Monday, December 29, 2014

Banjir dan Manusia yang berhati tidak wangi


Banjir dan jumlah mangsa

Bermula dari 15 December..sumber
Tapi tak masuk TV sangat, sebab bukan kes liwat mungkin~ sumber
27 Dec
"Banjir di Kelantan semakin meruncing apabila jumlah mangsa kini mencecah 81,925 orang manakala keadaan di Kedah semakin pulih setakat tengah Sabtu.
"..di TERENGGANU, 35,246 penduduk melibatkan 6,750 keluarga masih berada di pusat pemindahan."- sumber

28 Dec
"Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 93,407 orang pagi ini berbanding lebih 80,000 semalam, manakala di Terengganu, Pahang dan Perak tidak banyak berubah.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 33,601 mangsa setakat 8 pagi ini berbanding 33,643 di sembilan daerah malam tadi."

Di TERENGGANU, jumlah mangsa menurun kepada 33,990 pagi ini berbanding 34,709 malam tadi di kawasan terjejas banjir termasuk Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut."-sumber

Tindakan kerajaan
"Kerajaan masih dapat mengawal keadaan, setakat ini kerajaan tidak perlu membuat perintah-perintah tertentu, misalnya mengambil harta persendirian untuk dijadikan pusat pemindahan.

"Seperti kata Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), kalau tidak isytihar darurat banjir, kita masih perlu selamatkan mangsa, kalau isytihar pun sama juga, jadi saya rasa kalau tidak perlu, tak payah isytihar darurat," katanya."- sumber

Belum darurat lagi..
The aftermath,hmm.. sumber
"Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan segera berjumlah RM50 juta untuk negeri dilanda banjir."-sumber

"Pasukan sukarelawan yang membantu menyediakan makanan dan minuman kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI), Kelantan berkata mereka 'diarahkan keluar' oleh seorang guru yang dikenali sebagai Zuraini Ariffin, kerana mendakwa tugas tersebut bakal digantikan pihak lain. Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, arahan tersebut dikeluarkan oleh seorang guru sekolah itu. "..pihak sekolah mempunyai kuasa utk menghalang orang luar dari berada dlm kawasan sekolah tambah-tambah lagi bila ada arahan politik dari orang atas".-sumber

"TNB telah menggunakan 70 set janakuasa berkapasiti antara 500 kW hingga 1,000 kW untuk membekalkan elektrik ke negeri-negeri yang teruk dilanda banjir setakat jam 8 pagi ini. 45 set janakuasa tersebut kini berada di Pahang, 19 di Terengganu, lima di Perak dan satu di Kelantan (SATU DI KELANTAN), kata Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2), Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB) Abdul Aziz Abdul Majid, yang juga merangkap Ketua Koordinator Pengurusan Banjir TNB."-sumber
Bantuan khemah yang sempat diprint logo, tapi lokasi tak pasti di mana, di Kelantan kah? hmmm~ sumber

Al fatihah..
PM terhormat melawat kawasan yang paling teruk kena banjir...screenshot dari Utusan Online

"Last night alone, we saw eight houses swept away…our homes are gone," she told Bernama. More than 90,000 have been evacuated due to floods in Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis and Perak. At least 30,000 were evacuated from homes in Kelantan, but Channel News Asia reported that many refuse to leave fearing looting. Acting Prime Minister Muhyiddin Yassin said a state of emergency will not be called as rescue efforts are already underway. Prime Minister Najib Abdul Razak is on year-end vacation in Hawaii, but said he is keeping tabs on the situation via phone calls to Muhyiddin. - M'kini
Dapatkah anda kesan mereka yang berhati tidak wangi itu? Gambar PM main golf dan TPM meninjau dari helikopter tidak perlulah diletakkan, manakala TGNA..eh dia bukan MB Kelantan lagi..ok sekian, semoga mereka yang berhati tidak wangi, menggilai kuasa, mahu namanya dihebohkan bila beri bantuan dan nak mengambil kesempatan ke atas musibah banjir dan terhadap mangsa-mangsa ini didoakan bertaubat atau diberi pembalasan yang selayaknya sehingga mereka bertaubat sekaligus menjadi iktibar untuk orang lain yang berniat nak bertanduk jugak tu...

