time i was blur and clueless with their industrial jargon and terms, and workaround process which i of course understood none since i've been there only for a month. I must admit, aku bersangka buruk kat depa sebenarnya, aku sangkakan depa ni seronok nak pi sana jalan-jalan ja ni. Sebab a lot of time my bos was pissed off when they keep on insisting to run a trip there, i did my part too in influencing her when she asked me to call around and ask for NGO that we can tumpang our donation and in the same time get the publicity, i kept telling how the hell are we supposed to do that if we refused to put more effort? Orang bagi publicity dengan donation yang banyak so that nampak la dalam gambar masuk paper, sama ada jumlah bertulis RM yang banyak atas mock cheque  or donation package berkotak-kotak dengan logo company atas kotak (u can learn that from IM4U, or bantuan muka PM Najib~). So it's kinda knock some sense to her jugak la slowly...

After a lot of struggles, dengan kuasa Allah, it happened. It friggin happened!!! It was so exciting..

First time sampai situ dan tengok keadaan sekeliling memang tergamam. Macam dalam movie, pasca perang, pasca ribut etc. So devastating. I don't have to put pictures here, u've seen enough, or u should if u haven't.

Pasukan volunteer ini sangat rajin, bersemangat, dedikasi tinggi masa menjalankan aktiviti pembersihan, aku sungguh kagum. Pertama sekali semestinya bermula dengan ketua misi, the coordinator who kept constantly reminding us to focus on our intention, who drive us to stay focus with our goal and objectives. Salute him. He planned way ahead and think way ahead of most people in the team. Nevertheless, the core team working with him are also great people. There were always great ideas brainstormed and questions critics to test the flaw of every plan. Sukarelawan yang join (staff jugak semestinya) pon dimotivate dengan kesungguhan ketua dan core team. Amazingly, one of the director, a Chinese guy, joined in, and guess what, dia punya excited dan semangat, boleh nangis tengok. Cute and touching. And because of him, we managed to make a second trip to the same place three weeks later. And i got to join AGAIN! Man, i'm so lucky...

Untuk trip kedua, kami tak guna saluran yang sama iaitu sekolah untuk mengedarkan barang derma. Atas dasar keraguan integriti yang di-highlight-kan oleh "pihak pengurusan", kami deal direct dengan penduduk kampung tersebut, di mana beliau adalah sorang cikgu tapi sekolah lain, yang jugak dedicated untuk tolong orang yang betul-betul memerlukan, dan melalui nasihat dan saranan beliau tentang wujudnya pemilihan mangsa berdasarkan pilih kasih, pilihanraya-style iaitu ikut parti politik, dan ikut dan, kami pon lebih memilih sket kali ni.  Walaupon sebenarnya trip pertama lagi banyak barang donation, tapi yang dah lepas tu takleh nak buat apa dah...

Masa trip pertama time kami membersih sekolah, datanglah satu team lagi dari company oil and gas nasional malaysia datang jugak, lagi berkoyan-koyan. Yang lawaknya datang membawa alatan yang tak cukup, dengan selambe amek kami punya. Memula tu ingat atas tujuan baik iaitu nak membersihkan sekolah so takpala, yang tak bestnya bila datang 400 orang, yang buat kerja tu nampak macam 15 orang je, yang lain pegang-pegang je, tapi kelengkapan kami semua lesap. Kami ni 40 orang je noks... Patutlah ayat one of them kat aku berbunyi begini,"kalau ada glove lebih yang nampak stylo tu bagi la kami buat souvenir.."

Tapi depa sangat bijak, datang tanpa bawak kelengkapan membersih yang mencukupi, tapi satu kelengkapan yang sangat canggih dan berkuasa tinggi dibawaknya, iaitu kamera video gedabak, stok-stok syarikat produksi guna punya, kami ni rekod video pakai kamera fon ja....

Tidak cukup dengan itu, lepas pasukan glamorina ni makan tengahari berbungkus (kami tak beli bungkus,kami masak rewang ala kenduri, fresh on the spot, best bro!) , disepah-sepahnya bekas polistrin di sana sini dengan botol air mineral, aku nasib baik tak pegang fon je, kalau tak dah snap gambor dah kasi viral (then tuntut royalti minyak untuk Kelantan haha)...apa punya mentaliti daaa, harap keje je kat company gah~ photo 12_zpsf69748c6.gif

Our boots and gloves used by them, not mentioning wheelbarrow, spade, scraper etc...great job!