 
Bukan setakat pemimpin je, tetapi sesiapa yang diberi amanah untuk menguruskan sesuatu organisasi, harta atau aset, dana bantuan dan sebagainya..
Kalau takut diri tak mampu jadi pemimpin yang amanah, jangan gatal nak try.Bila kuasa di tangan orang senang lupa diri..
 
 
 

Monday, December 15, 2014

Saya yang Macho

Miahahahaha tajuk penuh confident..well it's mind over body, if u know what i mean...

U tell ur body what u want to be, it shall obey
Aku ada pengakuan, sebenarnya aku pernah gemok. Tidaklah bermakna sekarang aku kurus seperti Taylor Swift atau Emma Maembong tapi slimlah berbanding zaman kata adjektif "gemok" itu sering digunakan untuk menggambarkan rupa fizikalku....

Aku gemuk kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapaku, tapi itu tak bermakna mereka yang bersalah! Akulah yang bersalah kerana lemah melawan nafsu makan yang macam naga lapar atau godzila jumpa sushi, pantang dioffer pastiku sambar dengan begitu lahap sekali..miaahahaha betapa buruknya gambaran ini...photo 68_zpsjy4hngcs.gif sebab tu tadak boipren sampai lani

Tapi takdelah lama mana berlanjutannya zaman kegemilangan lemakku itu. Mula gemok nak dekat SPM, start masuk matrik, digesa dek homesick dan penjimatan wang makanan sendiri, ditambah pula bosan dengan cafe sedia ada serta peraturan ketat matrik yang susah nak lepak luar tu menyebabkan gua secara tanpa sedar kehilangan dalam 5-8kg. Thorbaek~ Then baru gua ada kesedaran untuk kawal pemakanan gua, takde lah strict, tak mampulah minah kuat makan ni nak diet-diet, kawal pemakanan yakni gua makan bila lapar dan tidak makan sampai kenyang (maksudnya masa gemok dulu makan selagi ada makanan depan mata, bukan pasal lapar pon haha).

Aku beli buku yang motivate pemakanan sihat sebab again, i'm not the strict-dieting type. Dan banyak minum air kosong, bagi kenyang dan buang toksin badan, punyalah pi toilet tak payah cerita laaa~

Lepas turun lagi dalam 5kg, baru aku start workout indoor, sebab masih tak konfiden nak lari-lari loncat di khalayak ramai (gua pemalu orangnyer). Lepas lost lagi 3kg badan dah rasa aktif baru aku berjinak dalam sukan jogging (sukankah itu?). Sejak pada itu aku rasa suka jogging,i love it! Suka perasaan berlari tengok  benda sekeliling berlalu sambil lari tu, angin yang kena kat muka, sambil pasang lagu layan perasaan.. Justeru aku menanam impian nak jadi dedicated runner tapi sampai ke sudah tadakla dedicated mana..ceh~

Selain dari itu aku suka main dumbell (1kg and 2kg each) , kettlebell (5kg je baru ada), yoga, pilates body combat dan zumba.

Manusia ni terdiri dari pelbagai body type dan body type aku setelah dikenalpasti adalah mesomorph, rujuk gambar di bawah:
So technically gua macho la...

Aku explain sikit dalam bahasa ibunda kita:
  • Ectomorph: kurus, tadak lemak sangat, nampak panjang kalau tak tinggi pon, otot pon sikit-sikit. Susah nak ternak lemak sebab metabolism tinggi (dream of all women in the world, oh no not all, i know a few thin women who are so jealous of my body because they can't put on weight)
  • Mesomorph: gagah athletic,otot yang senang nampak, lemak senang ternak senang bakar tapi kena berusaha la jugak nak bakar, aku ni sebelum menguruskan badan bukan kaki bersukan sangat, tapi masa gemok pon ada 2-3 orang ingat aku swimmer wakil sekolah sebab bahu aku yang nampak gagah secara semulajadi ni. So bayangkan setelah sekarang aku kaki workout..oh gagahnya sayer photo 46_zpsbhol7ypf.gif bajet~~
  • Endomorph: Senang gemok, nampak lembik..selalu nampak bulat macam bola..ini bukan penghinaan,ini description...thank god aku bukan yang ni, aku tak sanggup, aku memang suka aku nampak gagah, sebab tu aku tak begitu gemar bila orang cakap aku comel, aku rasa aku nampak bulat dan lembik.. tapi tu personal preference, ada orang memang sesuai comel dan bulat, contoh Adele dan Enot.
Disebabkan aku ni mesomorph, aku kenalah rajin workout,kalau tak otot aku tu akan terlindung dek lemak dan aku akan nampak macam hulk yang obese.

Kalau korang ni nak kuruskan badan an an an, kenalah tahu jenis badan korang, pastu boleh kira kat sini. Body type ni sebenarnya penting untuk menyedarkan anda tentang kerealistikan goal anda. Kalau dah frame besar tapi nak jugak berat Emma Maembong yang mungkin dalam 42kg je tu, memang mustahil la jawabnya. Macam aku, 50kg pon aku boleh nampak macam orang sakit sebab aku jenis frame besar, berat tulang, berat otot lagi. Ideal weight aku dalam 55-64kg. Tapi time aku 65kg pon orang ingat aku 55kg camtu, sebab senang nampak tulang temulang, tak nampak bulat sangat.
Aku tanak sekurus ini..

Untuk specific lagi body type anda, wanita khususnya, check this out:


Aku antara rectangle ngan hourglass

Untuk membantu anda memilih outfit bersesuaian dengan body type, lawat sini dan sini. Tapi pandai-pandailah korang tutup aurat eh, kang kena bakar dalam neraka kang, it's too late to apologize~~
Berapa banyak lemak anda..
Atas tu pic untuk anda identify berapa banyak lemak anda ternak. Secara sihat dan cunnya aku target dalam 25% ke 30%. Nak muscular macam kat atas-atas tu memang tak dapek la, strict gila, garam gula kalori semua kena amek kira sebab workout macam mana pon, yang menentukan ke-muscular-an atau kegemukan kita adalah makanan.. it's 20% gym and 80% from kitchen.



Itulah antara sebab utama aku tak bebetol macho muscular sebab aku kuat makan, kalau kuat workout pon tidak begitu berguna..photo rabbit-emoticon-012_zps1cu22fk4.gif

Idaman..maka haruslah..


Untuk mengakhiri blog ni, dalam gua berusaha men-fit-kan badan sebab badan yang sihat adalah rezeki dan amanah dari Allah, dan ingatlah sihat sebelum sakit, gua menyeru anda semua supaya menjaga kesihatan yang merupakan rezeki ini dari awal, dari muda-muda (kalau anda tua sekalipon, selagi belum mati ni) sila aktifkan diri, kawal pemakanan, rasa sedap makanan tu lekat beberapa minit je kat mulut, dah masuk badan dia bawak penderitaan je kalau tak berjaga-jaga. Dan rakyat Malaysia dah terbukti bermasaalah obese dan diabetes sebab masakan harian Malaysian memang tak agak-agak kolestrol tinggi,lemak karbohidrat bagai. Marilah kita mengubah demi generasi kita yang akan datang ok!
Sumber sini

Malaysia is ranked sixth in the Asia-Pacific region for obesity and tops the list in South-East Asia for both obesity and diabetes,” stated Prof Dr.Mohd Ismail Noor,the president of Malaysian Society for the Study of Obesity, during a press interview.-Healthworks

Ingat yew!

Yang penting istiqomah

Monday, December 8, 2014

Pensyarah Syaitan atau Syaitan yang Melemahkan aku?

Result keluar ari ni dow, tapi aku dah check semalam...bapaak ahhh..nak pengsan, nak terjun bangunan, nak makan banyak, nak gi mabok , err mabok gula jer lah, y'know sugar high; makan kek, coklat, semua benda-benda diabetes..bukan arak tau,bukan!

Sesusah payahnya aku dapat 3.5 semester lepas, tapi sebab satu kos credit besar sem ni aku dianugerahkan dengan sebijik C, C untuk celaka okeh, bukan maki, mari belajar mengeja, C untuk..takpe takyah ulang... akibatnya sem ni aku selama ni berjaya maintain pointer above 3.00, now jadi below 3.00!http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Aku ni bukan nak poyo kan, walaupon tak fail nak pecah otak sangat gayanya, tapi aku da korban macam-macam kot nak sambung study ni, lagipon ramai yang look up to me and expecting me to perform, kalau untuk aku je aku tak heran sangat..but this is for everybody who helped me to be here..i don't want to disappoint them....lagipon subjek aku art je kot, kalau medic ke engineering ke tahan la kalau dapat below 3.00 pon, kos tu susah..