Ok kita lupakan kesakitan hati kita dengan hamba publisiti ni jap, yang penting, aku suka, teruja, bangga, gembira, kagum dengan seluruh pasukan sukarelawan sukahati yang aku join ni. They are the best bro..Aku harap one day aku jadi seseorang yang penting yang boleh drive a mission like this and become a great role model to the younger generation, just like how these senior gentlemen inspired me to be.  photo 63_zps43681a21.gif

They truly don't care about publicity, name, profit whatsoever. Pure intention.

Nah pitchas kami!

1st trip, mission leader memberi kata-kata semangat. Notice all the package there? those are our kelengkapan membersih..

Yep, dan memang itu ja yang kami harapkan..balasan tuhan..

2nd trip punya..still datang bawak sendiri punya kelengkapan membersih..baru namanya datang buat kerja

A day before the 1st trip, our proud pose when the mission was approved n ready to begin

Tempat masak dan makan kami, di surau sekolah.. oh kami juga tidur dalam sekolah ni

Scouting and distributing donation items di kampung sebelah iaitu Kemubu on our 2nd trip

Selepas edar barang 1st round, we pose again as kenangan..

Bersama guru besar sekolah..hmmm

Kami juga tolong bersihkan rumah belakang sekolah ni..nenek dan cucu je tinggal..

Some of the gentlemen..

Saat balik..

Director berjiwa rakyat, berkelulusan universiti Singapore, bekerja bertahun-tahun di US..humble human being..
I will never forget this wonderful experience, i will never forget these gentlemen (and the ladies too), i will miss and forever cherish this moment...






Monday, December 29, 2014

Banjir dan Manusia yang berhati tidak wangi


Banjir dan jumlah mangsa

Bermula dari 15 December..sumber
Tapi tak masuk TV sangat, sebab bukan kes liwat mungkin~ sumber
27 Dec
"Banjir di Kelantan semakin meruncing apabila jumlah mangsa kini mencecah 81,925 orang manakala keadaan di Kedah semakin pulih setakat tengah Sabtu.
"..di TERENGGANU, 35,246 penduduk melibatkan 6,750 keluarga masih berada di pusat pemindahan."- sumber

28 Dec
"Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 93,407 orang pagi ini berbanding lebih 80,000 semalam, manakala di Terengganu, Pahang dan Perak tidak banyak berubah.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 33,601 mangsa setakat 8 pagi ini berbanding 33,643 di sembilan daerah malam tadi."

Di TERENGGANU, jumlah mangsa menurun kepada 33,990 pagi ini berbanding 34,709 malam tadi di kawasan terjejas banjir termasuk Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut."-sumber

Tindakan kerajaan
"Kerajaan masih dapat mengawal keadaan, setakat ini kerajaan tidak perlu membuat perintah-perintah tertentu, misalnya mengambil harta persendirian untuk dijadikan pusat pemindahan.

"Seperti kata Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), kalau tidak isytihar darurat banjir, kita masih perlu selamatkan mangsa, kalau isytihar pun sama juga, jadi saya rasa kalau tidak perlu, tak payah isytihar darurat," katanya."- sumber

Belum darurat lagi..
The aftermath,hmm.. sumber
"Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan segera berjumlah RM50 juta untuk negeri dilanda banjir."-sumber

"Pasukan sukarelawan yang membantu menyediakan makanan dan minuman kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI), Kelantan berkata mereka 'diarahkan keluar' oleh seorang guru yang dikenali sebagai Zuraini Ariffin, kerana mendakwa tugas tersebut bakal digantikan pihak lain. Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, arahan tersebut dikeluarkan oleh seorang guru sekolah itu. "..pihak sekolah mempunyai kuasa utk menghalang orang luar dari berada dlm kawasan sekolah tambah-tambah lagi bila ada arahan politik dari orang atas".-sumber