Kalau tak berapa nak ada iman ni, aku takleh pikir apa aku da buat...kejamnya lecturer tu, dua kali essay aku dia bagi C termasuk yang final, sedangkan lecturer lagi satu dan lecturer-lecturer last semester pon bagi aku D and HD je, (Australian tak main A, B, C.. dia main HD,D, C.. check ar sini sendiri, bad mood ni taw tak!) I used to be recognised! U make me feel like a loser u moron!http://www.emocutez.com

Dedua essay pon dia komen pasal reference, first essay dia cakap content tak berapa kena dengan soalan, plus wrong reference method, padahal aku guna kat essay unit lain ok je,lecturer lain terima je. Then final essay ni aku siap berjumpa discuss dengan dia pasal content agar betul-betul menjawab soalan, kot email pon aku tanya lagi di saat akhir. Remarks dia cakap content aku menjawab soalan, tapi reference method tak cukup dan salah. Pasal reference je aku boleh dapat C? Pentingnya reference bagi dia! Unit lagi satu tu lagi susah, pasal copyright infringement, open source and piracy, aku dapat HD lagi, content yang penting, buah fikiran aku yang penting kot! Apa masalah beliau??!! photo 75_zps4c64103d.gif

Ya rabbi ya rabb..kenapa..kenapa..uhuk uhuk..memanglah diakui tak syak lagi semester dua ni aku kurang kiasu dalam study, tapi kemonlah, tak kiasu pon i put effort gak kot..kiasu tu level engineering punya budak study..penatla budak art ni nak pi pulun camtu..http://www.emocutez.com

Nouman Ali Khan, help me, say something good to me!!!




Gua kemurungan...http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

..bisikkanlah la tahzan ke telinga gua..gua rasa macam nak mengesot je ke mana-mana nih.... photo 14_zpsad21d3bb.gif

Semester depan, my final one, kena la pulun kedah pulun nak cover balik, i want to pass with flying colours, not black and white, ganbataeeeeeeeeee  photo 99_zpsfd70d91e.gif..

p/s: aku ada cerita sket pasal ke-tak-best-an sem ni di sini.. it turns out yang macam pengkid tu lagi pemurah bagi markah dari Caronn yang nampak motherly tapi sanggup bagi aku C! cimpengzi betoi


why Caronn, why u did this to me....

Friday, November 21, 2014

Back in Malaya

Salam, it's good to be home.. except when there is a huge unpleasant surprise waiting...

This is all i can say whenever bad thing happens..


Something like a bomb happened to my family, and i came back to be surprised by it. Pergh...

Memang macam sebijik bomb, dropped in my heart. I couldn't cry, because it would make me feel even weaker...than i already am..huhu

Rasa macam nak mati pon ada, berkecai dengan bom tu. But i'm still trying to hold on. Oh Ya Allah, give me strength, give me a strong heart, a new heart.



Aku balik Malaysia sempena summer break, dan aku memang tanak duduk rumah je sepanjang 3 bulan cuti,aktif la katakan. So aku apply kerja atau internship. Aku dah dapat kat KL (area PJ actually, but i will call it KL, orang kampung la katakan, we generalize everything lulz), lepas aku dapat tahu kisah family aku tu hari yang sama aku dapat interview untuk company area rumah aku ni. Dengan perasaan yang macam nak mati ni, aku tak bersemangat sangat and not that prepared for the interview pon...
Hikmahnya? Lebih dari rezeki..mungkin

But it's like a test to me, surprisingly today i was informed that i got the job, which can offer me a bit of better financial saving, and i can stay with my family. So i can choose whether to live a risky life in KL yet i will get the chance to run away from this problem, or stay here with the family trying to fix the problem, succeed or not belakang ceritalah..

Both options are somewhat tiring. If i choose to stay in KL, the positive side is it is a much sophisticated glamour-looking place to work but the negative side the allowance is too little to survive there. I have to rent a room for a short stay and that is leceh of course. And i dont have a car anymore. Tapi memang boleh lari dari masalah famili skang ni...macam seorang penakut...*terngiang-ngiang lagu Yuna*

Kalau stay here dekat dengan family, the pay is slightly better, dan aku jimat dekat tempat tinggal. Cuma tempat kerjanya bosan, tak glamer langsung (gila glamer jugak aku ni). Tapi aku boleh stay dengan family untuk support since i'm like the big sister here, the one that makes most of the decisions. Penat.

Selepas tanya pendapat orang, tanpa reveal that sensitive personal issue lah, mostly rekemen accepting the job near to my family. I was still hesitated, then i pray and asked a hint to my heart, then my instinct asked me to put family first, because if it was for me,selfishly i would want to stay in KL, boleh henjoy ngan memember (like i always did, pathetic me). But my family need me, and a plus point is, i can save some money, and go shopping! (trying to make myself smile)
I never felt so alone..maybe i need to feel this to find Your presence.
Ya Allah...make me strong, help me find You and find myself. I want to be strong. I need to be strong.

I hope it pass..Chin up! Allah is always there!

Saturday, October 25, 2014

Sydney and Blue Mountains

Yeah, salam semua. kali ni nak update my trip to Sydney and Blue Mountain (which is like an hour trip from Sydney) pada awal October yang lepas. Me and my friend did it in backpacker style.

Di Sydney we stayed at Maze Backpacker Hostel, at Pitt Street, lokasi memang dekat tengah-tengah Sydney City. We are on a strict budget so we both were just walking around the city, meaning literally by foot, not taking bus except a one-day hop-on-hop-off tour which we regret taking because it made us so lazy haha.. the next day we rent a pair of bicycles from Sydney Bike Hire at The Rock and pusing-pusing the whole city and it was exciting!

Let me advice you on choosing backpacker hostels. It is called hostel, not hotel so please don't expect anything close to privacy. Just like during ur boarding school or college hostel, the environment and system works kind of the same. Hostel biasalah kena share with other occupants, toilet and bathroom, kitchen kena share but luckily toilet separated by gender lah, ada sebilik 4 orang, ada 6 orang, hostel lain ada jugak yang 2 orang, so the more friends you are travelling with, the lesser ur chances of being put in a room with strangers, catch the drift? (poyo)..

Maze Backpackers yang kami tinggal tidaklah tip top sangat, we initially booked Siesta Inn months before the trip,it's a budget hostel with a higher price rate than the Maze, we cancelled Siesta Inn in the last minute because a friend of us who went there few days before us said it's a horrible place. But well, when we got there we found out that it is horrible for her just because it is a hostel.... hurmm, there goes our AUD80 for last minute cancellation and Maze was actually a little more horrible than Siesta Inn but not all that bad, tapi redha je la, takde rezeki la maksudnya tu. photo 12_zpsf69748c6.gif

You can find reviews on Booking.com for more information or leave a comment below for any questions about my experience here, ok? But I would recommend you Siesta Inn for Backpacker Hostel, but if you want cheaper, then Maze, and bear in mind, cheaper means..?? figure it out yourself~

We stayed for 6 days there; fly from Melbourne, 3 nights at Maze and 1 night in Katoomba, Blue Mountain, the hostel's name is Blue Mountain Backpackers Hostel, way better than Maze, and the last night in the airport because our flight was at 7 a.m in the morning on our 6th day. First time we got the chance to experience sleeping by the street because the airport personnel "kicked" us out at 12 midnight saying the place is closed, will open again at 4 a.m. Me and my friend, with some other white guys and teenagers had to leave, and slept on the METAL bench outside the building, in the coldness of the night...... there were even guys in classy suits lying on the floor and bench beside us. But we couldn't sleep, it was so cold and the metal bench, u know besi kotttt, sejuk laaa hoiiii~  photo 64_zpsteipzuup.gif
We had to put on a few layers of clothes to keep us warm, and look exactly like how homeless people usually wear, bukan nak hina, just a description. I can't imagine homeless people, gelandangan panggilnya, tido setiap malam dalam sejuk...n we got to sleep on bed with pillow n blankets every night, klu tak bersyukur lg taktaw ar kan~

Here are some of the pics as proofs of my story TEEHEE~  photo 58_zpsxf2wermt.gif:

On train dari kampungku ke city..

Waiting for shuttle bus at Southern Cross (ala-ala KL Sentral) to Avalon Airport

Sesampai je malam tu menapak 40 minit ke Opera House..