"TNB telah menggunakan 70 set janakuasa berkapasiti antara 500 kW hingga 1,000 kW untuk membekalkan elektrik ke negeri-negeri yang teruk dilanda banjir setakat jam 8 pagi ini. 45 set janakuasa tersebut kini berada di Pahang, 19 di Terengganu, lima di Perak dan satu di Kelantan (SATU DI KELANTAN), kata Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2), Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB) Abdul Aziz Abdul Majid, yang juga merangkap Ketua Koordinator Pengurusan Banjir TNB."-sumber
Bantuan khemah yang sempat diprint logo, tapi lokasi tak pasti di mana, di Kelantan kah? hmmm~ sumber

Al fatihah..
PM terhormat melawat kawasan yang paling teruk kena banjir...screenshot dari Utusan Online

"Last night alone, we saw eight houses swept away…our homes are gone," she told Bernama. More than 90,000 have been evacuated due to floods in Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis and Perak. At least 30,000 were evacuated from homes in Kelantan, but Channel News Asia reported that many refuse to leave fearing looting. Acting Prime Minister Muhyiddin Yassin said a state of emergency will not be called as rescue efforts are already underway. Prime Minister Najib Abdul Razak is on year-end vacation in Hawaii, but said he is keeping tabs on the situation via phone calls to Muhyiddin. - M'kini
Dapatkah anda kesan mereka yang berhati tidak wangi itu? Gambar PM main golf dan TPM meninjau dari helikopter tidak perlulah diletakkan, manakala TGNA..eh dia bukan MB Kelantan lagi..ok sekian, semoga mereka yang berhati tidak wangi, menggilai kuasa, mahu namanya dihebohkan bila beri bantuan dan nak mengambil kesempatan ke atas musibah banjir dan terhadap mangsa-mangsa ini didoakan bertaubat atau diberi pembalasan yang selayaknya sehingga mereka bertaubat sekaligus menjadi iktibar untuk orang lain yang berniat nak bertanduk jugak tu...

 
Bukan setakat pemimpin je, tetapi sesiapa yang diberi amanah untuk menguruskan sesuatu organisasi, harta atau aset, dana bantuan dan sebagainya..
Kalau takut diri tak mampu jadi pemimpin yang amanah, jangan gatal nak try.Bila kuasa di tangan orang senang lupa diri..
 
 
 

Monday, December 15, 2014

Saya yang Macho

Miahahahaha tajuk penuh confident..well it's mind over body, if u know what i mean...

U tell ur body what u want to be, it shall obey
Aku ada pengakuan, sebenarnya aku pernah gemok. Tidaklah bermakna sekarang aku kurus seperti Taylor Swift atau Emma Maembong tapi slimlah berbanding zaman kata adjektif "gemok" itu sering digunakan untuk menggambarkan rupa fizikalku....

Aku gemuk kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapaku, tapi itu tak bermakna mereka yang bersalah! Akulah yang bersalah kerana lemah melawan nafsu makan yang macam naga lapar atau godzila jumpa sushi, pantang dioffer pastiku sambar dengan begitu lahap sekali..miaahahaha betapa buruknya gambaran ini...photo 68_zpsjy4hngcs.gif sebab tu tadak boipren sampai lani

Tapi takdelah lama mana berlanjutannya zaman kegemilangan lemakku itu. Mula gemok nak dekat SPM, start masuk matrik, digesa dek homesick dan penjimatan wang makanan sendiri, ditambah pula bosan dengan cafe sedia ada serta peraturan ketat matrik yang susah nak lepak luar tu menyebabkan gua secara tanpa sedar kehilangan dalam 5-8kg. Thorbaek~ Then baru gua ada kesedaran untuk kawal pemakanan gua, takde lah strict, tak mampulah minah kuat makan ni nak diet-diet, kawal pemakanan yakni gua makan bila lapar dan tidak makan sampai kenyang (maksudnya masa gemok dulu makan selagi ada makanan depan mata, bukan pasal lapar pon haha).

Aku beli buku yang motivate pemakanan sihat sebab again, i'm not the strict-dieting type. Dan banyak minum air kosong, bagi kenyang dan buang toksin badan, punyalah pi toilet tak payah cerita laaa~

Lepas turun lagi dalam 5kg, baru aku start workout indoor, sebab masih tak konfiden nak lari-lari loncat di khalayak ramai (gua pemalu orangnyer). Lepas lost lagi 3kg badan dah rasa aktif baru aku berjinak dalam sukan jogging (sukankah itu?). Sejak pada itu aku rasa suka jogging,i love it! Suka perasaan berlari tengok  benda sekeliling berlalu sambil lari tu, angin yang kena kat muka, sambil pasang lagu layan perasaan.. Justeru aku menanam impian nak jadi dedicated runner tapi sampai ke sudah tadakla dedicated mana..ceh~

Selain dari itu aku suka main dumbell (1kg and 2kg each) , kettlebell (5kg je baru ada), yoga, pilates body combat dan zumba.