The next morning on 2nd day, we walked to Sydney Fish Market
Enjoying deep fried seafood and raw oyster
Oyster with lemon squeeze.. AUD15 for a dozen, but bigger size cost more, cooked with special sauce cost even moaarr! 
Hop on hop off bus tour start.. the grand Sydney Harbour Bridge at the back..

Queen Victoria Building, now is a prestigious shopping mall..
3rd day, walking along George Street to go to The Rock to hire bikes..

Heaven for fans of designers' items.. not me obviously (can't afford them lulz)
Enjoying our walk along the streets..

Arriving at The Rock Village Market.. they have morning market on weekends

This is The Rock, there, the bridge again..

Bike tour start..
Cycling around Waterfront Park, and that is Anzac Bridge
Pirrama Park, on the left is Jones Bay
A visit to Madame Tussaud 
I dont even know who this guy is..
Camna cara duduk sopan comel2 konon ni ha..
Aku pon tak pasti siapa artis yang kawan aku berselfie bersama ni

Next, Sealife Sydney Aquarium (kan dalam tu ada dugong, nama dia Pig..like hmmmm)

Kat dalam sealife tu pon ada seniman jalanan~~kuikuikui
Pagi esoknya cycle gi Sydney Opera House untuk day shooting, walaupon mulanya travel buddy aku banyak hal tanak gi but well, i've spent enough money to be here, i gotta be here!


Last shoot before take off
Lepas return basikal, head to Central Station and took train (see,double decker tuu) to Katoomba.

Arriving at Katoomba.

Tidur semalam, esok tu raya haji kiteorang makan ni je while Malaysians were enjoying ketupat rendang bagai.

Three Sister at Scenic World.
The crazy railway


Last pic at Echo Point at around 5.45pm, then we took a train back to Sydney, then airport, homeless night

Kawan aku datang bercuti dari Malaysia, kat Melbourne dia dok rumah aku je so dia save kat accomodation. Kat Melbourne aku bawak dia ke Philip Island and Great Ocean Road, driving a rent car (share dua orang since dia datang sorang je). Dan makan pon tengahari je masa jalan-jalan kat luar. Then gi Sydney pon kami memang makan besar sekali je sehari, tu pon kat tempat yang sama iaitu Sydney Fish Market sebab tempat lain tak tau yang mana halal, asyik makan kebab je naik muak gak. Kat Katoomba pagi tu makan nasi goreng instant dengan avocado je, then lunch makan TimTam dan kopi je, malam makan roti dan minum susu. Esok tu lepas landing Melbourne terus serang Blok M sebab lapar gila, balik rumah tidur dari tengahari sampai esok pagi. Bayangkan makan macam tu je seharian, sambil jalan-jalan panjat bukit bagai kat Blue Mountain tu, then malam tu kena tidor luar airport, mana tak penat bai~

Namun begitu aku dan kawanku survive and sihat,tiada sebarang kecederaan, kerana di bawah lindunganNya.. Setinggi-tinggi syukur kepada Allah swt kerana memberi peluang dan rezeki kepada aku untuk ke tempat-tempat ini, belajar tentang kehidupan di negara orang, melihat merasai sendiri, menghirup udara di sana. Alhamdulillah..what more can i ask..
Ni je yang sempat simpan

And I came to realize that not everybody suits to be our travel buddy   photo kitty1_zpsabbf0848.gif Aku pon tak paham macamana kat group Facebook Travel Buddies tu orang main iklan je siapa nak join dorang, tak risau ke kalau tak ngam?

So once you've travel with them, you will find out whether you can get along with them or not..kalau tujuan tak sama boleh ampun lagi, just next time avoid travelling together, tapi bab moody ni.. perghh, ia bergantung dengan iman di dada ni je nak sama naik hangin jugak atau cool je because cool is awesome~~ i am awesome anyway (prfftt)

So everybody, belajarlah untuk berjalan, dan selamat berjalan bagi yang nak berjalan! Kalau takde kawan sekepala pon jalan sorang pon ok, boleh ikut kepala sendiri, takyah gado-gado sakit kepala layan songeh orang kan? Just go out and explore the world! Duit berkepuk-kepuk pon mati tak boleh bawak bersama, so just fly, simpanlah sedikit untuk hari tua tapi jangan terlalu takut untuk keluar dari comfort zone! Rezeki tu di mana-mana, Dia akan sentiasa mencukupkan kita kalau kita sentiasa ingat Dia, InsyaAllah..