Manusia ni terdiri dari pelbagai body type dan body type aku setelah dikenalpasti adalah mesomorph, rujuk gambar di bawah:
So technically gua macho la...

Aku explain sikit dalam bahasa ibunda kita:
  • Ectomorph: kurus, tadak lemak sangat, nampak panjang kalau tak tinggi pon, otot pon sikit-sikit. Susah nak ternak lemak sebab metabolism tinggi (dream of all women in the world, oh no not all, i know a few thin women who are so jealous of my body because they can't put on weight)
  • Mesomorph: gagah athletic,otot yang senang nampak, lemak senang ternak senang bakar tapi kena berusaha la jugak nak bakar, aku ni sebelum menguruskan badan bukan kaki bersukan sangat, tapi masa gemok pon ada 2-3 orang ingat aku swimmer wakil sekolah sebab bahu aku yang nampak gagah secara semulajadi ni. So bayangkan setelah sekarang aku kaki workout..oh gagahnya sayer photo 46_zpsbhol7ypf.gif bajet~~
  • Endomorph: Senang gemok, nampak lembik..selalu nampak bulat macam bola..ini bukan penghinaan,ini description...thank god aku bukan yang ni, aku tak sanggup, aku memang suka aku nampak gagah, sebab tu aku tak begitu gemar bila orang cakap aku comel, aku rasa aku nampak bulat dan lembik.. tapi tu personal preference, ada orang memang sesuai comel dan bulat, contoh Adele dan Enot.
Disebabkan aku ni mesomorph, aku kenalah rajin workout,kalau tak otot aku tu akan terlindung dek lemak dan aku akan nampak macam hulk yang obese.

Kalau korang ni nak kuruskan badan an an an, kenalah tahu jenis badan korang, pastu boleh kira kat sini. Body type ni sebenarnya penting untuk menyedarkan anda tentang kerealistikan goal anda. Kalau dah frame besar tapi nak jugak berat Emma Maembong yang mungkin dalam 42kg je tu, memang mustahil la jawabnya. Macam aku, 50kg pon aku boleh nampak macam orang sakit sebab aku jenis frame besar, berat tulang, berat otot lagi. Ideal weight aku dalam 55-64kg. Tapi time aku 65kg pon orang ingat aku 55kg camtu, sebab senang nampak tulang temulang, tak nampak bulat sangat.
Aku tanak sekurus ini..

Untuk specific lagi body type anda, wanita khususnya, check this out:


Aku antara rectangle ngan hourglass

Untuk membantu anda memilih outfit bersesuaian dengan body type, lawat sini dan sini. Tapi pandai-pandailah korang tutup aurat eh, kang kena bakar dalam neraka kang, it's too late to apologize~~
Berapa banyak lemak anda..
Atas tu pic untuk anda identify berapa banyak lemak anda ternak. Secara sihat dan cunnya aku target dalam 25% ke 30%. Nak muscular macam kat atas-atas tu memang tak dapek la, strict gila, garam gula kalori semua kena amek kira sebab workout macam mana pon, yang menentukan ke-muscular-an atau kegemukan kita adalah makanan.. it's 20% gym and 80% from kitchen.



Itulah antara sebab utama aku tak bebetol macho muscular sebab aku kuat makan, kalau kuat workout pon tidak begitu berguna..photo rabbit-emoticon-012_zps1cu22fk4.gif

Idaman..maka haruslah..


Untuk mengakhiri blog ni, dalam gua berusaha men-fit-kan badan sebab badan yang sihat adalah rezeki dan amanah dari Allah, dan ingatlah sihat sebelum sakit, gua menyeru anda semua supaya menjaga kesihatan yang merupakan rezeki ini dari awal, dari muda-muda (kalau anda tua sekalipon, selagi belum mati ni) sila aktifkan diri, kawal pemakanan, rasa sedap makanan tu lekat beberapa minit je kat mulut, dah masuk badan dia bawak penderitaan je kalau tak berjaga-jaga. Dan rakyat Malaysia dah terbukti bermasaalah obese dan diabetes sebab masakan harian Malaysian memang tak agak-agak kolestrol tinggi,lemak karbohidrat bagai. Marilah kita mengubah demi generasi kita yang akan datang ok!
Sumber sini

Malaysia is ranked sixth in the Asia-Pacific region for obesity and tops the list in South-East Asia for both obesity and diabetes,” stated Prof Dr.Mohd Ismail Noor,the president of Malaysian Society for the Study of Obesity, during a press interview.-Healthworks

Ingat yew!

Yang penting istiqomah

Monday, December 8, 2014

Pensyarah Syaitan atau Syaitan yang Melemahkan aku?

Result keluar ari ni dow, tapi aku dah check semalam...bapaak ahhh..nak pengsan, nak terjun bangunan, nak makan banyak, nak gi mabok , err mabok gula jer lah, y'know sugar high; makan kek, coklat, semua benda-benda diabetes..bukan arak tau,bukan!

Sesusah payahnya aku dapat 3.5 semester lepas, tapi sebab satu kos credit besar sem ni aku dianugerahkan dengan sebijik C, C untuk celaka okeh, bukan maki, mari belajar mengeja, C untuk..takpe takyah ulang... akibatnya sem ni aku selama ni berjaya maintain pointer above 3.00, now jadi below 3.00!http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Aku ni bukan nak poyo kan, walaupon tak fail nak pecah otak sangat gayanya, tapi aku da korban macam-macam kot nak sambung study ni, lagipon ramai yang look up to me and expecting me to perform, kalau untuk aku je aku tak heran sangat..but this is for everybody who helped me to be here..i don't want to disappoint them....lagipon subjek aku art je kot, kalau medic ke engineering ke tahan la kalau dapat below 3.00 pon, kos tu susah..

Kalau tak berapa nak ada iman ni, aku takleh pikir apa aku da buat...kejamnya lecturer tu, dua kali essay aku dia bagi C termasuk yang final, sedangkan lecturer lagi satu dan lecturer-lecturer last semester pon bagi aku D and HD je, (Australian tak main A, B, C.. dia main HD,D, C.. check ar sini sendiri, bad mood ni taw tak!) I used to be recognised! U make me feel like a loser u moron!http://www.emocutez.com

Dedua essay pon dia komen pasal reference, first essay dia cakap content tak berapa kena dengan soalan, plus wrong reference method, padahal aku guna kat essay unit lain ok je,lecturer lain terima je. Then final essay ni aku siap berjumpa discuss dengan dia pasal content agar betul-betul menjawab soalan, kot email pon aku tanya lagi di saat akhir. Remarks dia cakap content aku menjawab soalan, tapi reference method tak cukup dan salah. Pasal reference je aku boleh dapat C? Pentingnya reference bagi dia! Unit lagi satu tu lagi susah, pasal copyright infringement, open source and piracy, aku dapat HD lagi, content yang penting, buah fikiran aku yang penting kot! Apa masalah beliau??!! photo 75_zps4c64103d.gif

Ya rabbi ya rabb..kenapa..kenapa..uhuk uhuk..memanglah diakui tak syak lagi semester dua ni aku kurang kiasu dalam study, tapi kemonlah, tak kiasu pon i put effort gak kot..kiasu tu level engineering punya budak study..penatla budak art ni nak pi pulun camtu..http://www.emocutez.com

Nouman Ali Khan, help me, say something good to me!!!




Gua kemurungan...http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

..bisikkanlah la tahzan ke telinga gua..gua rasa macam nak mengesot je ke mana-mana nih.... photo 14_zpsad21d3bb.gif

Semester depan, my final one, kena la pulun kedah pulun nak cover balik, i want to pass with flying colours, not black and white, ganbataeeeeeeeeee  photo 99_zpsfd70d91e.gif..

p/s: aku ada cerita sket pasal ke-tak-best-an sem ni di sini.. it turns out yang macam pengkid tu lagi pemurah bagi markah dari Caronn yang nampak motherly tapi sanggup bagi aku C! cimpengzi betoi


why Caronn, why u did this to me....